Tuesday, October 2, 2012

Eu Four Pack (Euphoria Shaklee Set) di hatiku


Salam ceria buat semua readers.

Kini saya kembali tersenyum gembira dalam mengharungi hari-hari yg mendatang. Eu Four Pack dari Shaklee bagaikan memberi sinar baru dalam kehidupan saya yg sebelum ini sentiasa suram dek kesihatan saya yg tidak baik.

Sebelum ini, saya sentiasa letih tidak bermaya. Adakalanya pitam dan terbaring lesu dari pagi hinggalah ke petang. Hari-hari yg dilalui sangat menyeksakan kerana saya bagaikan tiada kudrat lagi untuk melakukan sebarang kerja. Sudahlah terpaksa berhenti kerja kerana sentiasa tidak sihat, ada pula 2 anak kecil yg sedang membesar untuk dijaga. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Sedih, geram, kecewa kerana saya tidak mampu untuk melakukan semua itu. Nasib baik saya dikurniakan Allah suami yg sangat penyanyang dan supportive. Beliaulah yg membantu saya menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Beliau jugalah yg sentiasa memberikan kata-kata semangat di kala saya merasa tertekan dan sedih dgn keadaan diri. "Buat suamiku Encik Hasnul Khair, Terima Kasih kerana menyayangi diri ini seadanya...Hanya Allah yg dapat membalas semua jasamu...I Love You".

Selepas melahirkan anak kedua saya yg kini berusia 11 bulan, keadaan kesihatan saya semakin hari semakin teruk. Setiap hari badan ini akan terasa sengal-sengal, kaki dan tangan merasa kebas, pening kepala, tidak bermaya...pendek kata rasa diri ni bagaikan menunggu ajal saja. Saya lebih suka menyendiri di rumah dan tidak ada mood untuk bersosial.Rawatan klinikal dan alternatif semua telah  saya usahakan namun keadaan diri menjadi semakin teruk. Bila pergi hospital Dr cakap semua ok. Haishhh makin buntu dibuatnya.

Alhamdulillah satu hari saya terbaca artikel di blog sifu saya Kak Marina Nasir dan hati ini telah tergerak untuk mencuba set Eu Four Pack yg Kak Marina cadangkan. Dan sangat-sangat memeranjatkan saya dalam masa tak sampai seminggu, banyak kesan positif yg saya rasa. Badan yg dulu sentiasa rasa sakit dan sengal2 kini tiada lagi. Kebas kaki dan tangan hilang begitu aje. Dan yg paling buat saya hepi ialah saya kembali bertenaga. Kulit muka kembali anjal, lembap dan kemerahan (  x payah pakai blusher lagi). Penghadaman juga semakin baik...tersangatlah lawas hehehe...Keputihan juga dah say bye2. 

Jadi saya mmg jatuh cinta dgn Eu Four Pack ini. Saya akan bincangkan tentang suplemen yg ada dalam Eu Four Pack ini berserta dgn kebaikan masing-masing dalam posting yg akan datang.

Anda pula bagaimana? Pada saya mencegah adalah lebih baik dari merawat. Ambillah suplemen dari sekarang untuk mendapatkan kesihatan yg optimum.



Boleh hubungi saya untuk sebarang info dan keterangan lanjut melalui:

 Call/SMS: 012-9702427




Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 

DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...