Monday, October 1, 2012

Pemberian Air kepada Bayi Kurang 6 Bulan : Bahayakah?


Ramai di kalangan kita yg mengambil lewa perkara ini dan tidak kurang juga yg hanya mengikut kata-kata org untuk beri air dan susu formula sebagai tambahan kepada bayi. Tetapi saya tidak salahkan ibu itu sendiri terutamanya bagi yg pertama kali menjadi ibu.

Sebagai ibu yg berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif, kita perlu ada ilmu yg cukup. Sekarang ni tersangat mudah untuk dapatkan info2 yg berkaitan dgn penyusuan. Google aje dan pasti akan tersusun blog-blog yg membincangkan hal-hal penyusuan. Buku juga banyak di pasaran dan saya juga amat syorkan 1st time mommy untuk attend mana-mana seminar atau bengkel penyusuan. Trust me, mmg sgt berbaloi.


Based on my own experience, masa sy bersalinkan anak sulung sy dulu, ada seorang nurse ni suruh sy bagi susu formula pd bayi sy kerana katanya susu saya sikit. Saya hanya tersenyum aje sbb malas nk panjang cerita tapi dalam hati sy bersyukur sbb sy dah pergi bengkel penyusuan sebelum itu yg bagi explaination tentang kolostrum. Tapi saya percaya bagi 1st time mommy yg tak tau, pastinya akan ikut aje kata nurse tu.



Jadi berbalik pada topik kita, bahaya ke air kepada bayi bawah 6 bulan?



  • Tahukah anda bahawa amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta boleh sebabkan sawan tarik.
  • Tumbesaran boleh terencat kerana bayi sepatutnya diberikan susu ibu yg mempunyai zat, bukannya air biasa.
  • Air boleh jadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku sama ada sumber air itu sendiri atau pada bekas air itu. Ini boleh akibatkan cirit-birit.
  • Air boleh menghakis salutan pelindung penyakit yg dihasilkan oleh susu ibu dan mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis jangkitan/
  • Bagi bayi bawah 5 minggu, air boleh mencairkan garam dalam darah dan boleh akibatkan suhu badan rendah, kembung atau sawan tarik.
Bagaimana pula dengan susu formula? Apakah keburukannya? 
  • Bayi mudah dapat jangkitan (esp. demam, selsema & batuk)
  • Mudah tercemar
  • Bayi mudah cirit-birit
  • Tidak dapat membantu untuk jarakkan kehamilan
  • Ibu terdedah kepada risiko barah payudara dan ovari
  • Jika susu dicairkan, bayi tidak mendapat zat yg secukupnya.
Jadi ibu-ibu semua, diharap dgn perkongsian ini, anda dapat membuat pilihan tepat untuk memberikan yg terbaik buat anak-anak anda. Pilihlah untuk menyusukan anak anda secara eksklusif.



(Rujukan dari Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya")

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...