Wednesday, November 14, 2012

Sentuhan Kasih Ibu dan Ayah Membina Emosi dan Kepercayaan Si Manja

Anda baru menimang cahaya mata? TAHNIAH...sesungguhnya cahaya mata adalah anugerah yg terindah buat kita semua. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi didikan yg terbaik dan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang...

Sentuhan Kasih Ibu dan Ayah

Sedikit perkongsian buat ibu dan bapa semua:

Tahukah anda bahawa setiap rangsangan dan aktiviti kita bersama si manja berupaya untuk mempercepatkan lagi kadar perkembangan mental dan fizikal si manja kita? Tidak dinafikan bahawa perkembangan setiap bayi adalah berbeza di antara satu sama lain. Ada yg terlalu cepat, ada yg sederhana dan ada juga yg mungkin agak lambat sedikit. Tapi itu semua bukanlah ukuran untuk kita membanding-bandingkan mereka kerana setiap bayi ada kebolehan dan potensi masing-masing. Berikan mereka ruang dan kita sebagai ibu bapa sentiasa boleh berusaha dan berikhtiar dengan memberikan mereka ransangan yg sewajarnya mengikut peringkat umur mereka...

Di sini suka untuk saya berkongsi antara aktiviti yg boleh kita lakukan bersama bayi kita untuk peringkat umur 0-3 bulan (saya akan cuba untuk sentiasa berkongsi mengenai aktiviti bersama bayi sekerap yg mungkin dalam entri yg lain)

Perkara pertama yg boleh kita lakukan sebaik sahaja bayi lahir ke dunia ialah sentuhan lembut yg penuh kasih sayang.
  • Melalui sentuhan inilah salah satu cara bayi dapat belajar tentang perhubungan. Di peringkat umur ini, sentuhan lembut yg penuh kasih sayang itu dapat membantu bayi membina naluri kepercayaannya.

  • Rapatkan bayi pd anda dan bisiklah ke telinganya bahawa anda amat menyayanginya.

  • Usap wajah bayi perlahan-lahan sambil membisikkan kata-kata yg indah.

  • Sentiasalah menyebut nama anak anda dalam setiap perbualan anda dengannya untuk memberikan identiti kepada bayi anda.

  • Setiap kali anda dukung dan bercakap dgn bayi, kekalkan nada suara yg sama. Bayi akan anggap bahawa suara anda dapat mententeramkan jiwanya..

Sumber rujukan: Buku Permainan Untuk Bayi (Aktiviti Bersama Ibu Bapa) ~ Jackie Silberg


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...