Wednesday, November 7, 2012

Alfalfa: Teman Sejati Wanita

Bersempena dengan promo Alfalfa yang masih berlangsung pada bulan November 2012 ini, saya nak bercerita sedikit mengenai keistimewaan Alfalfa kepada wanita.

Selain dikenali sebagai "milk booster" yang menjadi rebutan ibu-ibu yg menyusukan, Alfalfa juga sangat berjasa kepada wanita dan dipercayai dapat bertindak sebagai "Kacip Fatimah" (seperti yang kita tahu Kacip Fatimah seringkali digunakan secara tradisional dalam penjagaan dalaman wanita, sebagai perapat dan juga pelincir serta meningkatkan fungsi seksual dan Kacip Fatimah juga selalunya digunakan dalam perawatan wanita selepas bersalin). Jadi bagi alternatif kepada Kacip Fatimah, Alfalfa Complex adalah pilihan yang terbaik. Ada pendapat yg mengatakan Kacip Fatimah tidak digalakkan untuk diambil sekiranya menyusu kerana boleh membahayakan bayi tapi sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat dipastikan lagi. (Saya akan cuba searching searching lagi untuk info lanjut...jadi buat masa sekarang sekiranya ibu semua was was lebih baik jangan ambil dulu.)

Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Complex -- Formula Signature Shaklee

Alfalfa juga boleh membantu sebagai pembersihan dalaman wanita dan membantu dalam kitaran haid. Diperakui oleh ramai individu yang telah mengamalkannya sebagai dapat membantu dalam menghilangkan keputihan yg menjadi kerisauan ramai wanita. 

Di bawah ini adalah terstimonial seorang pelanggan yang sangat happy sebab masalah keputihan yg dideritainya sejak dari bangku sekolah dan menjadi semakin teruk setelah hamil dan bersalin telah HILANG...ya telah hilang sama sekali. Beliau mengambil Set B iaitu Set Penyusuan selepas bersalin untuk membantu beliau dalam penyusuan tapi tanpa disangka, Alfalfa Complex yg merupakan salah satu suplemen dalam Set B itu sekaligus telah menyelesaikan masalah keputihan dan pada masa yg sama turut melancarkan penghasilan susunya.


Testimonial Alfalfa Shaklee

Terdapat seorang lagi customer yg juga SANGAT BERPUAS HATI dengan Alfalfa Complex ini kerana telah berjaya mengatasi masalah keputihan yg dialaminya. Jom kita tengok testimonial beliau:


Testimonial Alfalfa Shaklee


Alfalfa juga boleh membantu dari segi jerawat dan jeragat dan menjadikan kulit anda sihat dan licin kerana Alfalfa mempunyai kebolehan untuk melawan alahan dan dapat mencuci darah. Orang kata, kecantikan luaran akan terpancar apabila dalaman kita sihat. Sebagai wanita, penjagaan dalaman seharusnya dititikberatkan bukan sekadar menjaga kecantikan luaran semata-mata. Untuk itu, Alfalfa Complex sangat sesuai diambil oleh wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran, tidak kiralah bagi yang belum berkahwin, bakal berkahwin mahupun yg sudah lama berkahwin.

Untuk kesan yg lebih hebat...Anda boleh mengambil Set F: Feminine Set yang dikhususkan khas untuk penjagaan dalaman wanita. Set ini terdiri dari kombinasi Alfalfa Complex dan juga Vitamin E



Seperti yg kita semua tahu, Vitamin E amat penting dalam melindungi jantung kita. Selain itu, Vitamin E dapat mempertingkatkan kemampuan reproduktif dan bagi wanita pula Vitamin E dapat merawat sidrom prahaid dan sindrom menopaus seperti "hot flush". Digunakan juga secara klinikal untuk menghalang kematian janin @ keguguran.

Oleh itu, gabungan kedua suplemen ini sudah cukup HEBAT untuk penjagaan dalaman wanita...bagi mereka yg mengalami kekangan bajet saya sangat mencadangkan dua suplemen ini untuk permulaan. Berikanlah diri anda khasiat yg terbaik agar sihat dalaman dan luaran...

Berminat untuk mencuba? Bolehlah hubungi saya:



DISCLAIMER / PENAFIAN:


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Testimonial di atas juga adalah  kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). Kesan yg dirasai adalah berbeza bagi setiap individu.

NOTA: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...