Sunday, November 11, 2012

Teknik Memerah Susu Dengan Tangan -- Teknik Marmet

Salam Readers semua,

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai kaedah memerah susu ibu dengan menggunakan tangan atau secara saintifiknya dikenali dengan nama 

-- TEKNIK MARMET --

Bagi ibu-ibu yang bekerjaya dan bertekad untuk menyusukan si manja secara eksklusif, ibu-ibu perlu bersedia dari segi segala keperluan termasuklah perlu memahami kaedah memerah susu dengan betul, cara penyimpanan stok susu dan cara mencairkan perahan susu ibu yg dibekukan sebelum boleh diberikan kepada si manja. InsyaALLAH dalam entri-entri yg lain saya akan kongsikan semua topik-topik itu.

Walaupun dalam dunia yg serba canggih ini kita ada banyak pilihan untuk memilih pam susu (terdapat pelbagai jenis dan jenama) tetapi pada pendapat saya kita perlu juga "Master" dalam kaedah memerah susu ibu dengan menggunakan tangan. Ini untuk kes-kes emergency seperti tertinggal pam, puting merekah dan sakit, susu tak dapat diperah sepenuhnya oleh pam mungkin kerana pam perlu diservis dan sebagainya. Jadi tak boleh ada alasan untuk tidak memerah susu. Ini kerana tanpa 'demand'...sudah tentu 'supply' juga akan makin lama makin berkurangan dan mungkin akan tiada langsung..

Oklah berbalik kepada topik kita -- TEKNIK MARMET--

Sebelum memulakan sesi perahan, anda mestilah terlebih dahulu menyediakan bekas plastik kecil atau botol yg bersih dan telah disteril untuk mengisi susu yg diperah dan WAJIB untuk anda mencuci tangan sebersihnya sebelum memulakan sesi perahan.


Langkah demi Langkah untuk Sesi Memerah Menggunakan Tangan
~ TEKNIK MARMET~

Langkah Pertama
Buat pegangan "C" dengan meletak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1cm dari aerola atau kawasan gelap) dan 2-3 jari lagi mengampu bahagian bawah payudara anda.


Buat pegangan "C" dan 2-3 jari mengampun bawah payudara

Langkah Kedua
Kemudian, tolak jari serentak ke arah dada secara lembut dan picit ibu jari serta 2-3 jari yg lain di bahagian aerola untuk mengeluarkan susu. 


Tolak jari ke arah dada dengan lembut

Langkah Ketiga
Lepaskan dan ulang semula gerakan tadi dengan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.

Lakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

Langkah Keempat
Tadah susu ke dalam bekas bersih yg telah disediakan tadi. Ulang semula gerakan tadi mengikut bulatan di sekeliling aerola supaya semua saluran susu yg berlainan dapat diperah.

Ulang gerakan mengikut bulatan


Langkah Kelima
Buat perahan sehingga payudara benar-benar kosong dan beralih ke payudara yg sebelah lagi.

Mudah bukan? Dengan hanya 5 langkah, anda sudah boleh menyimpan stok susu buat si manja anda. Teknik Marmet bukanlah sesusah yg disangka. Dengan tekad dan semangat anda pasti boleh melakukannya.

Untuk melancarkan pengaliran susu semasa sesi perahan anda bolehlah:
  1. Urut juga payudara sekali-sekala semasa meggerakkan tangan anda. Urutan boleh juga dilakukan sebelum sesi perahan untuk melancarkan pengaliran susu dan mengelakkan dari ada yg tersumbat.
  2. Bagi yg beragama Islam bolehlah berzikir semasa sesi perahan dan bayangkan wajah si manja kesayangan anda.

Semasa sesi perahan, JANGAN sekali-kali:
  • Picit puting kerana ia boleh menyebabkan lebam.
  • Tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu.
  • Tekan dan gesel payudara dengan kuat kerana boleh melecet.


JANGAN Picit puting, tatik puting dan tekan payudara dengan kuat.

Diharap dengan sedikit info mengenai TEKNIK MARMET di atas dapat membantu anda dalammenjayakan sesi perahan dengan tangan di masa-masa yg emergency. Dan jika anda mahir menggunakan teknik ini, dikatakan dapat mengosongkan payudara dengan lebih baik dan efektif dari menggunakan pam. Teknik ini juga jika dipelajari dengan betul, tidak akan menyebabkan anda berasa sakit, tidak menyebabkan lebam atau puting melecet.

SELAMAT MENCUBA!


1 comment:

  1. Hi, thank share info ni sebab baru saya tahu teknik yang betul nk perah susu sbelum ni ingtkan perah je ikut suka ..Alhamdulilah boleh amalkan. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila puting luka, susu pun merudum nk menyusu susah sbb susu tk keluar..dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh pulih puting luka. nak tambah susu pun ada. InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...