Showing posts with label Cukup ke Susu Ibu?. Show all posts
Showing posts with label Cukup ke Susu Ibu?. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Cukup ke Susu Ibu?


Dearest Mama semua, pernah tak anda semua mengalami situasi sebegini?

SITUASI:
Pengasuh beritahu saya yg anak saya memerlukan lebih susu perahan (ebm) berikutan penambahan usianya. Stok ebm saya makin berkurangan jumlahnya...Apa yg perlu saya lakukan? Perlu campur dgn susu formula ke ? Perlu start solid food ke, walaupun baby belum 6 bulan? Kenyang ke baby saya nanti?



Persoalan demi persoalan pasti akan menerjah mama semua kan...Tenang ya mama semua..jangan terlalu cepat melatah dengan situasi sebegitu...tanamkan dalam minda bahawa:

 " Susu ibu adalah cukup untuk setiap bayi masing-masing "

Mama semua perlu tahu ya bahawa jumlah susu ibu yang baby anda minum KURANG berbanding baby yg minum susu formula. Jangan keliru ya dengan situasi sebegini. Ini adalah kerana:

  • Komposisi susu ibu tersangat unik kerana boleh berubah mengikut umur dan keperluan baby di mana 2.5oz - 4oz sekali minum adalah cukup untuk fungsi normal badan baby. Itulah uniknya susu ibu anugerah Ilahi....susu formula tidak boleh berubah sebegitu ya.

  • Susu ibu juga lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula dan disebabkan itu, baby yg menyusu dengan susu ibu cenderung untuk menyusu dgn lebih kerap berbanding baby yg minum susu formula. Selalunya baby yg menyusu susu ibu ini akan menyusu lebih kurang 2 jam sekali berbanding yg menyusu formula di mana mereka menyusu lebih kurang 3-4 jam sekali.
Jumlah susu yang diambil oleh baby semasa 1-6 bulan (sepanjang siang) tidak berubah.

Perbezaan Komposisi dan Khasiat Susu Ibu Berbanding Susu Formula

SELEPAS BAYI BERUSIA 6 BULAN:

Jumlah susu perahan  yang diambil oleh baby di waktu siang akan semakin berkurangan kerana baby telah mula diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food).

Ibu-ibu juga akan mula perasan yg susu yg dipam akan mengalami pengurangan dan penyusutan ini adalah kerana demand bayi sudah mula berkurangan setara dengan usianya (ini untuk sewaktu siang) dan kerana baby telah mula makan.

Perlahan-lahan baby perlu "belajar" mendapatkan sumber nutrien daripada sumber makanan lain.

Walaupun baby sudah mula mengenali makanan, penyusuan ibu masih perlu diteruskan ya sehingga baby berusia 2 tahun.

Secara reverse cycle, baby akan minum susu lebih banyak di waktu malam.

Jadual Menunjukkan Keperluan Bayi Untuk Menyusu Mengikut Pertambahan Usia

Selalunya, berat baby akan mula statik sejak baby berusia 6 bulan dan ke atas. Walaupun baby telah mula makan tetapi pertambahan berat baby akan mula perlahan hinggalah baby berusia 12 bulan. Jadi mama semua jangan risau ya kalau pergi regular checkup doktor beritahu pertambahan berat baby adalah perlahan dan mungkin ada yg di bawah graf. 

Jangan takut dengan situasi itu dan terus buat kesimpulan mudah dengan beri baby tambahan susu formula. Mama semua boleh refer WHO Growth Chart, 2006 untuk memantau pertambahan berat baby anda. Periksa kesihatan baby dan berjumpalah dengan pakar kanak-kanak untuk memastikan baby anda berada dalam keadaan yg sihat. Sekiranya baby anda cergas dan aktif serta berselera untuk minum dan makan, baby anda adalah dalam keadaan yg baik jadi anda tidak perlulah untuk terlalu risau.


Harap sedikit sebanyak perkongsian ini akan dapat menjawab setiap persoalan mama semua dan sedikit sebanyak dapat melegakan hati mama yg resah gelisah. Point saya di sini, usah hiraukan kata-kata orang, yang penting kita tahu apa yg kita buat, kita tahu apa yg terbaik untuk anak-anak kita dan kita yakin yg susu kita pasti akan cukup untuk anak-anak kita:) Lengkapkan diri dengan ilmu dan insyaALLAH kita pasti akan berjaya dengan apa jua yg kita lakukan. Jangan MALAS untuk mencari ilmu...join kumpulan sokongan untuk memberi anda lebih semangat dan yg paling penting anda tidak keseorangan! Dekatkan diri dengan Allah dan  sentiasa berdoa dan bertawakal kepadaNYA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...