Tuesday, November 20, 2012

Tahukah Anda: Komposisi Susu yang Terdekat Dengan Susu Manusia ialah.......


Susu Manusia hampir sama dengan Susu Gorilla


Yerp Gorilla...huhu..


Dua tahun lepas sewaktu saya join Bengkel Penyusuan, seorang kaunselor laktasi pernah memberikan satu fakta yg membuat saya terkesima sekejap...katanya, setiap mamalia akan menyusukan anak masing-masing dan setiap komposisi susu akan berbeza mengikut keperluan masing-masing.


Sebagai contoh, susu badak air tinggi kandungan lemaknya kerana badak air perlukan lemak tersebut bagi memenuhi keperluannya yg selalu berada di dalam air. 


Maka, susu manusia Allah telah ciptakan hanya untuk manusia semata-mata. Dan satu-satunya haiwan yg mempunyai komposisi yg hampir sama (hampir je ya..) ialah Gorilla..bukannya lembu atau haiwan lain. Tetapi persoalannya, kenapa kita memformulasikan susu lembu dan bukannya gorilla? Seperti yg kita semua tahu, Gorilla ni adalah haiwan liar dan susunya juga tidak semeriah susu lembu kerana baby gorilla hanya memerlukan sedikit sahaja susu untuk membesar. Lembu pula adalah haiwan ternakan yg jinak dan sangat meriah dengan susu begitu juga dengan kambing jadi disebabkan itulah kebanyakan susu tepung yg ada di pasaran majoritinya diformulasikan dari susu lembu. Ada berani nak pergi perah susu gorilla?? huhuhu...


Entri ini adalah sebagai perkongsian fakta sahaja ya...tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Cuma apa yg perlu kita tahu, susu ibu adalah yg terbaik buat si manja kita. Komposisinya cukup..tidak lebih dan tidak kurang untuk bayi kita membesar. Bila sejuk, lemak akan lebih dari air di dalam susu dan bila panas, air akan lebih dari lemak. Unik bukan ciptaan Allah ini? Jadi janganlah kita sia-siakan pemberian Allah kepada kita. Susu itu hak anak-anak kita...Susukanlah mereka selagi mana yg kita terdaya! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...