Wednesday, October 31, 2012

10 Makanan Terbaik untuk Kekal Langsing Secara Sihat

Salam Sahabat MLY,

Sabtu lepas masa bersantai selepas kenduri doa selamat, saya ada terbaca segmen kecantikan Utusan Malaysia yg ada berkongsi mengenai 10 makanan yg boleh kita pilih untuk kekal langsing secara sihat. Sudah pastilah bagi kebanyakan individu terutamanya wanita, pengambilan makanan amatlah dititikberatkan untuk memastikan berat badan sentiasa ideal dan langsing. 

Walaubagaimanapun, berdiet dgn cara yg agak "terlampau" seperti menjauhi dan bermusuh dengan makanan bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana tenaga dan vitamin yg diperlukan oleh tubuh kita dibekalkan secara semulajadi dari sumber makanan tersebut. Untuk cara yg lebih mudah bagi kekal langsing dan sihat pada satu masa yg sama, cara berdiet yg betul dan pengambilan suplemen tambahan amatlah penting. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mudah untuk kekal langsing dan sihat dengan Set Pelangsingan Shaklee.

Tapi hari ini saya nak berkongsi mengenai 10 makanan yg boleh anda pilih bagi menu harian anda untuk kekal langsing:


  1. BIJIRIN OAT: Oat tidak mengandungi gula tambahan dan boleh membantu mengekalkan pelancaran aliran darah.
  2. SAYURAN DAN KEKACANG : Sesetengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat, protein dan anti-oksida.
  3. YOGURT TANPA LEMAK : Pilihan yg terbaik kerana kadar kandungan kalori yg rendah. Boleh diambil bersama buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi mahupun mangga.
  4. LIMAU NIPIS ATAU LEMON : Jus limau nipis ataupun lemon boleh membantu membuang lemak dalam tubuh. Harumannya juga boleh membantu membuat anda cenderung menikmati makanan berkhasiat.
  5. LOBAK MERAH : Harus dijadikan pilihan utama kerana lobak merah mengandungi kadar kalori yg sangat rendah iaitu 52 kalori sahaja untuk secawan sayuran tersebut. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat serta baik untuk mata dan penghadaman.
  6. KEREPEK SOYA : Soya yg dikeringkan dan dibakar amat sesuai dijadikan makanan ringan berbanding kerepek lain.
  7. BUAH KERING : Buah-buahan kering kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu. Bagaimanapun tidak boleh diambil terlalu banyak kerana ia mengandungi kadar kalori yg agak tinggi.
  8. TAUHU : Boleh jadikan tauhu sebagai ramuan utama ketika menyediakan sup kerana 1.5 kg tauhu hanya mengandungi 50 kalori sahaja. Sangat rendah bukan?
  9. KELEDEK : Sebiji keledek bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori dan tidak akan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah berbanding ubi kentang biasa.
  10. Sos Salsa
  11. SOS SALSA : Sos ini terdiri dari tomato segar, bawang dan cili yg ditumis berbanding minyak zaitun kurang lemak berbanding krim sos.
Oklah sahabat-sahabat semua, buat masa ini 10 makanan di atas yg dapat saya kongsikan dahulu.Harap sedikit sebanyak dapat memberi sedikit idea kepada anda yg sedang berdiet untuk mempelbagaikan menu harian agar sentiasa menarik dan tidak bosan di samping mengekalkan paras kalori yg ideal. InsyaALLAH dalam entri yg akan datang saya akan cuba kongsikan makanan lain pula. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...