Alhamdulillah...semakin hari semakin ramai ibu yg telah bertekad ingin menjayakan penyusuan secara eksklusif...Baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang ibu tentang Set 3M...mula-mula saya ingatkan babynya mungkin dalam usia 3 bul
an tapi rupanya dah 2 tahun lebih dan ibu ini risau kerana katanya susu beliau dah mula menyusut dan beliau ingin meneruskan penyusuan si manjanya itu...Wah saya sangat kagum dengan semangat beliau....selalunya bila anak dah masuk 2 tahun je...ramai ibu yg dah mula tanya mcm mana nk wean off...macam mana petua utk stop penyusuan dan sbgnya...tak ramai yg nak meneruskan penyusuan kerana ramai yg dah mula mengeluh dan "surrender". Jangan tak tau ya...saya baru je dengar pengakuan seorang ibu yang telah menyusukan si manja beliau yg telah pun berusia 4 tahun.
Oklah hari ini saya nak share sedikit berkenaan kelebihan "Extended Breastfeeding" atau pun penyusuan selepas anak berusia 2 tahun...Saya rasa kebanyakkan mama semua sudah sedia maklum dengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.
Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.
Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.
Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.
Hakikatnya, amalan "Extended Breastfeeding" merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.
Kelebihan dan Manfaat untuk Ibu:
♥ Bakal mendapat manfaat daripada hormon penyusuan iaitu Hormon prolaktin yg dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan dan juga Hormon oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!
♥ Mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang dengan si manja anda.
♥ Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku.
♥ Turut memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:
1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)
Kelebihan dan Manfaat untuk Anak:
♥ Memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja.
♥ Anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah.
♥ Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.
Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.
Secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.
(Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/breastfeeding-banyak-kelebihan-1.13449)
Jadi pada mama-mama yg meneruskan penyusuan wpun anak telah berusia lebih dari 2 tahun...TAHNIAH saya ucapkan...dan tak perlu anda rasa diri anda pelik atau terasing ya..anda telah melakukan sesuatu yg tersangat mulia dan tak ramai yg boleh melakukan seperti anda!
Di sini saya ingin abadikan sedikit nukilan dari seorang ibu yg tabah dalam menyusukan si manjanya walaupun sudah berusia dua tahun lebih...saya sangat kagum dengan semangat beliau dan saya sendiri berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau...semoga hasil nukilan ini akan menjadi pembakar semangat buat diri saya dan juga mama semua...
No comments:
Post a Comment