Friday, January 25, 2013

Isi Hari Dengan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W


Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.


Salam Maulidur Rasul 2013

Nabi Muhammad SAW bersabda; 

“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Selawat Ke Atas Nabi

Waktu paling afdal dituntut berselawat:

♥ Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
♥ Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
♥ Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
♥ Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
♥ Di akhir qunut dalam solat.
♥ Di dalam solat jenazah.
♥ Di antara takbir solat hari raya.
♥ Ketika masuk dan keluar dari masjid.
♥ Setiap waktu pagi dan petang.
♥ Hari Khamis malam Jumaat,
♥ Sepanjang hari Jumaat,
♥ Ketika telinga berdesing.
♥ Ketika terlupa sesuatu perkara.
♥ Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
♥ Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
♥ Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
♥ Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
♥ Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Fadilat Berselawat:

♥ Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
♥ Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
♥ Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
♥ Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
♥ Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
♥ Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
♥ Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
♥ Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
♥ Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
♥ Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
♥ Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
♥ Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
♥ Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Marilah kita sama-sama basahi lidah kita dengan Selawat Ke Atas Rasul Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W lebih-lebih lagi di hari yg penuh kemuliaan ini....

Melalui Al-Nasai & Ibnu Hibban berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda: " Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"


##Credit: shafiqolbu

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H Bersamaan 24 Januari 2013

Harap masih belum terlewat untuk MLY mengucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H Bersamaan 24 Januari 2013.

Salam Maulidur Rasul 2013


Sungguh hening dan damai sekali rasanya suasana  hari ini  hari semalam (24 Januari 2013). Bagaikan mengerti Hari Yang Tersangat Istimewa buat semua umat Islam di seluruh dunia...Hari di mana lahirnya sebutir bintang yg menyinari kegelapan manusia...lahirnya seorang Rasul junjungan umat di akhir zaman. Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
  
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
  
Mari kita berkongsi serba sedikit mengenai Biodata Rasulullah S.A.W:

  1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
  3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Perjalanan hidup Rasulullah penuh dengan ujian dan dugaan sejak dari Baginda masih kecil lagi. Menghayati kisah baginda membuatkan saya merasakan apa yg kita lalui pada hari ini hanyalah ujian yg sangat kecil jika nak dibandingkan dengan sejarah hidup baginda. Tapi malangnya kita pada hari ini hany tahu merungut dan bersedih dengan ujian yg melanda. Ya Allah Kuatkanlah iman kami, hati kami agar dapat kami menempuh segala ujian dengan setabah dan sesabar Nabi Muhammad S.A.W. Rasul junjungan kami....Mari kita kongsi mengenai sejarah hidup baginda :

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.


USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.


USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
  •  Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam’ah
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


PUTERA & PUTERI RASULULLAH S.A.W
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’

Jadi janganlah biarkan hari-hari yg berlalu pergi begitu sahaja...basahilah lidah kita dengan Selawat Ke Atas Nabi dan lengkapilah hari kita dengan sunnah-sunnah baginda.


Tuesday, January 22, 2013

Tips-Tips Memerah untuk Hasil Susu Yang Meriah dan Lumayan

Jika tadi entri saya berkenaan punca-punca susu dikatakan boleh menyusut atau merudum, untuk entri ini saya kongsikan pula tips-tips yang boleh mama semua amalkan untuk memeriahkan lagi hasil perahan...InsyaALLAH yg penting mama semua perlu sentiasa yakin, positif dan semestinya perlu usaha dan disiplin untuk dapatkan hasilnya. Tak lupa juga doa dan tawakal kepada Allah Yang Maha ESA.


Berikut saya kongsikan Tips-Tips Memerah untuk Hasil Susu Yang Meriah dan Lumayan:


PERTAMA

Gambar Sekadar Hiasan ~ Pilih Pam yang Betul ~

Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting agar sesi mengepam berjalan lancar, menjimatkan masa dan tidak menyakitkan. Gunakanlah pam yg mudah dibawa, diguna dan dibersihkan. Mengepam tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya sakit, cuba ubah cara sedutan pam dan sekiranya masih sakit perlu hubungi pakar laktasi utk khidmat nasihat.

Sekiranya anda lebih selesa untuk memerah dengan tangan, teruskan ya kerana memerah dengan tangan adalah yg terbaik kerana dikatakan dapat mengosongkan payudara 100% berbanding perahan menggunakan pam cuma kekurangannya ialah ia akan mengambil masa yg agak panjang dan tidak praktikal bagi mama yg bekerjaya dan sentiasa mengejar masa. Bagi mama yg tidak tahu teknik yg betul memerah menggunakan tangan (Teknik Marmet) anda bolehlah klik di sini

KEDUA

Posisi Memerah/Mengepam yang Betul
Pastikan posisi sebelum memerah/mengepam adalah betul


Setelah semua peralatan tersedia...anda bolehlah mula untuk memerah/mengepam tapi sebelum itu pastikan anda berada di dalam keadaan yg TENANG ya...sebabnya kalau anda stress/tertekan, susu pun malu-malu je nak keluar. Pastikan posisi anda sebelum memerah/mengepam adalah betul untuk memudahkan lagi pengaliran susu.

KETIGA

Sebelum memerah/mengepam anda boleh juga urut payudara dengan lembut untuk memudahkan pengaliran susu nanti. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

KEEMPAT

Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

KELIMA



Minum minuman yg melegakan seperti air suam dgn secukupnya untuk memastikan penghasilan susu yg optimum. Kalau boleh cuba elakkan minum minuman berkafein atau bergas.

KEENAM

Gambar Sekadar Hiasan ~ Bayangkan si manja anda yg comel sewaktu memerah ~
Semasa memerah/mengepam, lihat gambar atau video si manja anda. Dengan melihat atau mendengar suara si manja, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyuman dia, suara dia.

KETUJUH

Berzikir (Bagi Muslim) - amalkan berzikir semasa mengepam. Berzikir adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah dan secara tak langsung kita akan mendapat ketenangan dan ini akan memudahkan lagi pengaliran susu. Salah satu zikir yg boleh dibaca ialah kalimah YA MATIN (baca 70 kali setiap hari).

KELAPAN

Jangan lihat hasil perahan - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil perahan ya. Buat benda lain, contoh no 6 & 7 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, kita sendiri akan rasa stress dan ini akan menyukarkan utk susu keluar dgn lancar.

Apa pun yg penting usaha, doa dan tawakal kita. Suplemen insyaALLAH akan membantu kita tapi selebihnya adalah usaha kita sendiri. Mesti sentiasa postif dan perlu ingat konsep supply&demand. Minum cukup air setiap hari (3L). InsyaALLAH niat yg mulia Allah pasti akan permudahkan.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. Sentiasa ingat Allah dan berdoalah agar susu kita akan cukup untuk baby sehingga usianya 2 tahun atau lebih.


Boleh klik di sini untuk doa dan zikir harian untuk membantu dalam penyusuan


##Credit: Hanis Amin

Kenalpasti Punca Penghasilan Susu Merudum

Assalamualaikum dearest mama semua,

Sudah jalankan sesi memerah ke hari ini? Jangan skip sesi memerah ya....susu merudum walaupun tak tinggal sesi memerah?? Jangan stress dan cepat melatah ya mama semua...jangan terlalu cepat putus asa dan terus hentikan penyusuan susu ibu. Jangan lupa susu ibu adalah anugerah Allah yg paling besar bagi seorang ibu itu. Setiap ibu pasti boleh dan berupaya untuk susukan anak masing-masing.



Susu Merudum
Gambar sekadar hiasan ~ susu merudum walaupun telah perah ikut jadual ~
Rata-rata mama mula panik bila susu merudum dan ramai juga yg terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Jadi apa kata bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. Perlulah diingat bahawa sama ada milkbooster atau suplemen bukanlah magic yg terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja ya (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja)...perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda ya tapi at the end of the day semuanya bergantung atas usaha anda sendiri dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri iaitu:

Supply & Demand

Banyak sebab sebenarnya yg boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum. Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:


1. Stress/Tekanan


Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress yg dihadapi. 

Dari segi penyusuan, stress adalah satu “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya mama stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi mama semua perlu tangani stress anda dengan baik jika tidak penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. Sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). Dan semasa sesi perahan jangan curi tengok ya nanti makin stress pula bila tengok hasil perahan…nanti lagi susah susu nak keluar.


Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin


Dan dari segi teorinya, badan mama akan keluarkan Hormon Oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap...Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Dan kemudiaannya Hormon Oksitosin ini akan rangsang Kelenjar Pituitari untuk rembeskan pula Hormon Prolaktin yg kemudiannya akan merangsang kelenjar susu untuk penghasilan susu. Jadi jika ikut logiknya, jika si ibu stress dan susah hati, macam mana nak hasilkan hormon oksitosin tu kan...Jadi always be happy n be positive ye mama semua :)

 2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.

3. Ponteng Sesi memerah/mengepam

Ini biasanya berlaku bagi mama-mama yang berkerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. Jangan begitu ya, adalah penting untuk mama semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut. 

Ada juga mama yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu baru hendak perah. Konsep ini adalah salah ya kerana semakin lama anda tunggu semakin bengkak Cik “B” anda dan akan menyukarkan proses memerah dan ini juga tidak baik diamalkan kerana untuk hari-hari yg berikutnya, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan. 

Untuk mama yang dirumah, sentiasalah susukan si manja anda secara langsung ya (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan juga rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat ya. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap ya.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu pengashilan susu dan penyusuan baby anda.  Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu.

Ada juga mama yg susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kit tersangatlah penting ya. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar ya.

6. Penggunaan pil perancang

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Mama semua perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar.

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Mama yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan mengikut kumpulan makanan yg diperlukan? Dengan kesibukan seharian kadangkala ramai yg memandang lewa untuk mengambil makanan yg berkhasiat dan tidak kurang juga yg hanya memakan makanan kegemaran sahaja. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Di sinilah supplemen berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Mama yang menyusu  sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Penyusuan Lengkap 3M , klik di sini.

Untuk maklumat mengenai Set-Set Penyusuan lain selain Set 3M, klik di sini.


Jadi jika mama semua mengalami masalah dan situasi susu merudum jangan cepat panik ya...relax dan kenalpasti puncanya...cuba atasi dan insyaALLAH mama semua pasti akan dapat teruskan penyusuan sehingga baby berusia dua tahun atau lebih. Yang penting mesti kena semangat, yakin dan sentiasa positf.


 Nothing is impossible to a willing Heart 


Jika ada sebarang pertanyaan mengenai produk atau set dari suplemen shaklee bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Blog : mylittleyaya.blogspot.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
♥ Fanpage: http://www.facebook.com/MyLittleYaya

P/S: Saya bukanlah pakar laktasi yang bertauliah tetapi CINTA saya terhadap penyusuan susu ibu ini adalah antara penyebab saya memulakan blog ini di samping CINTA saya kepada produk-produk Shaklee...Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam penyusuan, anda boleh juga hubungi saya. Yang mana saya boleh bantu saya akan cuba bantu.


Sunday, January 13, 2013

8 Tanda Hampir Bersalin...Please Be ALert Mommies!

Assalamualaikum dearest sahabat semua..

Ada ke di antara mama yg sedang menunggu hari untuk bersalin? Mesti dup dap dup dap jantung mama dan makin laju jugalah jantung si manja kat dalam tu berdegup kan....itu belum lagi tendangan dan cakaran baby (tapi bila dah hampir due baby tak boleh nak tendang sangat sebab ruang dah terhad) tapi macam mana pun bila baby bergerak tetap terasa dan saya juga masih ingat sewaktu preggy anak yg kedua dulu saya pernah menangis di saat baby bergerak...sakitnya Allah saja yg tahu...macam mana pun pengalaman mengandung tetap menjadi pengalaman terindah dan tertunggu-tunggu je baby tendang atau bergerak...kadang2 berombak dan bergelora perut....subhanallah besar sungguh anugerah Allah itu....


Ganjaran Wanita Sakit Bersalin


Macam-macam perasaan mama semua kan bila dah hujung-hujung ni? Resah gelisah..sakit di semua tempat...dah tak tertanggung lagi rasanya...tidur malam juga sudah tidak lena lagi...memikirkan kandungan (ok ke baby...sihat ke baby), fikir macam mana pula proses kelahiran nanti...sakit ke? (bila fikirkan berkenaan ini ramai yg takut nk hamil dan tak nak hamil....subhanallah..jangan begitu ya...Allah telah ciptakan Hawa dengan kekuatan yg luar biasa...InsyaALLAH mama semua akan dapat melaluinya).



Hari ini saya ingin berkongsi 8 tanda yg mama perlu "alert" ya di hujung-hujung kehamilan...kerana jika adanya tanda-tanda ini, tak lama je lagi mama akan dpt menatap wajah si manja di dalam kandungan...Just be ready ya untuk segera ke hospital (pastikan beg sudah siap sedia di dalam kereta...teringat pula masa preggy kedua2 anak dulu...encik suami tersangat prihatin...sebulan sebelum due pun dh letak beg dalam kereta....hehee kalau ikutkan saya ni dh last minute kot baru nak letak ngeeee....tp nasib baik juga sebab anak sulung lahir ketika baru 37 minggu...mmg sangat terkejut huhu tp alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah)

Berbalik pada topik tadi...


Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??

1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)

Apabila kita pergi
checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum...Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal dalam 2-4 minggu sebelum EDD ya..dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah.


2. Kerap Membuang Air Kencing

Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing...orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat heeeeee (macam kes saya mmg betul sebab dua2 baby mmg lebat rambutnya...sebab tu jugala tiap2 malam mama akan bangun utk ke toilet huhu..tak apala wahai anak2 mama yg comel...mama sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak mama tersayang)

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah

Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.

4. Kontraksi Braxton-Hicks

Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdidir, cuba duduk atau cuba berbaring.

5. Cirit-Birit

Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.

6. Keputihan

Terdapat lendir dan lelehan pekat.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)

Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby. 

8. Pecah Ketuban

Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu mama-mama yg sedang menunggu hari ya...Nasihat saya jika mama sudah berasa sakit atau tidak selesa jangan tunggu..better terus pergi ke hospital dan check ya...Lebih-lebih lagi kalau sudah pecah ketuban tu....jangan tunggu lama-lama...sebab saya pernah terdengar satu kisah ya di mana ada seorang ibu ini melengahkan sebab tak rasa sakit...dan masih juga terus buat kerja sedangkan air ketuban sudah pun pecah dan kalau tak silap saya air ketubannya berwarna hijau bermaknan baby sudah pun "membuang" di dalam perut. Jadi amat-amat bahaya kerana baby boleh lemas dan terkena jangkitan. Dan akhirnya baby tidak dapat diselamatkan lagi (sangat sedih bila dengar kisah itu). Kerja boleh tunggu dan ada org boleh tlg settlekan tapi nyawa anda dan baby??? Beringatlah wahai mama semua...



##Credit: bayi-ibu.com


Saturday, January 12, 2013

JAUNDIS...Apakah Punca dan Apakah Petua untuk Mengelakkannya ??

Sedikit Fakta Mengenai JAUNDIS untuk dikongsi bersama...semoga bermanfaat buat semua...

Jaundis
Bayi yg menghidapi jaundis akan kelihatan "kuning" dan pucat
Apakah punca JAUNDIS?
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.

Didapati bahawa 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu dan 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. 


Bagaimana untuk kenalpasti sama ada si manja anda menghidapi jaundis atau tidak??


Tips elak jaundis

Mama semua boleh buat ujian ringkas di rumah ya selepas 2-3 hari baby dilahirkan. Lakukan ujian di ruang yg mempunyai pencahayaan yg terang ya. Kemudian, tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi baby anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, anda perlu bawa baby anda utk rawatan selanjutnya. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Bagaimana pula cara rawatannya?


1. Melalui penyusuan ibu secara kerap..sekiranya baby sangat "malas" untuk menyusu dan kerap tidur...mama perlu kejutkan baby ya...at least setiap dua jam...paling baik utk menyusukan setiap sejam..agar bilirubin yg berlebihan dapat disingkirkan dengan cepat.

2. Kaedah fototerapi iaitu baby perlu dipantau oleh pihak hospital dan akan diletakkan di bawah pancaran lampu cahaya biru....darah baby akan diambil setiap hari utk memastikan kadar bilirubinnya.


Berikut dikongsikan beberapa PETUA atau TIPS untuk mengelakkan "kuning" (jaundis) dan cara untuk mengatasinya secara tradisional:


♥ Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

♥ Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

♥ Ambil beberapa batang pokok "dukung anak" dan di rebus. Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

♥ Yang terbaik adalah amalan sebelum kelahiran (semasa mengandung) ialah dengan mengamalkan memakan sebiji kurma setiap hari sehingga kelahiran. Jangan lupa niat dan selawat.

** Saya pernah juga dengar petua org dulu2...katanya jauhkan baby dari semua benda yg berwarna kuning...sejauh mana kebenarannya wallahualam...ada juga yg kata utk jemur baby di bawah cahaya matahari pagi..sebelum pukul 10 pagi dan ada juga yg sarankan untuk amalkan susu kambing sejak preggy lagi...

Apa pun, sangat disarankan agar sebelum mencuba apa2 petua, eloklah untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pakar terlebih dahlu.Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. Walaubagaimanapun, jgn dibiarkan melarat kerana penyakit jaundis ini boleh membawa kepada masalah pendengaran dan juga boleh menjejaskan otak bayi.


#Credit: www.babycenter.com.my

Adik Ipar Berjaya Hamil Setelah Sebulan Sahaja Pengamalan Set Kesuburan dan GLA Complex

Alhamdulillah

Hari isnin lepas mendapat pengkhabaran gembira dari adik ipar....Dapat message dari beliau yg mengatakan sudah pun 6 minggu hamil...Ya Allah...syukur padamu...rasa macam tak percaya je...Terlalu seronok sebab dapat membantu beliau...

Beliau dan pasangannya telah tunggu 3 tahun untuk mendapat permata hati yg kedua setelah anak yg sulung lahir pada tahun 2009. Telah juga mencuba 2-3 produk untuk membantu kehamilan tetapi masih juga tidak berhasil hinggalah pada suatu hari tergerak pula hati ini untuk berkongsi dengan beliau Set Kesuburan (B Complex + SR Vita C + Vitamin E) + GLA Complex + Vitalea + Alfalfa....bukan apa...sebagai ikhtiar..hamil atau tidak semua atas ketentuan Ilahi...yang penting kita sebagai manusia harus terus berikhtiar dan berusaha....yang selebihnya adalah doa dan tawakal kepada Allah Yang Maha Esa. Dan dengan kuasa Allah setelah hanya sebulan mengamalkan kesemua suplemen tersebut beliau telah pun berjaya hamil...tak sempat nak repeat order heeeeee :D

Di sini saya kongsikan kegembiraan beliau :)

Testimonial Set Kesuburan Shaklee

Saaangatttt Happy untuk beliau :)

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan info lanjut mengenai Set Kesuburan

Anda juga boleh klik di sini untuk Amalan Doa dan Zikir sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Seperti yg telah saya perkatakan tadi...kita sebagai manusia harus terus berikhtiar dan kemudian bertawakal kepada Allah S.W.T kerana Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kita.


Set Kesuburan Kombinasi Suplemen Shaklee


Untuk sebarang info dan keterangan lanjut bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
♥ Emel: mylittleyaya@gmail.com
♥ Blog : mylittleyaya.blogspot.com
♥ Call/SMS: 012-9702427
♥ Fanpage: http://www.facebook.com/MyLittleYaya


DISCLAIMER:

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Bau Bayi Dikatakan Ibarat Bau Dari Syurga....Subhanallah

Assalam dearest sahabat semua...

Setiap kali saya mencium si manja saya...pasti akan terbit suatu perasaan damai, tenang, nyaman dan tak dapat untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Pada saya bau baby cukup indah, harum dan terlalu suci. Hinggakan rasa nak cium je baby sepanjang hari. Mama semua setuju tak? Saya rasa mama semua juga rasa begitu kan?

Agak-agaknya kenapalah ya?

Bau Bayi Bau Syurga


Rupa-rupanya bayi baru lahir yang baunya harum dan suci itu digambarkan sebagai bau syurga. 

Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya :

 “Bau bayi itu (berasal) dari bau syurga”
(Al- Jami’u Ash-Shagril. Hal : 164)

 Subhanallah betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.

Walaubgaimanapun, ini bukan bererti bau syurga itu seperti bau bayi yang baru dilahirkan, tetapi hanyalah sebagai bentuk kiasan bahawa bayi yang baru lahir itu suci, tidak berdosa dan sekiranya bayi itu meninggal pasti akan masuk syurga. Oleh sebab itu, bau bayi itu digambarkan sebagai bau syurga.


Jadi jom mama semua kita cium baby kita heeeeee :) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...