Tuesday, October 23, 2012

Kekal Langsing dan Sihat dengan Set Pelangsingan dari Kombinasi Terhebat Suplemen Shaklee

Salam readers,

Kelihatan langsing dan menawan sudah semestinya menjadi dambaan setiap orang khususnya wanita. Ada sesetengah yg terlalu obses untuk kurus sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hajat mereka untuk kurus. Ini dinamakan kurus secara tak sihat atau kurus berpenyakit. Jika boleh, biarlah kita kekal langsing dengan cara diet yang betul dan sihat. Elakkan dari mengambil sebarang "pil kurus" atau apa sahaja suplemen lain yg tidak diketahui asal usul dan kandungannya. Pastikan setiap suplemen yg diambil adalah halal dan telah mendapat kelulusan pihak KKM dahulu.

Tidak dinafikan, dengan lambakan suplemen-suplemen untuk kuruskan badan dan dengan testimonial-testimonial yg diwar-warkan setiap hari pasti sedikit sebanyak akan membuat kita teruja untuk mencuba tanpa diselidiki terlebih dahulu. Nasihat saya, selidik dahulu isi kandungan sama ada mengandungi bahan kimia atau pengawet yg boleh membahayakan kita dan pastikan ada label / hologram KKM dan status halal dari JAKIM supaya kita tidak tertipu.

Oklah..dah terlebih panjang pulak mukadimah saya hari ini. Bukan apa, saya tidak mahu sahabat-sahabat terpedaya dgn tipu helah mereka yg hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan tidak hiraukan keselamatan pelanggan mereka. Pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.

Hari ini saya nak berkongsi tentang Set Pelangsingan dari kombinasi suplemen Shaklee yang sememangnya dijamin selamat (ada kelulusan dan hologram KKM di setiap botol suplemen) dan Halal (telah disahkan halal oleh pihak JAKIM melalui ISA). 

Set Pelangsingan Kombinasi Suplemen Shaklee

Kombinasi ini adalah antara kombinasi terbaik yg boleh anda amalkan untuk diet yang sihat secara semulajadi. Bagi anda yg tidak menyusu, kombinasi

HerbLax+Lecithin+Cinch Shake Mix & Cinch Energy Tea Mix 

adalah kombinasi yang dicadangkan. Untuk diet yang sihat selalunya kita mulakan dengan proses detoks terlebih dahulu untuk membuang semua toksin-toksin yang dah lama bersarang dalam badan kita (itu yg menyebabkan kita selalu letih, tidak bermaya, selalu pening dan senang sakit). Untuk itu, anda boleh amalkan HerbLax. (**Ibu menyusu tidak sesuai untuk mengambil HerbLax)

Selepas itu ialah proses membuang lemak dan kolesterol yg terdapat di dalam badan kita dengan Lecithin. Sekiranya anda ada bajet lebih, anda juga boleh mengambil alfalfa bersama dgn Lecithin untuk gandingan yg lebih hebat kerana alfalfa juga ada saponin yg bertindak untuk menyerap kolesterol berlebihan dan mengeluarkannya dari badan kita. Alfalfa juga boleh mencuci hati , darah dan usus kita dari segala toksin. 

Untuk diet yang betul dan sihat, anda perlulah memastikan anda hilang berat daripada lemak, bukan hilang lemak dan otot sekali. Kerana jika anda kehilangan otot, anda akan merendahkan lagi kadar metabolisma anda. Dan apabila anda stop berdiet, berat badan anda akan menjadi lebih berat kerana anda tidak boleh membakar kalori seperti yang anda lakukan sebelum ini. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda berdiet dan ini dikenali sebagai yo-yo diet (selalu terjadi pada ramai orang).
Gambar sekadar hiasan
Jadi, untuk membantu anda mengekalkan otot anda, pengambilan Cinch Shake Mix adalah cara yg mudah. Diperkasa dgn leucine (otot yg membina asid amino yg terdapat dlm protein tertentu) dan ia dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak di mana bagi mereka yg mengambil Cinch Shake Mix ini akan kehilangan lemak, berat, inci tetapi pd masa yg sama mengekalkan otot mereka. 

Faedah utama Cinch Shake Mix ini ialah ia memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut. Indeks Glisemiknya rendah (sesuai utk pesakit kencing manis) dan ia tinggi dengan serat. Tiada pewarna, perasa atau pemanis tiruan dan kacang soya adalah non-GMO. Cinch Shake Mix ini dicadangkan untuk diambil bersama ESP. Makanan yg kaya dgn protein boleh menahan kelaparan.

Secara ringkasnya, Cinch Shake Mix berkesan untuk diet anda kerana:

  • Ia mengandungi 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 serat larut
  • Ia kekalkan jisim otot tanpa lemak 
  • Hilangkan berat daripada lemak
  • Terbukti secara klinikal
  • Diperkasa dengan leucine
  • Membantu mengawal rasa lapar dan tingkatkan tenaga
  • Menyokong metabolisma dan memberi kepuasan kepada pengguna
**Walaubagaimanapun Cinch Shake Mix tidak dicadangkan untuk ibu yang menyusu.

Jadi untuk ibu menyusu bagaimana pula? Ibu yg menyusu juga berhak untuk kelihatan langsing dan bergaya. Jangan risau dan jangan bimbang, kami di Shaklee sentiasa menawarkan rangkaian produk yg boleh membantu anda dari setiap peringkat dan golongan. Untuk ibu yg menyusu, dicadangkan untuk anda mengamalkan kombinasi:

Alfalfa + Lecithin + ESP + Vitalea Iron Formula

Kombinasi Alfalfa dan Lecithin bertindak seperti yang telah dibincangkan di atas. Disebabkan ibu menyusu tidak sesuai untuk mengambil Cinch, maka ESP dan Vitalea adalah gandingan terbaik dalam memastikan protein serta nutrisi yg diambil adalah mencukupi. ESP mengandungi 9 asid amino penting yg dapat memastikan pembinaan sel, tisu dan otot. Ini penting untuk meninggikan kadar metabolism kita. Untuk manfaat ESP yang lain, anda boleh klik di sini. Vitalea Iron Formula terdiri dari 12 vitamin dan 7 mineral penting yg diperlukan oleh tubuh badan kita. Vitalea ini penting sebagi pembekal tenaga dan pelengkap nutrisi dan ia juga sangat membantu dalam meningkatkan fungsi metabolisma.

Gambar Sekadar Hiasan

Kesemua suplemen yg dicadangkan untuk ibu yg menyusu adalah selamat dan tidak akan memberikan kesan sampingan kepada ibu dan bayi.

Dengan bantuan suplemen dan kesungguhan serta disiplin yg tinggi, insyaALLAH diet anda akan berjaya. Pastikan anda mengambil air secukupnya (3L sehari) dan menjaga pemakanan di samping mengamalkan senaman. 

Sekiranya anda berminat dengan set pelangsingan ini, anda bolehlah menghubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan sekiranya anda mengambil set ini dari saya, saya akan kongsikan cara pengambilan suplemen dan tips untuk diet yang berkesan. Anda ada kekangan bajet? Jangan risau, kita boleh berbincang mengenai kombinasi yg sesuai untuk bajet anda.

Hubungi saya segera melalui:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...