Friday, November 9, 2012

Gout -- Alfalfa Complex Sebagai Ikhtiar

JAGA PEMAKANAN -- Itulah nasihat yang selalu diberikan kepada pesakit yg menghidapi Penyakit Gout.  Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan Gout? Penyakit ini semakin lama semakin menjadi bualan dan sebutan. Adakah ubat atau penawar untuk penyakit ini?

GOUT terjadi apabila asid urik di dalam darah tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari. Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Asid Urik terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.
Gout Kaki
Contoh Gout di Kaki
 Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.
Gout Tangan
Contoh Gout di Jari Tangan

Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air masak sehari.
Apabila pesakit minum banyak, air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas, sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah:


  • Kawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan. Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang. Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

  • Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. 
  • Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
  • Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.
  • Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  • Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.

Ikhtiar lain yg boleh dilakukan untuk mengawal Gout ini ialah dengan mengambil suplemen yg sesuai. Salah satunya ialah ALFALFA COMPLEX. Seperti yg telah dibincangkan sebelum ini, Alfalfa merupakan tanaman yg mengandungi 1001 khasiat dan salah satu daripadanya ialah ia dapat membantu dalam pembuangan asid urik yg berlebihan. Sifatnya yg boleh mencuci darah, usus dan hati menjadikan ia salah satu agen detox yg terhebat tanpa memberi kesan negatif kepada pengamalnya. Klik di sini untuk huraian lanjut mengenai manfaat dan kehebatan Alfalfa Complex.


Sumber: Harian Metro

PERINGATAN: Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan ibu hamil. 

Disclamer / Penafian : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...