Alhamdulillah hari ini putera saya genap berusia setahun (1/11/12). Tapi semalaman saya tidak dapat tidur dek kerana baby saya ni asyik nak melekat dan nak menyusu sepanjang malam. Bila diletak pasti dia akan menangis semahu-mahunya. Nak kata demam atau kembung perut rasanya tidak tapi baby asyik nk bermanja dan nak menyusu. Ada satu masa tu baby saya ni menyusu dari pukul 1 hingga 3 pagi non-stop. Pheww mmg jenuhlah mama dia ni. Dahle mata pun mengantuk tp nak tak nak terpaksalah melayan kehendak baby. Saya pasti sahabat-sahabat semua juga pernah melalui situasi yang sama seperti saya. Apa orang tua-tua cakap tu..."baby meragam sebab nak beralih bulanla tu".
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Secara tidak langsung, tubuh kita pasti akan menghasilkan lebih banyak susu berdasarkan permintaan bayi kita. Jadi di harap ibu-ibu semua jangan risau dengan keadaan ini dan berilah peluang kepada bayi anda untuk menyusu walau sekerap mana pun yg bayi anda mahu. InsyaALLAH susu anda akan sentiasa cukup dan TOLONG ya ibu-ibu semua jangan berikan apa-apa makanan tambahan (ie: nestum/susu formula etc) kepada bayi anda (bayi bawah 6 bulan) yg sedang meragam kerana ini pastinya akan mengganggu penyusuan ibu secara eksklusif.
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Di saat-saat sebegini memang saya sendiri sangat memerlukan sokongan suami dan alhamdulillah suami saya turut bangun sama walaupun saya yg menyusukan baby saya ni sehinggakan dia sendiri tak cukup tidur dan pening kepala bila bangun pagi ni hehe. Jadi para suami di luar sana, bantulah isteri anda dengan memberi support dan mungkin boleh mengurut belakang isteri anda dengan lembut untuk melancarkan lagi pengaliran susu.
Suplemen tambahan juga amat penting dan alhamdulillah saya ada suplemen Shaklee yg sangat-sangat membantu dalam situasi seperti ini. Sebagai contoh: Vitalea ~ dapat memastikan badan kekal cergas dan bertenaga walaupun tak cukup tidur , B-Complex ~ dapat meredakan tekanan yang dihadapi tatkala bayi asyik melekap dan menangis , Vitamin C ~ membantu tingkatkan sistem imun sekaligus melindungi kita dari penyakit akibat kerap berjaga malam dan yg paling penting ESP kesayanganku ~ yg bertindak sebagai "milk-booster" dan pemberi tenaga.
Diharap artikel ini sedikit sebanyak dapat meredakan kerisauan para ibu di luar sana terutamanya bagi yg baru bergelar ibu dan sekaligus dapat membantu anda menguruskan bayi anda.
Rujukan: www.sarakids.com
No comments:
Post a Comment