Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha dari MyLittleYaya


Di kesempatan ini, MLY ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam di luar sana. Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar pengorbanan. Sesungguhnya Hari Raya AidilAdha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji membawa erti yg cukup besar bagi semua umat Islam. Ia sebagai memperingati kisah pengorbanan yg amat hebat tatkala Nabi Ibrahim disuruh menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah. Walaupun sayu hatinya namun demi menurut perintah, Nabi Ibrahim tekad berkorban kerana Allah begitu juga dengan anaknya Nabi Ismail.

Peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ia memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.

Di zaman yg serba moden dan serba canggih ini, berapa ramai daripada kita yg sanggup berkorban sebegitu rupa? Kadangkala, baru kena berkorban sedikit wang ringgit, kita sudah mula bersungut. Pengorbanan di zaman ini membawa erti yg lebih meluas. Pengorbanan seorang ibu sebagai contoh, mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan mendidik anak-anak merupakan antara pengorbanan ibu yg takkan dapat kita balas jasa mereka. Begitu juga pengorbanan anak-anak terhadap ibu bapa mereka, pengorbanan seorang isteri kepada seorang suami dan begitu juga sebaliknya. Pengorbanan di sini bukanlah semata-mata dalam konteks wang ringgit atau pun kudrat senata-mata. tetapi kesanggupan seseorang itu berbuat sesuatu bagi mempertahankan agamanya dan menegakkan perintah Allah S.W.T


Hidup adalah satu perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Tidak akan ada pengorbanan tanpa kesusahan. Justeru kesediaan seseorang untuk melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit, tenaga dan masa sekalipun benar-benar menguji keimanan seseorang.


Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan itu sendiri. Benarkah kita berkorban kerana Allah? atau sekadar untuk memenuhi nafsu dan kehendak kita di muka bumi ini? Masih belum terlewat untuk kita bersama-sama memperbaiki diri kita ini. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Salam AidilAdha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...