Saturday, November 17, 2012

Amalan Doa dan Zikir Sebagai Ikhtiar untuk Mendapatkan Zuriat

Sudah pasti impian setiap pasangan yg telah berumahtangga ialah untuk mendapat cahaya mata sebagai penyeri dan penambah zuriat keluarga. Kadangkala telah bermacam cara yg telah dicuba baik mahal mahupun murah dan ada juga yg sanggup merantau ke mana jua demi untuk mencuba mendapatkan zuriat. Allah suka pada mereka yg berikhtiar tetapi berhati-hatilah jangan terlalu mendambakan cahaya mata sehingga ada yg sanggup melakukan dan mempercayai perkara yg khurafat dan syirik.
Gambar Sekadar Hiasan ~ Cahaya Mata Adalah Anugerah Allah yg Terindah~

Jadi hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua antara amalan doa dan zikir yg boleh kita lakukan sebagai ikhtiar tambahan selain dari menjaga pemakanan, perlakuan, pengambilan suplemen tambahan dan penjagaan berat badan (perlu berat badan yg ideal untuk memudahkan proses kehamilan).

Amalan-amalan ini saya dapat sewaktu berjalan-jalan di blog seorang sahabat dan saya nukilankan di sini sebagai rujukan anda. Credit kepada: TRG5353

Doa Harian


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:

  1. Baca Bismillah 1 kali

  2. Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

  3. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

  4. Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

  5. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

  1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

  2. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari

  3. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

  4. Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

  5. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Antara doa yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat



Walaubagaimanapun, semua atas kekuasaan dan keizinan Allah..Jika masih belum berjaya, teruskan berikhtiar dan bertawakal kepada Allah. Percayalah setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...