Thursday, October 18, 2012

Kembali sihat, bertenaga dan cantik menawan selepas bersalin dengan Set C: Set Berpantang dari Shaklee.

Penjagaan diri dan pemakanan amat penting di kala berpantang untuk memastikan kesihatan ibu kembali pulih dan cergas seperti sediakala. Ini adalah kerana keseimbangan hormon para ibu telah terganggu di sepanjang kehamilan. Para ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Kemudiannya, tenaga ibu banyak digunakan di saat kelahiran dan ibu-ibu turut mengalami luka di bahagian yg tertentu serta banyak urat-saraf yg cedera.

Sudah tentulah, penjagaan diri yg rapi serta pengambilan makanan yg berkhasiat amat penting dalam memastikan segala luka jahitan (sama ada bersalin normal mahupun caesarean) cepat sembuh, rahim kembali mengecut seperti sediakala, kesihatan diri kembali pulih dan penyusuan susu ibu tidak terganggu. 

Walaubagaimanapun, kebanyakan amalan berpantang masyarakat melayu ialah ibu-ibu perlu mencatu makanan dan juga air. Jika dilihat dari sudut kesihatan, diet sebegini (kurang air dan kurang nutirisi) sebenarnya mendedahkan ibu-ibu kepada risiko penyakit buah pinggang, tekanan darah rendah dan banyak risiko kesihatan yg lain.
(rujukan: http://mutiarasayangibu.blogspot.com)

Oleh itu, ibu-ibu selepas bersalin amat disyorkan untuk mengambil suplemen tambahan bagi memastikan nutrisi yg diambil adalah mencukupi untuk memulihkan kembali keadaan tubuh badan yg telah berubah dari sudut fizikal, hormon dan emosi ibu itu sendiri. Zat Besi amat penting utk memastikan ibu-ibu tidak terdedah kepada risiko anemia dan tekanan darah rendah akibat pengeluaran darah nifas. Gynae kita sendiri akan membekalkan multivitamin kepada kita sebelum kita pulang dari hospital. Ini menunjukkan bahawa vitamin dan mineral amat penting untuk sistem badan kita.

Masyarakat kita juga terkenal dgn pengamalan herba dan jamu secara tradisional sewaktu berpantang. Namun, tidak semua bayi boleh tahan dgn jamu-jamu yg agak panas. Saya sendiri terpaksa memberhentikan pengambilan pil herba selepas bersalin yg saya ambil memandangkan anak say atidak tahan dan naik ruam seluruh badan. Jadinya saya terpaksa stop makan dan tidak ambil apa2 suplemen lagi kerana risau perkara yg sama akan terjadi balik kpd anak saya dan kesannya, saya sentiasa lesu dan tak bermaya sehinggalah anak saya berusia 10 bulan. Selepas itu, saya dipertemukan dgn suplemen dari shaklee dan mengamalkan set Eu Four Pack dan alhamdulillah sehingga kini saya sudah jarang sakit dan kekal cergas bertenaga dan masih meneruskan penyusuan secara eksklusif.

Jadi, apakah kelebihan mengamalkan Set C: Set Berpantang dari Shaklee ini?


Set Berpantang Suplemen Shaklee


Secara ringkasnya, set ini terdiri dari:

1. Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)
Mengandungi 12 vitamin & 7 mineral penting utk tubuh kita. Sebagai pemberi tenaga utk tambah kecergasan fizikal & mental kita. Ibu perlu restore balik tenaga yg hilang sewaktu hamil dgn melahirkan. Vita-Lea ini juga diformulasikan bersama zat besi yg boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah akibat turun darah nifas dan ini secara tak langsung boleh mengelakkan kita dari lesu dan pucat akibat berjaga malam untuk menyusukan anak. 

2. B-Complex
Saya gelarkan vitamin B ini "Happy Vitamin" sbb boleh bantu redakan stress kita. Secara teorinya, ibu-ibu sedikit sebanyak pasti akan merasa tekanan dengan kehadiran "orang baru" dalam keluarga. Dengan penyusuan yg sgt mencabar ibu-ibu sedikit sebanyak akan merasa tertekan dan letih. Jadi dengan mengamalkan B-complex secara tak langsung dapat elakkan ibu-ibu dari post-natal blues (meroyan). B-Complex dapat juga membantu dalam mencegah anemia dan membekalkan tenaga. Ia juga baik untuk jantung & saraf kita. Biotin yg ada di dalamnya dpt bantu masalah rambut gugur yg selalu terjadi lepas bersalin.

3. Vitamin C
Sangat membantu utk penyembuhan luka dan merangsang pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit dgn menyekat pigmentasi yg menyebabkan jeragat. Jadinya ibu berpantang pun dapat kekal berseri-seri dan menawan. Juga sebagai antioksida yg menentang radikal bebas dan boleh bertindak sbg imuniti utk mencegah ibu dari mudah jatuh sakit ketika dalam pantang.

4. Zinc
Juga mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Dapat membantu dalam pengecutan rahim dan mengatasi masalah rambut gugur.

Keempat-empat suplemen di atas adalah suplemen asas yg dicadangkan untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Jika anda ada bajet yg lebih, amat digalakkan untuk anda mengambil OsteMatrix dan ESP juga.

OsteMatrix boleh bantu masalah sembelit lepas bersalin yg sangat-sangat ditakuti oleh ramai ibu jadi dengan OsteMatrix anda tak perlu risau lagi utk ke toilet. OsteMatrix juga boleh membantu atasi kekejangan otot n kebas2 yg dialami samada kaki atau tangan...Ibu-ibu selepas bersalin memang sangat perlukan kalsium dari suplemen tambahan kerana bayi kita dah tarik byk kalsium dr kita. Klik di sini untuk info tambahan mengenai OsteMatrix.

ESP juga terkenal sebagai "milk-booster" untuk kelancaran proses penyusuan dan juga sebagai pembekal tenaga. Kulit ibu juga akan bertambah licin, anjal dan cerah dgn pengamalan ESP secara konsisten. Klik di sini untuk info tambahan mengenai ESP.

Ibu-ibu tidak perlu risau dengan kesemua suplemen yg dicadangkan di atas kerana InsyaAllah kesemua suplemen tersebut adalah selamat untuk ibu dan bayi dan Halal. Juga tidak akan menyebabkan cirit-birit pd bayi dan  boleh diambil walaupun baby ada jaundice.

Apa kata anda mencuba Set C: Set Berpantang dari Shaklee sewaktu berpantang kali ini. InsyaALLAH dengan disiplin dan istiqamah serta dengan keizinan Allah, anda pasti akan kembali bertenaga, cergas dan cantik menawan selepas bersalin.

Berminat untuk mencuba? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai harga dan dapatkan konsultasi berkenaan set dan produk secara percuma dari saya. Jika anda mempunyai bajet anda, jangan risau kita boleh sesuaikan produk mengikut bajet dan keperluan anda.

Hubungi saya di 


Like Fanpage: My Little Yaya
Call/SMS: 012-9702427


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...