Tuesday, November 20, 2012

Plugged/Blocked Milk Duct

Salam Sahabat semua,

Saya rasa ramai mama semua yg pernah dengar perkataan ini disebut-sebut. Tapi apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan Plugged/Blocked Milk Duct ini? 


Plugged / Blocked Milk Duct ini terjadi apabila saluran yg menyalurkan susu keluar tersumbat atau tersekat. Ini selalunya terjadi apabila penghasilan susu lebih banyak dari pengeluarannya. 


Contohnya, jika baby anda menghisap dengan kadar yg sedikit ataupun mama-mama semua culas dengan sesi memerah anda di mana anda telah skip waktu memerah anda. Boleh juga terjadi jika pam yg anda gunakan tidak berfungsi dengan baik di mana ketika sesi perahan berlangsung payudara anda tidak dikosongkan betul-betul. Pemakaian Bra Berbesi serta posisi yg salah juga boleh menyebabkan saluran susu daripada tersekat dan seterusnya tersumbat. Kadangkala posisi yg salah atau pelekapan baby yg salah sewaktu menyusu juga boleh menyebabkan terjadinya Blocked Milk Duct ini. Jadi sangat penting utk mama semua mengetahui cara pelekapan yg betul dan pelajari beberapa posisi yg betul semasa menyusukan si manja anda.


Blocked Milk Duct

Selalunya 'Blocked Milk Duct' ini boleh dikesan dengan rasa 
seperti "gumpalan" kecil di payudara serta adakalanya berwarna merah dan kebanyakan ibu boleh berasa panas dan bengkak.

Ada juga keadaan di mana saluran susu yg tersumbat ini menjadi lebih serius apabila terdapat infeksi dan seterusnya boleh menyebabkan si ibu mengalami demam panas dan sebagainya. Keadaan ini selalunya dikenali sebagai Mastitis. InsyaALLAH saya akan bincangkan di entri yg lain. 


Mastitis


Jadi bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah Plugged/Blocked Milk Duct ini?

♥ Elakkan daripada memakai bra berbesi dan pastikan payudara anda berada dalam posisi yg baik    bagi mengelakkan payudara anda terpicit.

♥ Susukan bayi sehingga keseluruhan payudara kosong atau memerah sehingga payudara benar-   benar kosong.

♥ Boleh tuam dengan tuala panas bagi mengeluarkan susu yg "tersekat". Picit dan urutlah  payudara perlahan-lahan dengan gerakan membulat.

♥ Yang penting, berilah bayi anda menyusu secara langsung kerana itulah cara terbaik yang boleh   
   membantu anda mengatasi masalah ini.


Harap sedikit banyak info ini dapat membantu anda dalam menjayakan penyusuan secara eksklusif. Keazaman yg tinggi amat penting dan jangan berputus asa walaupun kadangkala kita terpaksa berkorban...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...