Friday, March 29, 2013

Sudahkah Anda Semua Melakukan Ujian Pap Smear ??

Rasanya bila dengar je perkataan "Pap Smear" tu ramai yg dah rasa seriau kan...nak-nak lagi bila lihat alat dia (speculum). Ada sorang makcik pernah cakap dgn saya...katanya sehinggalah dia dah bercucu ni pun dia tak pernah berani nk pergi buat pap smear tu bila mengenangkan nak kena guna speculum yg dia gelar alat "mulut itik". Bila dengar makcik tu cakap macam tu saya yg patutnya ada appoinment utk buat "Pap Smear" terus fobia dibuatnya...sudahnya yg 1st appoinment utk "Pap Smear" lepas anak sulung lahir buat-buat cam tak ingat je...sampaila anak kedua lahir...dah takleh nak lari dah sebab doc dah bg warning heeeee :P 



Masa nak buat tu adoi dup dap dup dap jantung ni...tapi tengok-tengok tak sedar pun bila doc habis buat...bila doc cakap.."Ok dah siap dah"...saya macam pelik...siap leh tanya doc lagi "eh betul ke dah siap ni? "...lepas tu doc gelak dan tanya saya "kenapa? awak ingat berapa lama nak buat? awak nak lagi ke?" heheee...rasanya tak sampai pun 10 min kot kalau doc tu mmg pro (tQ my dear Dr Khamsiah @ Hospital Pakar An-Nur Bangi)

Jadi tujuan saya tulis entri berkenaan "Pap Smear" ni nak beri kesedaran tentang pentingnya ujian ini dan nak beritahu sebenarnya ujian ini tak menyakitkan pun dan janganla lari dari ujian ini ya...Buat para suami yg terbaca entri ni mohon untuk sama-sama educate isteri anda dan bawa mereka untuk lakukan ujian ini ya. Lakukanlah ujian ini sebelum terlewat. [Ketahuilah bahawa kanser pangkal rahim adalah pembunuh kedua wanita dan selalunya hanya dapat dikesan bila sudah ke stage yg kritikal]

Oklah jom kita tengok serba sedikit info mengenai "Pap Smear" dan kepentingannya. (Saya dapat info ini dari sebuah blog: hazlysa.blogspot.com) harap tuan punya blog tak kisah ya saya sharing artikel yang sangat bermanfaat di blog saya ini...moga dapat sama-sama memberi manfaat dan kesedaran kepada semua wanita di luar sana tentang pentingnya Ujian "Pap Smear" ini.


INFO PENTING:

Ujian Pap Smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.
Risiko kanser serviks menjadi 3 hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan ujian Pap Smear secara berkala.
(Sumber: Kosmo! Online)

Info berkaitan Pap Smear


Apa itu Ujian lumuran Pap (Pap Smear)?

Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.

Kaedah Pap Smear
Kaedah Ujian Pap Smear 

Speculum untuk Pap Smear
Tadaaa...nilah dia  antara alat yg sangat ditakuti ramai wanita -- Speculum

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Perbezaan sel serviks normal atau abnormal
Perbezaan antara sel yang normal dan tidak normal (kemungkinan kanser)

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian Pap Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:
  • Pusat Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian Pap Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Pap Smear Harus Dilakukan?

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Terdapat sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

  1. Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).
  2. Agen jangkitan: terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
  3. Tidak menjaga kebersihan diri.
  4. Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?

  • Berfikiran positif.
  • Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
  • Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
  • Bertawakal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.

Akhir kata...buat sahabat-sahabat semua..janganlah "takut" untuk melakukan ujian pap smear ini demi kebaikan anda semua....sekiranya ada sebarang yg tak normal sekurang-kurangnya kita dapat kesan dari awal dan boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya sebelum ianya terlewat. Betul Kan ??


Tuesday, March 19, 2013

Formulasi Baru Vita E Complex Shaklee Diperkaya dengan Ektrak Biji Anggur

Daripada nama pun kita sudah boleh agak kan betapa hebatnya formulasi baru Vita E Complex dari Shaklee ini. Vita E Complex sebelum ini turut mengandungi Selenium dan kini diperkaya pula dengan ekstrak biji anggur. Apa pentingnya kedua-dua bahan ini untuk diformulasikan bersama Natural Vitamin E? Sebelum kita pergi kepada manfaat kedua bahan ini apa kata kita ketahui dahulu jenis-jenis Vitamin E.


Vitamin E terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alpha, beta, gamma dan d-alpha tocopherol. Gamma adalah jenis vitamin E yang paling kurang aktif. Manakala d-alpha tocopherol adalah jenis vitamin E yang paling aktif dan paling hebat. 


BERITA BAIK: 

Vita E Complex Shaklee terhasil daripada Vitamin E jenis 

d-alpha tocopherol


Vita E Complex Shaklee


Seperti yang diketahui ramai, suplemen-suplemen Shaklee adalah terdiri daripada suplemen semulajadi ya bukan sintetik..begitu juga halnya dengan Vita E Complex ini yang sememangnya terhasil dari sumber Vitamin E yang semulajadi. TAPI bagaimanakah caranya untuk anda pastikan Vitamin E yang anda ambil dan consume setiap hari adalah terdiri daripada sumber yang semulajadi dan bukannya Vitamin E sintetik?? Mudah sahaja...anda lihat di label Vitamin E anda dan pastikan yang tertulis ialah bermula dengan d-alpha  sebagai contoh : d-alpha tocopherol bukannya bermula dengan dl- sebagai contoh: dl-alpha tocopherol. Jadilah pengguna yang bijak ya!


Apa perlunya Selenium dalam bersama Vitamin E??


selenium di dalam vita e complex shaklee


Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Selenium adalah penting sebagai sumber untuk proses badan dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, Selenium juga amat penting dalam diet harian seseorang dan dianggap sebagai meningkatkan tindakan antioksidan (dalam situasi ini dapat tingkatkan tindakan Vitamin E).


Apa pula manfaat Ekstrak Biji Anggur??

Vita E Complex Shaklee kini diperkayakan pula dengan ekstrak biji anggur? Apa pula kelebihan esktrak biji anggur ini ya? Jom kita lihat bersama:


ekstrak biji anggur dalam vita e complex shaklee


  • Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.
  • OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih bersifat antioksida dari Vitamin E dan 20x lebih power dari Vitamin C
  • Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah

Pentingkah Vitamin E kepada tubuh badan kita?? 

Tahukah anda bahawa seorang dewasa perlukan dalam 400IU Vitamin E setiap hari??

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keperluan Vitamin E sebanyak itu?? 

Anda perlu ambil lebih kurang 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam....
wahh banyaknya...tak termakan rasanya tapi anda jangan susah hati atau pening kepala....anda boleh mendapat cukup keperluan Vitamin E setiap hari dengan hanya mengambil sebiji Vitamin E dari Shaklee setiap hari ya...mudah bukan?


1 capsule Vita E mengandungi 400 IU Vita E
Credit Picture: nooraidamymdnoor     


Berikut disenaraikan antara manfaat yang boleh diperolehi daripada pengambilan Vitamin E secara konsisten:

♥ Penting untuk melindungi jantung dan paru-paru kita.

♥ Antipenuaan -- menjadikan anda tampak lebih muda kerana Vitamin E merupakan antioksidan yang sangat power untuk melawan semua radikal bebas..dan ditambah pula lagi dengan kehadiran ekstrak biji anggur yang seperti telah saya nyatakan tadi 20 x lebih power dari Vitamin C.

♥ Juga berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun, dan berupaya melawan sel-sel kanser serta menghalang pertumbuhan tumor.

♥ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif baik bagi lelaki dan wanita dan bagi lelaki jika diamalkan setiap hari dipercayai dapat mempertingkatkan lagi kualiti serta kiraan sperma. 

♥ Dikenali juga sebagai "Vitamin Cinta" yg mampu memperbaiki hubungan intim suami dan isteri. Lebih bagus jika diamalkan bersama Alfalfa Complex.

♥ Untuk kecantikan kulit di mana dapat memudarkan parut, stretchmark dan lain-lain. Pengambilan bersama B Complex, Sustained Release Vita C Plus dan ESP dapat memberikan anda kulit wajah yang cerah, licin dan bebas cela jika diamalkan secara konsisten.

♥ Bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah, membantu pembekuan darah yang normal dan memberi manfaat pada saraf.

♥ Juga dikatakan dapat mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).


Credit: sinarcahayamata                          

Adakah anda sudah dapatkan keperluan Vitamin E setiap hari? Jangan ambil mudah ya keperluan vitamin E ini lebih-lebih lagi untuk jantung yang lebih sihat...risau sangat sebab dengan rutin seharian kita, pengambilan makanan tidak seimbang setiap hari, sentiasa dalam keadaan mengejar masa dan tertekan, kita boleh diserang penyakit jantung dan macam2 lagi penyakit lain di usia yang muda. Ketahuilah bahawa penyakit jantung adalah PEMBUNUH NO 1 di dunia dan boleh menyerang bila-bila masa sahaja tak kira usia. 

Jom kita lihat beberapa testimonial daripada mereka yang telah mengamalkan Vita E Complex dan sangat berpuas hati dengan kesannya:

TESTIMONIAL 1
Parut-parut jerawat semakin hilang dengan hanya 2 minggu pengambilan Vita E Complex


Testimonial Vita E Complex


TESTIMONIAL 2
Dulu kulit kusam, kini kembali berseri dengan pengambilan Vita E Complex + Set 3M
Susu semakin meriah dan ibu juga makin cantik menawan




TESTIMONIAL 3
Kulit semakin cerah dan "glowing" dengan hanya mengamalkan Set D (B Complex, Vita E complex, SR Vita C Plus) + ESP




TESTIMONIAL 4
Masalah "Open Pores" kini tiada lagi dengan Vita E Complex...Best kan? tak perlu nak habiskan ribuan ringgit buat treatment atau facial sana sini. Cukup dengan hanya 1 kapsul Vita E Complex setiap hari




Berminat untuk mendapatkan sebotol Vita E Complex? Jangan risau, harga yang sangat mampu milik dan sebotol Vita E Complex dengan 120 softgels Vitamin E ini boleh diambil sehingga 3 bulan bagi seorang pengguna. Sangat jimat dan berbaloi bukan?? Jadi apa tunggu lagi..dapatkan dari MLY dengan HARGA ISTIMEWA. Anda boleh hubungi saya melalui: 

 Call/SMS: 012-9702427



Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 



DISCLAIMER/PENAFIAN


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 

Sunday, March 3, 2013

Apa Yang Harus Dilakukan Jika Anak Demam Panas dan Terkena Sawan Tarik??

Assalamualaikum sahabat semua...

Cara Tangani Anak Demam Panas


Hari ini saya terpanggil untuk selitkan satu entri yang saya kira tersangat penting untuk semua ibu dan bapa (termasuk untuk saya dan suami) ambil tahu dan jangan ambil lewa sahaja. Sebenarnya siang tadi saya berkesempatan menziarahi anak seorang sahabat yang telah ditahan di wad sebuah hospital akibat demam panas dengan suhu 39'C dan kata ibunya telah pun terkena 'Sawan Tarik' (Febrile Seizure) sebelum anaknya dibawa ke hospital dan terus kena tahan. 


Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, si ibu berkata anak sulungnya itu asalnya dalam sebulan ini kerap demam dan sebelum kejadian mereka telah pun membawa si anak ke klinik yang berhampiran dan kemudian dengan tiba-tiba je di tengah malam itu anaknya terkena Sawan Tarik itu...mata si anak membuntang dan hanya nampak mata putih sahaja, si anak tercungap2 untuk bernafas dan mula menjadi "kebiruan" akibat tidak cukup oksigen dan hampir kena kancing gigi dan di waktu itu, ibunya sanggup memasukkan jarinya sendiri sehingga luka (begitu besarnya pengorbanan si ibu). Kemudian mereka terus basahkan anak mereka dengan air untuk turunkan suhu panas dan terus bergegas ke hospital. 


Mendengarkan kisah ini cukup membuatkan bulu roma saya berdiri tegak...dalam kepala saya dok berfikir...macam manala kalau situasi sebegini terjadi pada anak saya...mampukah saya menanganinya dengan baik dan tidak panik?? Tiba-tiba satu perasaan takut menyelubungi saya, sebab saya tak pernah ambil tahu mengenai perkara ini dan tidak pernah utk sediakan diri saya dengan ilmu berkaitan cara-cara mengatasi situasi sebegini...Jadi balik je dari hospital, malam itu juga saya guna bantuan "pakcik google" dan alhamdulillah banyak blog dan website kesihatan yg berkongsi tips dan kaedah yg betul untuk menangani situasi sebegini. (Kebetulan pula anak sulung dah mula batuk berkahak dan sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan demam). Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua cara untuk menangani anak-anak yang demam panas dan juga bagi yg berkemungkinan terkena Sawan Tarik. Moga bermanfaat buat kita semua.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DEMAM??

Suhu badan normal manusia ialah di antara 36.5'C-37.5'C. Demam dikatakan bermula apabila suhu badan mula meningkat dari 37.5'C ke atas.

APAKAH PENYEBAB DEMAM??

Demam selelunya terjadi akibat jangkitan yang selalunya dibawa oleh virus (viral infection) dan adakalanya boleh juga dibawa oleh Bakteria dan jarang-jarang boleh juga diakibatkan dari masalah-masalah dalaman yg lain. 

Walaubagaimanapun, tidak semua demam itu terjadi itu serius dan membawa kepada masalah kesihatan yang major kecuali apabila ia telah melebihi 42'C. Peningkatan suhu badan yang amat cepat juga boleh mengakibatkan Sawan Tarik (Febrile Seizure).

APAKAH ITU 'SAWAN TARIK' (FEBRILE SEIZURE)??

Sawan Tarik ketika demam panas


Terdapat sebilangan kecil dari anak-anak yang berusia 9 bulan - 5 tahun ke atas boleh mengalami 'Sawan Tarik' yang diakibatkan oleh demam panas. Selalunya situasi ini sangat mengejutkan dan menakutkan ramai ibu bapa lebih-lebih lagi jika ia adalah kejadian yang pertama.  Jadi diharap semua ibu bapa peka dengan situasi sebegini dan sentiasa bersedia untuk menanganinya dengan baik. Yang penting jangan panik dan lakukan perkara yang mungkin akan membawa kepada keadaan yang lebih teruk kepada anak-anak anda sekiranya terjadi 'Sawan Tarik' ini.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang. Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.



Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.



APAKAH KAEDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKIRANYA TERJADINYA SAWAN TARIK KEPADA ANAK ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA??
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata 
  • Longgarkan pakaian anak anda terutama di bahagian leher dan kepala.
  • Miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan. Berikut dikongsikan beberapa langkah yang boleh anda ambil sekiranya anak-anak anda mengalami Demam Panas:
  • Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.
  • Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dpt menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.
  • Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda. Tekapkan sahaja kain dan janganlah digosok kerana itu akan menyebabkan lebih banyak haba terhasil.
  • Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Parasetamol untuk kanak-kanak, ibuprofen. Dilarang sama sekali untuk berikan anak Aspirin.
  • Pantau keadaan anak dan segera bawa berjumpa doktor sekiranya demam berlanjutan sehingga 2 hari.


Walaupun ibu bapa dinasihatkan supaya tenang sekiranya berhadapan dengan situasi demam sebegini kerana langkah awal yang betul berkemungkinan dapat mengawal demam dari berlanjutan, tetapi ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Situasi yang dimaksudkan ialah sekiranya:
  • Anak mengalami Sawan Tarik akibat suhu meningkat dengan cepat.
  • Demam berlanjutan selama dua hari
  • Anak menjadi lemah dan tidak aktif seperti kebiasaan
  • Anak mula meracau-racau
  • Anak tidak mahu makan ataupun minum
  • Anak mula muntah dan leher menjadi tegang.

Sumber:  http://www.docstoc.com 
                  http://www.whiteymommy.com 
                  http://www.hmetro.com.my

Jangan ambil secara lewa ya ibu bapa semua...pada saya biarlah orang nak kata kita ni terlalu panik sebab segera bawa anak ke hospital atau klinik ke....saya selalu dengar alah..demam biasa je tu..takyahlah nak terus bawa gi jumpa doktor...jangan ya wahai ibu bapa semua, biarlah kita ambil sikap berhati-hati..tak rugi pun kita bawa mereka jumpa doktor. Semoga entri pada kali ini dapat memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Tadi juga saya ada bawa anak sulung saya ke klinik kerana badannya dah mula dedau..kata doktor pastikan anak kekal terhidrat dan jangan biar anak terlalu aktif di ketika ini. Doktor ada juga tanya sama ada saya berikan anak saya suplemen ke dan saya katakan pada doktor saya ada beri anak minyak ikan dan multivitamin. Doktor cakap.."sangat bagus" teruskan kerana ia dapat tingkatkan sistem imun anak-anak dan bekalkan nutrisi yang anak perlukan. Alhamdulillah kerana saya telah melakukan satu langkah yang betul. Tapi memang betul rasanya, sebab sejak saya amalkan beri anak-anak suplemen ni mereka mmg jarang sakit (alhamdulillah atas izin Allah kerana sakit pening dan ajal maut semua di tangan tuhan...tapi macam mana pun kita sebagai hambaNYA wajib berikhtiar utk dapatkan kesihatan yang terbaik). Jadi saya rasa tak salah rasanya untuk ibu bapa "invest" sedikit untuk kesihatan anak-anak. Boleh klik di sini untuk suplemen terbaik buat anak-anak anda.


Wassalam...

Saturday, March 2, 2013

PROMOSI MAC 2013: OSTEMATRIX BUY 6 FREE 1

Assalamualaikum dearie sahabat semua...


Aduhai dah hampir sebulan tak berupdate blog kesayangan hamba ni...dah bersawang-mawang (ermm ada ke kata ganda macam ni..pandai2 je kan ngeeee).

Sebenarnya banyak entri dalam kepala ni sampai tak tau nak start dengan entri yang mana dulu huhuu...tapi disebabkan harini 1 Mac (ahem dah masuk 2 Mac pun) jadinya saya ingin mulakan dengan Promo Bulan Mac dari Shaklee....mesti ramai yg dah tak sabar kan hehehe...jeng jeng jeng..


Promosi Shaklee Bulan Mac 2013 jatuh kepada 

==> Si Kecil Molek OSTEMATRIX



Kalsium Magnesium Terbaik

Yea betul BUY 6 FREE 1 ...wah ramai dah tersenyum lebar tu hehe...mana tak nya Oste ni antara yg fevret jugakla selain ESP...di MLY sendiri Ostematrix ni antara Top Item yang selalu sahabat-sahabat saya cari dan raaamaaaiii yang akan repeat order. Sebab sebotol Ostematrix ni kegunaannya hanya untuk sebulan (jika ambil 4 biji sehari untuk kesan penyerapan optimum). 

Ostematrix ni cukup istimewa even pada saya sendiri. Sebelum saya kenal Shaklee saya ni cepat sangat letih, selalu pitam, lenguh sana lenguh sini, sakit-sakit sendi dan mengalami kebas tangan dan kaki yang teruk (sampai kena buat nerve test kat hospital tapi resultnya normal...jadi apakah sakitku?? owhh tensen sangat masa tu...dah siap balik kampung urut pun sama juga lagi)

Jadinya lepas seminggu saya amalkan Eu Four Pack (Set permulaan saya sewaktu kenal Shaklee...sekarang dah upgrade ke Set 3M ngeeee), terus rasa perubahan yang sangat ketara erm actually yang kebas-kebas tu keesokan harinya terus hilang...Wow masa tu rasa macam tak percaya je...rupanya saya ni kekurangan segala macam zat dalam badan (yela makan pun tak jaga..main bedal je). Selepas itu melalui pembacaan saya dapat tahu yang Kalsium ini penting sebenarnya untuk membantu sakit-sakit sendi, kebas-kebas,jantung berdebar, dan macam-macam lagi selain penting utk kekuatan tulang serta gigi kita. Dan lagi satu yang BEST tentang Ostematrix ni..dapat melawaskan masalah sembelit yang ada (nyesal tak kenal Shaklee masa time pantang haritu...mmg ngeri sangat kalau fikir nak ke toilet masa tu).

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang manfaat Ostematrix boleh klik di sini.

Ostematrix ini sangat penting kepada semua golongan dan peringkat umur...Tersangat penting untuk wanita, lelaki, ibu hamil, ibu yang menyusukan baby, warga emas kerana kita sangat perlukan Kalsium dalam diet seharian kita untuk memastikan keperluan Kalsium di dalam badan kita [500mg-1500mg sehari] sentiasa mencukupi bagi mengatasi segala ketidakselesaan dan juga sebagai melindungi diri kita daripada Osteoporosis dan juga penyakit lain yang boleh disebabkan oleh kekurangan paras Kalsium di dalam tubuh badan kita.


TESTIMONIAL 1
Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak melainkan melihat ibu dan ayah kekal sihat, ceria dan bertenaga lebih-lebih lagi dapat terus beribadat kepada Allah dalam keadaan yg tenang dan sihat sejahtera.




TESTIMONIAL 2
Keperluan Kalsium sewaktu hamil sangat penting kerana baby secara tak lansung akan "tarik" banyak Kalsium ibunya utk perkembangan tulang dan giginya. Oleh itu penting utk ibu ambil Kalsium yang mencukupi dalam diet seharian untuk mengelakkan dari selalu kejang, kebas, gusi berdarah, sembelit dan sebagainya.



TESTIMONIAL 3
Ramai ibu menyusu yang mengeluh setiap kali "datang bulan" kerana susu akan mula "drop". Perlu diketahui bahawa susu boleh merudum kerana paras Kalsium di dalam badan akan mula menyusut ketika kita "datang bulan" . Oleh itu pengambilan suplemen Kalsium dapat membantu mengatasi masalah ini.



Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan suplemen Kalsium yang TERBAIK dari Shaklee ==> Ostematrix

Jangan lepaskan peluang hebat ini dan dapatkan 1 Botol Ostematrix PERCUMA dengan setiap pembelian 6 botol Ostematrix. Satu pelaburan yang sangat berbaloi-baloi. Nak tahu promo Euphoria?? Jemput hubungi saya k...

Boleh hubungi saya untuk sebarang info dan keterangan lanjut melalui:

 Call/SMS: 012-9702427




Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 


DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...