Wednesday, November 14, 2012

Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram

Salam Sahabat-Sahabat Semua...
"Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!"
Tinggal beberapa jam lagi Tahun Hijrah 1433 akan berakhir dan Tahun Hijrah 1434 akan menemui kita. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. Bagaimanakah dengan amalan-amalan kita pada tahun ini? Adakah lebih baik dari tahun lepas atau sebaliknya? Hari demi hari berlalu namun adakah hari-hari yang berlalu itu terisi dengan amalan-amalan yg Allah redhai?  Marilah kita renung sejenak dan muhasabah diri kita. Marilah kita berdoa agar tahun baru...akan memberi permulaan dan hijrah baru buat kita sekeluarga. Pengalaman yg lalu dijadikan iktibar dan sempadan.

Di sini ingin saya kongsi beberapa amalan yg boleh kita lakukan di minit-minit terakhir tahun hijrah dan apakah antara amalan terawal yg boleh kita lakukan bagi menyambut kedatangan tahun baru dengan penuh rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya Bulan Muharram adalah bulan yg penuh keberkatan dan bagi mereka yg menjalankan amalan-amalan yg telah dianjurkan pastinya ganjaran ari Allah akan menanti. InsyaALLAH.


Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram


Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:
1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
 .
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

5.  Qiamullail:
a)     Bersolat sunat Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.

6. Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

Semoga Allah akan sentiasa memberkati kita dan semoga tahun yg baru ini akan memberi 1001 kebahagiaan buat kita dan keluarga...semoga Allah mencurahkan lagi rezeki kepada kita...semoga Allah memberi kesihatan yg sebaiknya buat diri kita dan keluarga tersayang dan semoga Allah sentiasa meredhai setiap sesuatu yg kita lakukan. AMIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...