Wednesday, November 21, 2012

Berapa Banyak Stok EBM perlu ditinggalkan Kepada Pengasuh/Taska

Bagi mama-mama yg bekerja dan 1st time nak meninggalkan si manja, sudah pastilah perkara ini menjadi salah satu tanda tanya yg sentiasa berlegar di minda...cukupkah stok EBM yg dibekalkan? Kenyangkah baby nanti..Kalau tak cukup macam mana?? Relaks ya mama semua..jgn risau dan terlalu cepat melatah ya...buat checklist satu persatu sebelum meninggalkan si manja anda...2-3 minggu sebelum mula bekerja pastikan anda telah pun mula mengumpul stok, bukan 2-3 hari sebelum mula bekerja baru nk kumpul stok ya...

Stok EBM saya
Contoh Stok EBM ~ labelkan dengan nama, tarikh dan masa untuk memudahkan anda

Jadi berapa banyakkah susu perahan yg diperlukan oleh Baby setiap hari?? dan berapa pula stok ebm yg perlu ditinggalkan kepada pengasuh/taska?

#Credit: Shustory

♥ Untuk makluman anda semua, berapa banyak seseorang baby itu minum bergantung pada usia dan keperluan baby masing-masing. Namun secara purata, baby akan minum 2.5 oz ke 3.5 oz bagi setiap sesi penyusuan.

♥ Setiap ibu berupaya untuk menghasilkan susu 24oz ke 30oz sehari (24jam).

Jadi sebagai contoh: 

Jika anda meninggalkan anak anda selama 10 jam ~ secara puratanya anda perlu tinggalkan 8oz ke 16oz setiap hari.

♥ Walaubagaimanapun, semua adalah bergantung kepada keperluan dan usia baby anda.

♥ Disarankan agar anda dapat mengumpul sekurang-kurangnya stok untuk 3 hari ~lebih kurang 60oz iaitu bersamaan 20 botol jika setiap botol adalah 3oz~

♥ Disarankan untuk simpan 3-5oz dalam setiap botol agar tiada pembaziran jika baby tidak minum habis.

Bagi yg menghantar anak-anak ke pusat jagaan bayi / taska...pastikan anda telah label EBM anda dengan nama baby, tarikh dan masa perahan agar tidak tertukar dengan EBM baby yg lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...