Tuesday, January 22, 2013

Tips-Tips Memerah untuk Hasil Susu Yang Meriah dan Lumayan

Jika tadi entri saya berkenaan punca-punca susu dikatakan boleh menyusut atau merudum, untuk entri ini saya kongsikan pula tips-tips yang boleh mama semua amalkan untuk memeriahkan lagi hasil perahan...InsyaALLAH yg penting mama semua perlu sentiasa yakin, positif dan semestinya perlu usaha dan disiplin untuk dapatkan hasilnya. Tak lupa juga doa dan tawakal kepada Allah Yang Maha ESA.


Berikut saya kongsikan Tips-Tips Memerah untuk Hasil Susu Yang Meriah dan Lumayan:


PERTAMA

Gambar Sekadar Hiasan ~ Pilih Pam yang Betul ~

Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting agar sesi mengepam berjalan lancar, menjimatkan masa dan tidak menyakitkan. Gunakanlah pam yg mudah dibawa, diguna dan dibersihkan. Mengepam tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya sakit, cuba ubah cara sedutan pam dan sekiranya masih sakit perlu hubungi pakar laktasi utk khidmat nasihat.

Sekiranya anda lebih selesa untuk memerah dengan tangan, teruskan ya kerana memerah dengan tangan adalah yg terbaik kerana dikatakan dapat mengosongkan payudara 100% berbanding perahan menggunakan pam cuma kekurangannya ialah ia akan mengambil masa yg agak panjang dan tidak praktikal bagi mama yg bekerjaya dan sentiasa mengejar masa. Bagi mama yg tidak tahu teknik yg betul memerah menggunakan tangan (Teknik Marmet) anda bolehlah klik di sini

KEDUA

Posisi Memerah/Mengepam yang Betul
Pastikan posisi sebelum memerah/mengepam adalah betul


Setelah semua peralatan tersedia...anda bolehlah mula untuk memerah/mengepam tapi sebelum itu pastikan anda berada di dalam keadaan yg TENANG ya...sebabnya kalau anda stress/tertekan, susu pun malu-malu je nak keluar. Pastikan posisi anda sebelum memerah/mengepam adalah betul untuk memudahkan lagi pengaliran susu.

KETIGA

Sebelum memerah/mengepam anda boleh juga urut payudara dengan lembut untuk memudahkan pengaliran susu nanti. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

KEEMPAT

Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

KELIMA



Minum minuman yg melegakan seperti air suam dgn secukupnya untuk memastikan penghasilan susu yg optimum. Kalau boleh cuba elakkan minum minuman berkafein atau bergas.

KEENAM

Gambar Sekadar Hiasan ~ Bayangkan si manja anda yg comel sewaktu memerah ~
Semasa memerah/mengepam, lihat gambar atau video si manja anda. Dengan melihat atau mendengar suara si manja, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyuman dia, suara dia.

KETUJUH

Berzikir (Bagi Muslim) - amalkan berzikir semasa mengepam. Berzikir adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah dan secara tak langsung kita akan mendapat ketenangan dan ini akan memudahkan lagi pengaliran susu. Salah satu zikir yg boleh dibaca ialah kalimah YA MATIN (baca 70 kali setiap hari).

KELAPAN

Jangan lihat hasil perahan - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil perahan ya. Buat benda lain, contoh no 6 & 7 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, kita sendiri akan rasa stress dan ini akan menyukarkan utk susu keluar dgn lancar.

Apa pun yg penting usaha, doa dan tawakal kita. Suplemen insyaALLAH akan membantu kita tapi selebihnya adalah usaha kita sendiri. Mesti sentiasa postif dan perlu ingat konsep supply&demand. Minum cukup air setiap hari (3L). InsyaALLAH niat yg mulia Allah pasti akan permudahkan.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. Sentiasa ingat Allah dan berdoalah agar susu kita akan cukup untuk baby sehingga usianya 2 tahun atau lebih.


Boleh klik di sini untuk doa dan zikir harian untuk membantu dalam penyusuan


##Credit: Hanis Amin

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...