Thursday, November 29, 2012

"Extended Breastfeeding"

Alhamdulillah...semakin hari semakin ramai ibu yg telah bertekad ingin menjayakan penyusuan secara eksklusif...Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang ibu tentang Set 3M...mula-mula saya ingatkan babynya mungkin dalam usia 3 bul
an tapi rupanya dah 2 tahun lebih dan ibu ini risau kerana katanya susu beliau dah mula menyusut dan beliau ingin meneruskan penyusuan si manjanya itu...Wah saya sangat kagum dengan semangat beliau....selalunya bila anak dah masuk 2 tahun je...ramai ibu yg dah mula tanya mcm mana nk wean off...macam mana petua utk stop penyusuan dan sbgnya...tak ramai yg nak meneruskan penyusuan kerana ramai yg dah mula mengeluh dan "surrender". Jangan tak tau ya...saya baru je dengar pengakuan seorang ibu yang telah menyusukan si manja beliau yg telah pun berusia 4 tahun.

Oklah hari ini saya nak share sedikit berkenaan kelebihan "Extended Breastfeeding" atau pun penyusuan selepas anak berusia 2 tahun...

Saya rasa kebanyakkan mama semua sudah sedia maklum dengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.

Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.

Hakikatnya, amalan "Extended Breastfeeding" merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.

Kelebihan dan Manfaat untuk Ibu:

♥ Bakal mendapat manfaat daripada hormon penyusuan iaitu Hormon prolaktin yg dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan dan juga Hormon oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!

♥ Mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang dengan si manja anda.

♥ Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku.

♥ Turut memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:

1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)

Kelebihan dan Manfaat untuk Anak:

♥ Memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. 

♥ Anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah.

♥ Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.

(Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/breastfeeding-banyak-kelebihan-1.13449)

Jadi pada mama-mama yg meneruskan penyusuan wpun anak telah berusia lebih dari 2 tahun...TAHNIAH saya ucapkan...dan tak perlu anda rasa diri anda pelik atau terasing ya..anda telah melakukan sesuatu yg tersangat mulia dan tak ramai yg boleh melakukan seperti anda!


Di sini saya ingin abadikan sedikit nukilan dari seorang ibu yg tabah dalam menyusukan si manjanya walaupun sudah berusia dua tahun lebih...saya sangat kagum dengan semangat beliau dan saya sendiri berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau...semoga hasil nukilan ini akan menjadi pembakar semangat buat diri saya dan juga mama semua...


Nukilan Seorang Ibu


Sunday, November 25, 2012

Cukup ke Susu Ibu?


Dearest Mama semua, pernah tak anda semua mengalami situasi sebegini?

SITUASI:
Pengasuh beritahu saya yg anak saya memerlukan lebih susu perahan (ebm) berikutan penambahan usianya. Stok ebm saya makin berkurangan jumlahnya...Apa yg perlu saya lakukan? Perlu campur dgn susu formula ke ? Perlu start solid food ke, walaupun baby belum 6 bulan? Kenyang ke baby saya nanti?



Persoalan demi persoalan pasti akan menerjah mama semua kan...Tenang ya mama semua..jangan terlalu cepat melatah dengan situasi sebegitu...tanamkan dalam minda bahawa:

 " Susu ibu adalah cukup untuk setiap bayi masing-masing "

Mama semua perlu tahu ya bahawa jumlah susu ibu yang baby anda minum KURANG berbanding baby yg minum susu formula. Jangan keliru ya dengan situasi sebegini. Ini adalah kerana:

  • Komposisi susu ibu tersangat unik kerana boleh berubah mengikut umur dan keperluan baby di mana 2.5oz - 4oz sekali minum adalah cukup untuk fungsi normal badan baby. Itulah uniknya susu ibu anugerah Ilahi....susu formula tidak boleh berubah sebegitu ya.

  • Susu ibu juga lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula dan disebabkan itu, baby yg menyusu dengan susu ibu cenderung untuk menyusu dgn lebih kerap berbanding baby yg minum susu formula. Selalunya baby yg menyusu susu ibu ini akan menyusu lebih kurang 2 jam sekali berbanding yg menyusu formula di mana mereka menyusu lebih kurang 3-4 jam sekali.
Jumlah susu yang diambil oleh baby semasa 1-6 bulan (sepanjang siang) tidak berubah.

Perbezaan Komposisi dan Khasiat Susu Ibu Berbanding Susu Formula

SELEPAS BAYI BERUSIA 6 BULAN:

Jumlah susu perahan  yang diambil oleh baby di waktu siang akan semakin berkurangan kerana baby telah mula diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food).

Ibu-ibu juga akan mula perasan yg susu yg dipam akan mengalami pengurangan dan penyusutan ini adalah kerana demand bayi sudah mula berkurangan setara dengan usianya (ini untuk sewaktu siang) dan kerana baby telah mula makan.

Perlahan-lahan baby perlu "belajar" mendapatkan sumber nutrien daripada sumber makanan lain.

Walaupun baby sudah mula mengenali makanan, penyusuan ibu masih perlu diteruskan ya sehingga baby berusia 2 tahun.

Secara reverse cycle, baby akan minum susu lebih banyak di waktu malam.

Jadual Menunjukkan Keperluan Bayi Untuk Menyusu Mengikut Pertambahan Usia

Selalunya, berat baby akan mula statik sejak baby berusia 6 bulan dan ke atas. Walaupun baby telah mula makan tetapi pertambahan berat baby akan mula perlahan hinggalah baby berusia 12 bulan. Jadi mama semua jangan risau ya kalau pergi regular checkup doktor beritahu pertambahan berat baby adalah perlahan dan mungkin ada yg di bawah graf. 

Jangan takut dengan situasi itu dan terus buat kesimpulan mudah dengan beri baby tambahan susu formula. Mama semua boleh refer WHO Growth Chart, 2006 untuk memantau pertambahan berat baby anda. Periksa kesihatan baby dan berjumpalah dengan pakar kanak-kanak untuk memastikan baby anda berada dalam keadaan yg sihat. Sekiranya baby anda cergas dan aktif serta berselera untuk minum dan makan, baby anda adalah dalam keadaan yg baik jadi anda tidak perlulah untuk terlalu risau.


Harap sedikit sebanyak perkongsian ini akan dapat menjawab setiap persoalan mama semua dan sedikit sebanyak dapat melegakan hati mama yg resah gelisah. Point saya di sini, usah hiraukan kata-kata orang, yang penting kita tahu apa yg kita buat, kita tahu apa yg terbaik untuk anak-anak kita dan kita yakin yg susu kita pasti akan cukup untuk anak-anak kita:) Lengkapkan diri dengan ilmu dan insyaALLAH kita pasti akan berjaya dengan apa jua yg kita lakukan. Jangan MALAS untuk mencari ilmu...join kumpulan sokongan untuk memberi anda lebih semangat dan yg paling penting anda tidak keseorangan! Dekatkan diri dengan Allah dan  sentiasa berdoa dan bertawakal kepadaNYA.


Saturday, November 24, 2012

Ya Allah...Bebaskanlah Palestin! Selamatkanlah saudara kami...



Ya Allah...tak sanggup rasanya untuk melihat berita mengenai hujan bom di Palestin...Tiap kali melihat keadaan mereka di sana pasti air mata akan menitik...lagi-lagi bila melihat baby dan kanak-kanak yg tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel....Apalah dosa mereka hingga diperlakukan sebegitu rupa...Ya Allah..Selamatkanlah Palestin...Selamatkanlah saudara kami di sana...Ya Allah hanya kepadaMu kami memohon....




Amanlah kamu di sana wahai penghuni-penghuni Syurga...
Sesungguhnya kamu telah berjihad ke jalan Allah..


Marilah kita semua bersama-sama menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu saudara Islam kita di Gaza...



10 Muharram -- Hari Asyura...Hari "Kasih Sayang" Umat Islam di Seluruh Dunia

Sedikit Santapan Rohani buat sahabat-sahabat MLY,


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)


(Sumber: LenggangKangkung)


Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari kesepuluh Muharram. Hari Asyura juga adalah simbol pengabadian atas kemenangan Nabi Musa as, dan hancurnya bala Firaun yang berlaku pada ‘Hari Asyura’ juga. Oleh kerana itu sesiapa yang berpuasa pada ‘Hari Asyura’ umpama berpuasa selama satu tahun penuh, kerana puasa pada ‘Hari Asyura’ seperti puasanya para Nabi.


Hari ini juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu. Pada ‘Hari Asyura’ itulah diperlihatkan kesepakatan pengikut Nabi Nuh as. yang turun dari kapal selepas belayar kerana banjir besar dengan bersama-sama menyumbang dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki bekalan makanan menjadi bubur.

Hari ‘syura’ adalah hari istimewa. Banyak keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT di antaranya adalah gandaan pahala bagi yang melaksanakan ibadah pada hari ini. Oleh itu marilah kita mempraktikkan segala amalan di atas.

Apakah amalan-amalan yang kita boleh lakukan di Hari Asyura (10 Muharram) ini dalam mengejar pahala Allah?
  1. Berpuasa -- Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.
    Niat Puasa: "Daku berniat puasa Hari Asyura kerana Allah Taala".
  2. Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat: " Daku berniat sunat Hari Asyura kerana Allah Taala".
  3. Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
  4. Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  5. Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.
  6. Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
  7. Menjamu orang berbuka puasa – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.
  8. Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun.
  9.  Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’  – Tidak dimatikan pada tahun ini.
  10. Membaca ‘Doa Asyura’ – Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi  bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah ia diberi taufiq  membacanya.
  11. Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  12. Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.
  13. Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
  14. Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.
  15. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya

(Sumber: shafiqolbu)

Sahabat-sahabat semua...jangan biarkan 10 Muharram berlalu begitu sahaja. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali dalam setahun. Betapa besarnya nikmat yg Allah telah berikan. Subahanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah..


♥♥ TERIMA KASIH IBU, SUSUKAN SAYA ♥♥


Susu ibu adalah anugerah Allah yg amat besar buat ibu dan bayi...Maka saya menyeru ibu-ibu semua janganlah disia-siakan nikmat yg Allah telah berikan...Susukanlah permata hati anda dengan penuh kasih sayang...nescaya besar ganjarannya untuk anda dan bayi anda...

Teristimewa buat semua ibu yg sedang berjuang dalam mempertahankan penyusuan secara eksklusif...semoga sedikit kata-kata ini akan memberikan anda semangat dan menjadi perangsang dalam penyusuan anda dan si manja anda:)

Friday, November 23, 2012

Buasir -- Apakah Punca dan Cara Mencegahnya?

Kadangkala SEMBELIT KRONIK yang tidak diatasi boleh membawa kepada BUASIR. 

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan buasir? 

BUASIR atau HEMOROID adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan mungkin berdarah. Buasir boleh terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Buasir

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang 'memberi' dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.


Tahap-Tahap Buasir

Apakah penyebab utama berlakunya buasir?
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.


Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.



Bagaimanakah caranya untuk mencegah buasir dari terjadi?
Anda boleh mencegah buasir dengan mengamalkan petua-petua berikut:

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Sekiranya terdapat pendarahan yang teruk dan buasir semakin terjulur keluar dan membengkak, amat disarankan untuk anda terus merujuk kepada pakar perubatan untuk rawatan. Jangan dibiarkan menjadi lebih teruk kerana dikhuatiri akan memudaratkan anda.

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan seperti menyapu krim/salap, Daflon , Ligasi Pita Getah, Hemorhoidektomi, Pembedahan eksisi dan Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler).

Tabiat harian serta pemakanan amat mempengaruhi keadaan penyakit ini. Pastikan anda menguruskan diri dengan: 
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

(Sumber Rujukan: Wikipedia ; SihatSelalu)


Selain itu, anda bolehla mengamalkan suplemen semulajadi sebagai ikhtiar untuk penyakit buasir ini agar. Antara suplemen yang dicadangkan ialah:

OSTEMATRIX


Dapat membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka dibahagian dubur. 
Klik di sini untuk info lanjut mengenai OsteMatrix.

OMEGA GUARD


Baik untuk sendi/otot..pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut. 
Klik di sini untuk info lanjut mengenai Omega Guard.

ZINC COMPLEX 


Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka dibahagian dalam dubur dengan lebih cepat. 

Untuk sebarang info lanjut mengenai produk dan harga bolehlah terus hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin

♥ Like Fanpage: My Little Yaya

♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com

♥ Call/SMS: 012-9702427


DISCLAIMER / PENAFIAN
  • Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.
  • Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda.

Sembelit Kronik -- Jangan Diabaikan

Anda mengalami masalah SEMBELIT yg kronik dan berdepan dengan kesukaran setiap kali ingin ke tandas? Situasi sembelit yg kronik berlaku apabila anda hanya ke tandas kurang dari 3 kali sahaja seminggu dan keadaan ini boleh berlarutan hingga b
erbulan-bulan lamanya. Sungguhpun begitu, masih ramai yg mengambil mudah perkara ini dan menganggapnya perkara remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan hanya meminum air yg banyak.
Sukar ke Tandas Akibat Sembelit
~ Gambar Hiasan~ Jangan Biarkan Masalah Sembelit Berlarutan!

Sembelit selalunya disebabkan oleh najis yg keras dan kering memenuhi ruang usus dan rektum sehingga menjadi amat ketat mengakibatkan najis tidak mampu ditolak keluar. Justeru, salah satu cara untuk merawat sembelit ialah dengan memakan pil atau minyak mineral yg diminum atau disuntik melalui dubur. Melalui cara ini, najis yg keras boleh dilembutkan. Makanan yg tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran adalah penawar terbaik bagi gejala ini bukan hanya meminum air semata-mata. 


Sembelit Kronik
Diagram menunjukkan masalah sembelit yg kronik

Walaubagaimanapun, berapa ramaikah di antara kita yg memakan buah-buahan dan sayuran dalam diet harian masing-masing? Dengan rutin harian yg terlalu sibuk dan kadang-kadang terpaksa melengahkan untuk ke tandas di samping diet harian yg tidak seimbang, sudah pasti ramai yg terpaksa berhadapan dengan masalah sembelit. Tahukah anda masalah sembelit yg kronik serta najis berdarah bukan sahaja boleh menjurus kepada buasir yg teruk sehingga memerlukan pembedahan dan adakalanya adalah kanser usus tanpa kita sedari?

(Rujukan: Kosmo Online)


Rawatilah sembelit sebelum terlewat. Pastikan anda mengambil serat dan air yg mencukupi setiap hari. Jagalah pemakanan dan lakukanlah senaman ringan setiap hari. Ambil suplemen yg boleh membantu untuk melancarkan penghadaman anda.

Kami di Shaklee telah menyedari hakikat ini dan pihak Shaklee sendiri telah merumuskan satu produk semulajadi yg dapat membantu masalah najis tersekat dan sembelit ini. Tindakan pembersihannya yg lembut akan mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus. Bagi yg ingin kekal langsing, produk ini adalah pilihan terbaik di kerana ia boleh mengempiskan perut dan memberi keanjalan pada perut di samping memberikan kesihatan berpanjangan kepada pengamalnya. Antara suplemen Shaklee yg boleh membantu dalam masalah sembelit ialah Herb-Lax, Alfalfa dan juga OsteMatrix.

Masalah sembelit ini juga selalu menghantui ibu-ibu yg hamil dan juga ibu-ibu yg baru bersalin. Bagi ibu yg hamil dan sedang dalam pantang, anda tidak digalakkan untuk mengambil Herb-Lax atau Alfalfa tetapi anda boleh mengambil OsteMatrix sebagai salah satu cara untuk mengatasi sembelit. Selain itu OsteMatrix dapat membekalkan Kalsium yg amat diperlukan oleh ibu hamil dan menyusu. Anda boleh klik di sini untuk testimonial ibu-ibu yg telah berjaya mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan ketika dalam pantang.


Herblax Shaklee ~ Agen Detoks TERHEBAT ~

Terdiri dari 9 herba semulajadi yang terhebat, HERBLAX menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita bagi jangkamasa yg panjang.



Herblax Shaklee



Formulasi Herblax telah dipatenkan dan ramuannya terdiri 9 herba terpilih iaitu:

Senna Leaves
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

Licorice Root
Membantu proses detoksifikasi.

Fennel Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.

Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik bagi membantu proses pencernaan

Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina bertujuan sebagai antibiotik.

Blue Malva Flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

Culver's Root
Membantu masalah air dalam badan dan asma.

Alfalfa Leaves
Membersihkan usus, darah dan hati.


Apakah Keistimewaan dan Manfaat dari Pengambilan Herblax ini?

♥ Membersihkan najis yang tersekat.
♥ Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh.
♥ Mengempiskan perut. Sangat sesuai bagi mereka yg ingin kekal langsing secara sihat.
♥ Memberi keanjalan pada perut.
♥ Merupakan agen detoks yg hebat dan dapat mengeluarkan toksin-toksin yg telah lama tersimpan di dalam badan.


Tindakan pembersihannya lembut dan boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara tak langsung dapat mengatasi masalah sembelit yang kronik.


PERHATIAN!

Individu yg mempunyai sistem penghadaman yg lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas penggunaan.

Bagi individu yg mengalami masalah sembelit yg kronik, bolehlah meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman telah kembali normal


**Adalah penting ya untuk kita melakukan detoks terlebih dahulu sebelum pengambilan mana-mana suplemen lain untuk memastikan penyerapan suplemen yg diambil adalah di tahap yg optimum dan Healing Crisis yg dirasai mungkin tidak terlalu teruk.**



DISCLAIMER / PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Lecithin ~ Pengemulsi Lemak Terbaik ~

Soy Lecithin Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO dan setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 

Lecithin Shaklee


Apakah Keistimewaan dan Manfaat Soy Lecithin Shaklee ini??

♥ Membantu melindungi dan memulihkan kesihatan hati
♥ Menghalang obesiti dan membantu anda kekal langsing kerana lecithin bertindak sbg "pembersih" yg memecah lemak dan kolesterol. 

♥ Membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
♥ Mencantikkan kulit dan melambatkan penuaan
♥ Memperbaiki alergi 
♥ Menghalang batu karang -- Tahukah anda 90% dari batu karang terhasil dari pengenapan kolesterol? Lecithin membantu mengemulsi koleterol berlebihan dan sekaligus menghalang pembentukan batu karang
♥ Mengandungi "Kolin" yg sangat membantu dalam mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
♥ Menghalang tekanan darah tinggi
♥ Memperbaiki prostat lelaki
♥ Meringankan sembelit


Bagi anda yg ingin kekal langsing secara sihat, ambillah 3 biji lecithin setiap kali selepas makan tengah hari dan 3 biji lagi selepas makan malam. Inginkan kesan yg lebih hebat? Gandingkan Lecithin bersama Alfalfa, Herblax dan ESP / Cinch Shake Mix.

~Untuk Testimonial mereka yg telah berjaya langsing dengan bantuan Lecithin boleh klik di sini.~

Berminat untuk mendapatkan produk ini? Boleh hubungi saya untuk harga yg ISTIMEWA:)


♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin

♥ Like Fanpage: My Little Yaya

♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com

♥ Call/SMS: 012-9702427


DISCLAIMER / PENAFIAN
Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Turun 20kg dalam masa 2 bulan sahaja dengan Kombinasi ESP, Alfalfa dan Lecithin....Memang TERBAIK!!

Macam tak percaya kan bila baca tajuk entri kali ini?? Tapi itulah kebenarannya...Sekali lagi menandakan Suplemen Shaklee adalah antara yg terhebat. Tiada yg mustahil, hanya perlu disiplin dan tekad untuk kekal langsing secara sihat. Dengan pengambilan suplemen dari Shaklee ini anda tidak perlu untuk berdiet dengan "terlampau" hingga boleh memudaratkan diri sendiri. Hanya dengan penjagaan portion dan kuantiti makanan serta minum air cukup 3L setiap hari dan diselang-selikan dengan sedikit senaman, insyaALLAH anda akan memiliki berat badan ideal yg anda ingini.

Jom kita kongsi sedikit kegembiraan seorang sahabat "Puan Noor Akilla" yang telah berjaya turun 20kg dalam masa 2 bulan sahaja. Beliau juga seorang ibu yg menyusukan baby beliau sepenuhnya. Kombinasi ESP + Alfalfa + Lecithin adalah selamat ya untuk ibu menyusu yg nak kekal slim dan chantek....Sambil2 slim, susu juga bertambah meriah dan bonus: kulit juga bertambah gebu, mulus, anjal dan licin berseri. Wah berapa dalam satu tu? Itu belum lagi cerita bab kesihatan dalaman wanita yg terjamin dengan adanya Alfalfa..


♥ TESTIMONIAL  

Testimonial Set Pelangsingan Shaklee



**Untuk info lanjut mengenai Set Pelangsingan Kombinasi Suplemen Shaklee boleh klik di sini.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan suplemen untuk kekal langsing secara sihat dari saya dengan HARGA ISTIMEWA. Sekiranya anda dapatkan suplemen dari saya, saya juga akan berikan tips untuk diet secara sihat dan berkesan dan KONSULTASI adalah PERCUMA!

Hubungi saya:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin

♥ Like Fanpage: My Little Yaya

♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com

♥ Call/SMS: 012-9702427


DISCLAIMER / PENAFIAN
Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...