Thursday, November 8, 2012

Set Penyusuan Mana yang Sesuai untuk Saya???

Salam sahabat-sahabat semua...bagaimana dengan penyusuan anda hari ini? Bagus...teruskan perjuangan anda ya...bagi ibu-ibu yg ada masalah, jgn putus asa..teruskan mencari ilmu, cari di mana silapnya dan cuba atasi dengan sebaik mungkin...kuatkan usaha, semangat dan sentiasalah bertawakal kepada Allah...Mohon agar Allah permudahkan segala urusan ya...


Ibu Menyusui
Gambar Sekadar Hiasan

Ramai juga ibu-ibu yang bertanyakan saya tentang Set Penyusuan mana yg sesuai dengan mereka...Jadi di sini saya nak berkongsi sedikit mengenai Set Penyusuan hasil kombinasi suplemen terhebat dari Shaklee....

Istimewanya Shaklee ini, anda sentiasa boleh memilih suplemen mengikut keperluan dan yg paling penting mengikut BAJET bulanan anda...Sekiranya untuk permulaan bajet anda masih tidak mencukupi untuk mendap
atkan set penuh anda boleh bermula dengan set asas dan kemudian add on sahaja di masa akan datang...

Jadi berbalik kepada Set Penyusuan...berikut adalah beberapa Set Penyusuan Kombinasi Suplemen Shaklee yg dicadangkan mengikut keperluan ibu dan baby ye:

1. Set B (Ramai yg paggil set ni set bajet kerana ia adalah set asas dan mampu milik tapi jgn salah anggap ye..wpun digelar set bajet...manfaatnye tetap TERBAIK dan diperakui oleh ramai ibu yg telah mencubanya)

Terdiri dari :

Vitalea (multivitamin), B-Complex, Sustained Release Vita-C Plus dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan.
  • Tujuan utama mengambil supplemen ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu.
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set Eu Four Pack 

Terdiri dari : 

Vitalea (multivitamin), B-Complex, Sustained Release Vita-C Plus dan Ostematrix (Kalsium)

  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

3. Set E


Terdiri dari: 
Vitalea (multivitamin), B-Complex, Vita-C, Alfalfa dan Ostematrix (Kalsium)

  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

4. Set 3M (Set paling lengkap dan paling hangat di pasaran)

Terdiri dari :
Set B + Ostematrix + ESP

  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah:
i. mengalami kemeruduman susu sebaik sahaja habis pantang dan mula bekerja akibat stress 
dan sebagainya.
ii.mengalami masalah dalam penghasilan susu walaupun telah meminum air sebanyak 3L 
sehari dan melakukan perahan setiap 2 jam dengan disiplin.
iii. hanya berjaya mengumpul stok susu yang sedikit atau baru mula untuk mengumpulkan stok.
iv: ibu tidak bertenaga akibat selalu berjaga malam dan bayi menyusu dgn sgt kerap di samping jadual pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang.
  • Set 3M paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Untuk info lanjut mengenai Set 3M boleh klik di sini.

Diharap sedikit sebanyak penjelasan di atas dapat membantu anda dalam membuat pilihan. Buatlah pilihan mengikut bajet dan keperluan anda ya...Sekiranya masih keliru atau ada yg tidak faham jangan malu atau jangan segan untuk hubungi saya ya....jangan risau saya tak akan caj konsultasi heeee...

Saya sendiri mengamalkan Eu Four Set + ESP dan alhamdulillah walapun baby sudah berumur setahun susu tetap maintain banyak dan badan semakin bertenaga walaupun bangun malam untuk menyusukan baby...

Walaubagaimanapun, ingin saya tekankan di sini bahawa, pengambilan suplemen adalah salah satu ikhtiar untuk ibu-ibu mengekalkan tenaga dan nutrisi penting buat ibu dan si manja di samping membantu untuk menggalakkan pengeluaran susu dengan lebih pekat dan meriah. Ibu-ibu tidak boleh bergantung 100% kepada suplemen sahaja dalam memastikan penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat berjalan lancar. Ibu harus fahami konsep supply & demand (saya akan bincangkan dalam entri yg akan datang) dan harus minum air secukupnya (3L sehari).



Hubungi saya: 

DISCLAIMER / PENAFIAN:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...