Kadangkala SEMBELIT KRONIK yang tidak diatasi boleh membawa kepada BUASIR.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan buasir?
BUASIR atau HEMOROID adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan mungkin berdarah. Buasir boleh terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.
Lama-kelamaan ia menjadi kurang 'memberi' dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.
Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.
Apakah penyebab utama berlakunya buasir?
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.
Bagaimanakah caranya untuk mencegah buasir dari terjadi?
Anda boleh mencegah buasir dengan mengamalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Sekiranya terdapat pendarahan yang teruk dan buasir semakin terjulur keluar dan membengkak, amat disarankan untuk anda terus merujuk kepada pakar perubatan untuk rawatan. Jangan dibiarkan menjadi lebih teruk kerana dikhuatiri akan memudaratkan anda.
Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan seperti menyapu krim/salap, Daflon , Ligasi Pita Getah, Hemorhoidektomi, Pembedahan eksisi dan Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler).
Tabiat harian serta pemakanan amat mempengaruhi keadaan penyakit ini. Pastikan anda menguruskan diri dengan:
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
Selain itu, anda bolehla mengamalkan suplemen semulajadi sebagai ikhtiar untuk penyakit buasir ini agar. Antara suplemen yang dicadangkan ialah:
OSTEMATRIX
Dapat membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka dibahagian dubur.
Klik di sini untuk info lanjut mengenai OsteMatrix.
Klik di sini untuk info lanjut mengenai OsteMatrix.
OMEGA GUARD
Baik untuk sendi/otot..pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
Klik di sini untuk info lanjut mengenai Omega Guard.
Klik di sini untuk info lanjut mengenai Omega Guard.
ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka dibahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Untuk sebarang info lanjut mengenai produk dan harga bolehlah terus hubungi saya melalui:
♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
♥ Like Fanpage: My Little Yaya
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
DISCLAIMER / PENAFIAN
- Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
- Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.
- Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda.
No comments:
Post a Comment