Tuesday, November 6, 2012

Mengapa ingin Menyusukan Bayi Anda Secara Eksklusif?

Salam Sahabat Semua,

Alhamdulillah, saya lihat sejak akhir-akhir ini kebanyakan dari ibu-ibu sudah mula kembali kepada fitrah untuk menyusukan bayi mereka secara langsung. Semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang berjuang untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Bagi yang bekerjaya juga tidak putus asa dan sentiasa berusaha untuk mengumpul stok yg cukup untuk bayi mereka. Jadi untuk anda-anda semua..termasuklah diri saya yang masih menyusukan bayi saya (kini sudah berusia setahun), sekalung ucapan tahniah buat anda semua. Teruskanlah berjuang dan berusahalah untuk menyempurnakan penyusuan sehingga bayi anda 2 tahun.

Berikanlah si manja anda HAK mereka
Tapi apakah matlamat sebenar kita menyusu? Jika ditanya...jawapan yg lazimnya diterima ialah:


"oohh saya fully breastfeed ni sebab nak jimat..tak perlu nak beli susu formula..."

"em saya ikut kawan-kawan...lagipun dah banyak diwar warkan di internet dan tempat kerja.."

"kalau susu badan, anak akan sihat"

"orang kata menyusu badan ni boleh kuruskan badan...agaknye kot.."

"malulah kalau dikata tak menyusu..."

BETUL apa yg dikata itu kerana...jika kita menyusukan bayi kita secara eksklusif..memang kita akan mendapat semua manfaat di atas. Walaubagaimanapun, perlu kita fahami matlamat sebenar-benarnya penyusuan ibu itu sendiri. 

Ibu-ibu perlu faham, susu itu adalah HAK anak-anak..sepatutnya tidak perlu ada alasan untuk kita tidak menyusukan anak kita kecualilah ada sesuatu yg menghalang atau mendatangkan mudarat kepada kita dan bayi cthnya jika kita ada menghidapi penyakit yg menyukarkan kita untuk menyusu dan mungkin ada yg ada permasalahan dengan hormon sehinggakan susu tidak keluar walaupun telah mencuba pelbagai cara.


" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua tahun penuh, iaitu bagi mereka yg ingin menyempurnakan penyusuan itu" -- Surah Al-Baqarah, ayat 233

Penyusuan Susu Ibu
Ikatan kasih sayang yang terjalin memberi 1001 makna
Penyusuan susu ibu juga sebenarnya lebih kepada pengisian emosi daripada sekadar "memberi bayi susu" dan ianya amat penting untuk ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi itu sendiri. Ianya tak dapat di jual beli..Ikatan yang terjalin begitu mahal harganya. Penyusuan susu ibu haruslah ikhlas semata-mata untuk bayi kita bukanlah dengan niat untuk berbangga dan membandingkan pula dengan orang lain. Saya tgk kini ramai juga yg berbangga dgn hasil stok susu mereka dan kadangkala menunjuk-nunjuk atau mengeluarkan kata-kata yg boleh merendahkan semangat ibu-ibu lain. Hal sebegini tidak sepatutnya ini terjadi. Kita sepatutnya memberi galakan dan semangat antara satu sama lain.

Bagi ibu-ibu semua, jangan pernah ada ya rasa iri hati atau tertekan walaupun mungkin hasil susu anda tidak sebanyak ibu-ibu lain. Lain bayi lain kuota susu yg diperlukan. Mungkin itu rezeki mereka. Apa yg anda perlu lakukan, jangan putus asa..sentiasa berusaha mengepam dgn disiplin, minum air yg cukup (3L sehari), jaga kesihatan dan emosi anda (boleh ambil suplemen untuk bantuan) dan yg paling penting sentiasa dekatkan diri anda dengan Pencipta dan bagi yg beragama Islam..sentiasalah berdoa dan bertawakal pada Allah S.W.T

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
Di sini ingin saya berkongsi POLISI penyusuan susu ibu untuk panduan anda:


"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga bayi mencapai umur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun".

Ada sesetengah ibu kata.."Ya, saya menyusukan baby saya secara eksklusif..." tapi pada hakikatnya si ibu ini selang-selikan susu ibu dgn susu formula. Jadi sahabat-sahabat semua, penyusuan ini bukan lagi penyusuan yg eksklusif ya. Begitu juga bagi yg sudah memberikan air kosong atau nestum atau apa jua makanan bayi sebelum bayi berusia 6 bulan. Ramai yg masih tidak tahu bahayanya pemberian air kosong kepada bayi di bawah 6 bulan. Klik di sini untuk huraian lanjut mengenai perkara itu.

Di sini ingin saya kongsikan juga keistimewaan susu ibu yang sehingga kini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula dan tidak akan mungkin dapat ditandingi...Ya Allah begitu besar nikmat yang Engkau berikan...

Keistimewaan Susu Ibu:
  • Sentiasa segar (fresh)
  • Tersedia steril
  • Tiada pencemaran
  • Tersedia dalam suhu yang optimum
  • Tersedia pada bila-bila masa di mana sahaja
  • Tiada tarikh luput
  • Cukup nutrisi dan zat untuk tumbesaran bayi mengikut peringkat umurnya
  • Mengandungi sel hidup, hormon dan enzim
  • Mengandungi antibodi -- sebab itu bayi menyusu badan akan jarang sakit
  • Tidak pernah / jarang sekali memberikan kesan alahan pada bayi
  • Mudah hadam (disebabkan itu bayi yg menyusu badan akan cepat lapar dari yg menyusu botol)
Selain keistimewaan di atas, Susu ibu sangat UNIK kerana:

Susu ibu mengandungi hormon Cholecytokinin (CCK) yang akan membantu menenangkan dan menidurkan bayi -- hormon yang sama seperti orang dewasa apabila makan terlalu banyak dan mengantuk. Perasan tak setiap kali kita menyusukan baby kita pasti baby akan tertidur....satu-satunya cara nak tidurkan baby saya sendiri ialah dengan menyusukan dia..confirm mesti dia tidur hehe

Susu ibu membantu ibu mengurangkan kanser payudara -- Protein (dubbed hamlet) dalam Susu Ibu mengakibatkan sel kanser membunuh diri! Wah hebat bukan susu ibu??

Sebenarnya kalau nak dibincangkan khasiat dan manfaat susu ibu memang tidak akan habis. Terlalu banyak khasiat dan keunikannya. Jadi marilah sahabat-sahabat semua...susukanlah bayi-bayi anda setakat mana yg kita termampu. Janganlah hanya sekadar memberi pelbagai ALASAN dan BERPUTUS ASA. Susu anda akan sentiasa cukup untuk bayi anda. Banyakkan membaca info dan pengalaman orang lain. Dekatkan diri anda dengan rakan-rakan serta kumpulan yg menyokon penyusuan ibu untuk memberikan anda semangat. Sokongan suami dan ahli keluarga yg lain TERSANGAT PENTING. Dan semestinya, jangan lupa untuk sentiasa dekatkan diri anda dengan ALLAH S.W.T kerana Dialah yg akan menentukan segalanya. Akhir kata Majulah Susu Ibu untuk Semua!!!

Saya bukanlah pakar laktasi yang bertauliah tetapi CINTA saya terhadap penyusuan susu ibu ini adalah antara penyebab saya memulakan blog ini di samping CINTA saya kepada produk-produk Shaklee...Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam penyusuan, anda boleh juga hubungi saya. Yang mana saya boleh bantu saya akan bantu.



NOTA: Info yang dikongsikan di atas saya perolehi semasa menghadiri Bengkel Penyusuan kelolaan Puan Farah Farhan Abdul Fattah sebelum kelahiran cahaya mata saya yg pertama. Alhamdulillah info yg dikongsikan telah banyak membantu dalam saya menjayakan penyusuan secara eksklusif

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...