Saturday, November 24, 2012

10 Muharram -- Hari Asyura...Hari "Kasih Sayang" Umat Islam di Seluruh Dunia

Sedikit Santapan Rohani buat sahabat-sahabat MLY,


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)


(Sumber: LenggangKangkung)


Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari kesepuluh Muharram. Hari Asyura juga adalah simbol pengabadian atas kemenangan Nabi Musa as, dan hancurnya bala Firaun yang berlaku pada ‘Hari Asyura’ juga. Oleh kerana itu sesiapa yang berpuasa pada ‘Hari Asyura’ umpama berpuasa selama satu tahun penuh, kerana puasa pada ‘Hari Asyura’ seperti puasanya para Nabi.


Hari ini juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu. Pada ‘Hari Asyura’ itulah diperlihatkan kesepakatan pengikut Nabi Nuh as. yang turun dari kapal selepas belayar kerana banjir besar dengan bersama-sama menyumbang dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki bekalan makanan menjadi bubur.

Hari ‘syura’ adalah hari istimewa. Banyak keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT di antaranya adalah gandaan pahala bagi yang melaksanakan ibadah pada hari ini. Oleh itu marilah kita mempraktikkan segala amalan di atas.

Apakah amalan-amalan yang kita boleh lakukan di Hari Asyura (10 Muharram) ini dalam mengejar pahala Allah?
  1. Berpuasa -- Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.
    Niat Puasa: "Daku berniat puasa Hari Asyura kerana Allah Taala".
  2. Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat: " Daku berniat sunat Hari Asyura kerana Allah Taala".
  3. Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
  4. Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  5. Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.
  6. Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
  7. Menjamu orang berbuka puasa – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.
  8. Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun.
  9.  Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’  – Tidak dimatikan pada tahun ini.
  10. Membaca ‘Doa Asyura’ – Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi  bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah ia diberi taufiq  membacanya.
  11. Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  12. Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.
  13. Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
  14. Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.
  15. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya

(Sumber: shafiqolbu)

Sahabat-sahabat semua...jangan biarkan 10 Muharram berlalu begitu sahaja. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali dalam setahun. Betapa besarnya nikmat yg Allah telah berikan. Subahanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...