Sunday, November 11, 2012

Omega Guard Shaklee dari Minyak Ikan Terbaik Di Dunia!

Salam Sahabat-sahabat MLY...

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi produk terbaik dari Shaklee:



OMEGA GUARD
 ~ Merupakan MiNyaK IkAn Terbaik di Dunia ~


Omega Guard Shaklee

TAHUKAH ANDA??

Asid lemak Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita maka kita perlu mengambilnya dalam diet seharian kita. Walaubagaimanapun, Omega-3 dari tumbuhan tidak boleh ditukarkan kpd EPA dan DHA secara berkesan dalam badan. 


APAKAH MANFAAT UTAMA ASID LEMAK OMEGA-3 PADA KITA?

  1. Asid Lemak Omega-3 mengimbangi perubahan hormon wanita yg menyebabkan PMS sekaligus menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan.
  2. DHA dan EPA penting bagi menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah sekaligus melancarkan peredaran darah dan melambatkan kepekatan darah. Oleh itu, pesakit yg akan melakukan pembedahan dan wanita hamil yg sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
  3. Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  4. Merendahkan kolesterol, mengawal obesiti, mencegah arteriosklerosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  5. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan sangat membantu perkembangan memori:

     DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. SANGAT PENTING terutamanya di peringkat 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu juga mengandungi paras DHA yg tinggi dan disebabkan itu jugalah yg menyumbang kepada tingginya IQ bayi yg menyusu susu ibu sepenuhnya. DHA juga penting untuk meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.
  6. Dapat tingkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru ~ membaiki alahan kulit psoriasis,demam hay,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE dan penyakit buah pinggang. 
  7. Menentang Kanser ~ Kajian menunjukkan Omega-3 boleh cegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  8. Memelihara fungsi sendi (arthritis).
  9. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan ~ EPA dan DHA diperakui dapat membantu dalam perkembangan kesihatan mental, kemurungan, tekanan, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit skizorfrenia.
APAKAH KELEBIHAN MINYAK IKAN DARI SHAKLEE INI??
  • Diesktrak dari ikan laut air sejuk )sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. 
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mengandungi rangkaian 7 JENIS Asid Lemak Omega 3 semulajadi : EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemak omega-3 yg paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya dan bertoksik seperti : Plumbum, merkuri,arsenik,kadmium,dioksin,dan PCB.
1 Sajian OMEGA GUARD (3 kapsul x 330mg) => 1000mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Di sini saya sertakan jadual perbandingan Omega Guard Shaklee dengan suplemen minyak ikan dari jenama yg lain untuk rujukan dan penilaian anda....Tepuk dada tanyalah selera...



Jadi Omega Guard sangat dicadangkan :
  • Bagi wanita hamil (trimester 2&3)
  • Bagi kanak-kanak yang sedang membesar
  • Bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan lelaki
  • Bagi kesihatan menyeluruh wanita
  • Bagi mereka yg mengalami masalah jantung.
  • Bagi para pelajar untuk meningkatkan kepekaan, ingatan dan kecekapan kerja.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard dari saya, anda bolehlah hubungi saya di:



DISCLAIMER / PENAFIAN:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...