Friday, March 29, 2013

Sudahkah Anda Semua Melakukan Ujian Pap Smear ??

Rasanya bila dengar je perkataan "Pap Smear" tu ramai yg dah rasa seriau kan...nak-nak lagi bila lihat alat dia (speculum). Ada sorang makcik pernah cakap dgn saya...katanya sehinggalah dia dah bercucu ni pun dia tak pernah berani nk pergi buat pap smear tu bila mengenangkan nak kena guna speculum yg dia gelar alat "mulut itik". Bila dengar makcik tu cakap macam tu saya yg patutnya ada appoinment utk buat "Pap Smear" terus fobia dibuatnya...sudahnya yg 1st appoinment utk "Pap Smear" lepas anak sulung lahir buat-buat cam tak ingat je...sampaila anak kedua lahir...dah takleh nak lari dah sebab doc dah bg warning heeeee :P 



Masa nak buat tu adoi dup dap dup dap jantung ni...tapi tengok-tengok tak sedar pun bila doc habis buat...bila doc cakap.."Ok dah siap dah"...saya macam pelik...siap leh tanya doc lagi "eh betul ke dah siap ni? "...lepas tu doc gelak dan tanya saya "kenapa? awak ingat berapa lama nak buat? awak nak lagi ke?" heheee...rasanya tak sampai pun 10 min kot kalau doc tu mmg pro (tQ my dear Dr Khamsiah @ Hospital Pakar An-Nur Bangi)

Jadi tujuan saya tulis entri berkenaan "Pap Smear" ni nak beri kesedaran tentang pentingnya ujian ini dan nak beritahu sebenarnya ujian ini tak menyakitkan pun dan janganla lari dari ujian ini ya...Buat para suami yg terbaca entri ni mohon untuk sama-sama educate isteri anda dan bawa mereka untuk lakukan ujian ini ya. Lakukanlah ujian ini sebelum terlewat. [Ketahuilah bahawa kanser pangkal rahim adalah pembunuh kedua wanita dan selalunya hanya dapat dikesan bila sudah ke stage yg kritikal]

Oklah jom kita tengok serba sedikit info mengenai "Pap Smear" dan kepentingannya. (Saya dapat info ini dari sebuah blog: hazlysa.blogspot.com) harap tuan punya blog tak kisah ya saya sharing artikel yang sangat bermanfaat di blog saya ini...moga dapat sama-sama memberi manfaat dan kesedaran kepada semua wanita di luar sana tentang pentingnya Ujian "Pap Smear" ini.


INFO PENTING:

Ujian Pap Smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.
Risiko kanser serviks menjadi 3 hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan ujian Pap Smear secara berkala.
(Sumber: Kosmo! Online)

Info berkaitan Pap Smear


Apa itu Ujian lumuran Pap (Pap Smear)?

Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Kaedah Pap Smear
Kaedah Ujian Pap Smear 

Speculum untuk Pap Smear
Tadaaa...nilah dia  antara alat yg sangat ditakuti ramai wanita -- Speculum

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Perbezaan sel serviks normal atau abnormal
Perbezaan antara sel yang normal dan tidak normal (kemungkinan kanser)

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian Pap Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:
  • Pusat Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian Pap Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Pap Smear Harus Dilakukan?

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Terdapat sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  1. Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).
  2. Agen jangkitan: terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
  3. Tidak menjaga kebersihan diri.
  4. Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?

  • Berfikiran positif.
  • Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
  • Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
  • Bertawakal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.

Akhir kata...buat sahabat-sahabat semua..janganlah "takut" untuk melakukan ujian pap smear ini demi kebaikan anda semua....sekiranya ada sebarang yg tak normal sekurang-kurangnya kita dapat kesan dari awal dan boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya sebelum ianya terlewat. Betul Kan ??


3 comments:

  1. Tuan tanah.. mohon share artikel pasal pap smear yer.
    mohon halalkan.

    ReplyDelete
  2. Huhu...arini ade appoinment bt pap smear ni...takutttt...harap dipermudahkan. Aamiin :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...