Friday, January 25, 2013

Isi Hari Dengan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W


Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.


Salam Maulidur Rasul 2013

Nabi Muhammad SAW bersabda; 

“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Selawat Ke Atas Nabi

Waktu paling afdal dituntut berselawat:

♥ Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
♥ Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
♥ Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
♥ Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
♥ Di akhir qunut dalam solat.
♥ Di dalam solat jenazah.
♥ Di antara takbir solat hari raya.
♥ Ketika masuk dan keluar dari masjid.
♥ Setiap waktu pagi dan petang.
♥ Hari Khamis malam Jumaat,
♥ Sepanjang hari Jumaat,
♥ Ketika telinga berdesing.
♥ Ketika terlupa sesuatu perkara.
♥ Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
♥ Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
♥ Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
♥ Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
♥ Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Fadilat Berselawat:

♥ Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
♥ Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
♥ Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
♥ Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
♥ Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
♥ Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
♥ Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
♥ Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
♥ Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
♥ Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
♥ Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
♥ Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
♥ Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Marilah kita sama-sama basahi lidah kita dengan Selawat Ke Atas Rasul Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W lebih-lebih lagi di hari yg penuh kemuliaan ini....

Melalui Al-Nasai & Ibnu Hibban berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda: " Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"


##Credit: shafiqolbu

2 comments:

  1. terima kasih dgn perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dearie najiah,,,tQ sudi singgah ke blog yg tidak seberapa ini...sesama kita berkongsi ilmu ya ;-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...