Harap masih belum terlewat untuk MLY mengucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H Bersamaan 24 Januari 2013.
Sungguh hening dan damai sekali rasanya suasana hari ini hari semalam (24 Januari 2013). Bagaikan mengerti Hari Yang Tersangat Istimewa buat semua umat Islam di seluruh dunia...Hari di mana lahirnya sebutir bintang yg menyinari kegelapan manusia...lahirnya seorang Rasul junjungan umat di akhir zaman. Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله
عليه وسلم
) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk
seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan
satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan
jalan yang lurus dan benar.
Baginda
bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang
mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia,
mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya
hanya kerana Allah SWT.
Nabi
Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi
Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh
alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al
Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Mari kita berkongsi serba sedikit mengenai Biodata Rasulullah S.A.W:
- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Perjalanan hidup Rasulullah penuh dengan ujian dan dugaan sejak dari Baginda masih kecil lagi. Menghayati kisah baginda membuatkan saya merasakan apa yg kita lalui pada hari ini hanyalah ujian yg sangat kecil jika nak dibandingkan dengan sejarah hidup baginda. Tapi malangnya kita pada hari ini hany tahu merungut dan bersedih dengan ujian yg melanda. Ya Allah Kuatkanlah iman kami, hati kami agar dapat kami menempuh segala ujian dengan setabah dan sesabar Nabi Muhammad S.A.W. Rasul junjungan kami....Mari kita kongsi mengenai sejarah hidup baginda :
USIA 5
TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6
TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8
TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9
TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20
TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25
TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35
TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40
TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53
TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63
TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI
RASULULLAH S.A.W
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam’ah
- Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
PUTERA & PUTERI RASULULLAH S.A.W
- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kalthum
- Fatimah Al-Zahra’
Sumber: ahmad sanusi husain
Jadi janganlah biarkan hari-hari yg berlalu pergi begitu sahaja...basahilah lidah kita dengan Selawat Ke Atas Nabi dan lengkapilah hari kita dengan sunnah-sunnah baginda.
No comments:
Post a Comment