Wednesday, October 24, 2012

Suplemen: Pentingkah?

Salam Sahabat-Sahabat MLY

Bila berbicara tentang suplemen tambahan, selalunya ramai yang akan persoalkan sama ada perlukah kita mengambil suplemen? pentingkah suplemen kepada kita? Ramai juga di luar sana yang selalu menjawab " saya masih muda dan sihat, rasanya tak perlu ambil suplemen kot" dan ramai juga yang mengatakan "mahal lah suplemen, tak ada bajet". Bagaimana pula jika kita sakit dan perlu dimasukkan ke wad? Adakah bajet untuk ke hospital itu lebih murah dari mengambil suplemen? Bukankah mencegah lebih baik dari merawat? Sesungguhnya tubuh badan yang sihat adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. Walau kita kaya  mana pun tapi kalau kesihatan tidak baik, kita tidak akan gembira dan bahagia.

Apa itu suplemen tambahan? Jom kita tengok dahulu definisinya sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut mengenai topik ini.


Suplemen tambahan, juga dikenali sebagai suplemen makanan atau suplemen gizi, merupakan persiapan yang dimaksudkan untuk melengkapi diet dan memberikan nutrisi, seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asam amino,yang mungkin hilang atau tidak boleh digunakan dalam jumlah yang cukup dalam diet eseorang. Beberapa negara mendefinisikan suplemen makanan sebagai makanan,sementara di lain mereka ditakrifkan sebagai ubat atau produk kesihatansemulajadi. Suplemen yang mengandung vitamin atau mineral diet termasuk sebagai mediamakanan di dalam Codex Alimentarius, koleksi standard yang diiktiraf secaraantarabangsa, kod amalan, pedoman dan cadangan lain yang berkaitan denganmakanan, pengeluaran makanan dan keselamatan makanan. Teks-teks inidibuatoleh Codex Alimentarius Commission, sebuah pertubuhan yangditaja olehPertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (FAO) danPertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Jadi, pentingkah suplemen tambahan ini kepada kita? Kenapa kita perlu mengambil suplemen?
Berikut saya kongsikan beberapa sebab mengapa kita perlu mengambil suplemen:
  1. Gaya hidup kita pada masa kini yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yang seimbang. Bagi golongan  yang sibuk bekerja, mereka tiada masa untuk bersenam dan beriadah. Golongan ini juga jarang memasak sendiri makanan di rumah dan cenderung untuk memakan makanan segera yang tinggi kandungan MSG dan mengabaikan nutrisi makanan yg diambil.
  2. Zat dan nutrien makanan mudah hilang dengan cara penyediaan makanan kita. Proses pengankutan bahan makanan yang mengambil masa yang lama juga boleh menghilangkan zat dan nutrien makanan tersebut. Cara penyimpanan yg tidak betul turut menyumbang kepada masalah yg sama. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  3. Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar di mana ini mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, suplemen  tambahan amat penting dalam mencegah dan melindungi tubuh badan kita agar tidak mudah diserang penyakit.
  4. Buah-buahan serta sayuran yang kita makan mungkin terjejas atau tercemar dengan tanah yg tidak subur. Ia mungkin mengandungi mineral yang tidak mencukupi untuk kita. Racun perosak dan racun serangga juga mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  5. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari nutrisi yang kita perolehi daripada makanan untuk kekal sihat dan untuk sistem badan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan antipenuaan.
  6. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif ,ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.
  7. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolesterol,gula dan garam boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
  8. Tekanan..Tekanan..Tekanan = Berkompromi dengan tahap imun badan kita. Gaya hidup kita yg serba sibuk sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kita. Komitmen kerja, rutin harian, keluarga dan sebagainya pastinya akan membuat hidup kita tertekan sepanjang masa. Semua tekanan ini secara tidak langsung akan melemahkan sistem imun badan kita dan kita akan mudah terdedah kepada penyakit. Jadi dengan pengambilan suplemen tambahan, sedikit sebanyak dapat mengurangkan perkara ini dari terjadi dan memberi kita kehidupan yg lebih sihat secara optimum.
  9. Setiap dari kita pastinya akan mengalami penuaan. Cuma bagaimana cara kita untuk menghadapinya? Ingin mengalami penuaan secara sihat atau sebaliknya? Semakin meningkat usia seseorang itu, semakin kurang enzim yg dihasilkan, termasuk enzim yg diperlukan untuk mencerna makanan yang kita ambil. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut yang selalu diperkatakan iaitu reflux, sembelit yang teruk, sakit perut dan pedih ulu hati.
Jadi diharapkan dengan info yang dibicarakan di atas sedikit sebanyak dapat membuka minda dan hati kita tentang pentingnya suplemen tambahan dalam mencapai kesihatan yg optimum. Secara jujurnya, saya juga  pernah berfikir bahawa suplemen tambahan tidak penting dan saya juga berfikir bahawa melabur untuk suplemen adalah satu pembaziran memandangkan suplemen yg ada di pasaran agak mahal. Tapi ternyata apa yg saya fikirkan selama ini adalah salah sama sekali. 

Saya terpanggil untuk mengambil suplemen di kala saya sudah hampir putus asa dengan tahap kesihatan saya. Selama bertahun saya hidup dgn kesihatan yang tidak baik dan hari-hari yg saya lalui penuh dgn rasa sedih dan muram. Walaubagaimanapun, saya bersyukur Allah telah temukan saya dengan suplemen Shaklee yang ternyata telah merubah kehidupan saya menjadi lebih baik dan ceria. Apa pun semua pilihan terletak di tangan anda. Jangan lupa, kita di masa hadapan adalah apa yg kita makan sekarang. Hadapilah saat penuaan anda dengan rasa sihat, bahagia dan gembira di samping keluarga tersayang.

Walaubagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa suplemen bukanlah jaminan yg kita tidak akan jatuh sakit langsung. Ini kerana hidup mati dan sakit pening kita semua adalah ketentuan Allah S.W.T. Kita sebagai hambanya, wajib menjaga kesihatan diri dan memberikan yg terbaik utk diri kita. Suplemen adalah salah satu ikhtiar kita dalam melindungi diri kita serta mencegah diri kita dari penyakit. 

Di sini ingin saya berkongsi bait-bait kata dari pengasas Shaklee sendiri iaitu

Dr. Forrest C. Chaklee. Sr.:

"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan, tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan."


Credit: http://stayhealthyandwell.com

           http://www.scribd.com/doc/55994841/DEFINISI-SUPLEMEN-MAKANAN
       

2 comments:

  1. Saya nak tanya. Saya salah seorang pengguna utk set buasir shaklee dan saya mempunyai jadual utk pengambilannya. Soalan saya adakah boleh saya dalam masa yg sama mengambil product lain utk diet (obesity)?
    Untuk makluman saya tidak mengambil suplemen ini serentak saya akan ambil selang beberapa jam 2-3 jam

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya. Saya salah seorang pengguna utk set buasir shaklee dan saya mempunyai jadual utk pengambilannya. Soalan saya adakah boleh saya dalam masa yg sama mengambil product lain utk diet (obesity)?
    Untuk makluman saya tidak mengambil suplemen ini serentak saya akan ambil selang beberapa jam 2-3 jam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...