Tuesday, October 9, 2012

Amalan Doa & Zikir Buat Para Ibu yang Menyusu

Menyusukan baby secara eksklusif memang sangat-sangat menuntut kesabaran dan pengorbanan para ibu. Sebagai seorang ibu yg menyusukan baby yg kini dah pun 11 bulan, saya juga pernah diuji dgn macam2 dugaan. Walaubagaimanapun, saya telah bertekad untuk meneruskan jua perjuangan ini hingga anak saya berumur 2 tahun. InsyaALLAH....Jadi apa senjata bagi kita org-org mukmin dlm berjuang? Sudah semestinya senjata kita yg paling tajam iaitu amalan doa dan juga zikir.

Di sini, saya ingin berkongsi antara amalan doa dan zikir yg boleh kita amalkan dalam memastikan perjuangan kita untuk menyusukan anak-anak kita akan mencapai kemenangan. Moga anak-anak kita juga akan mendapat santapan rohani yg sgt hebat..insyaALLAH...

Semoga kita bersama-sama akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah dan secara tidak langsung akan mendapat ketenangan dengan beberapa amalan doa dan zikir ini...


AMALAN DOA



Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


Amalkanlah membaca surah ini setiap hari dgn niat agar Allah permudahkan segala urusan untuk menyusukan anak-anak kita.

Selain itu, letak tangan di atas payudara, usap dan doa di dalam hati agar Allah permudahkan urusan kita untuk menyempurnakan penyusuan sehingga anak kita berusia 2 tahun...




AMALAN ZIKIR

Amalkan membaca kalimah Ya Matin (70 x setiap hari). Boleh juga dibaca setiap kali selepas solat dan boleh juga dihembuskan ke dalam air.

Tanamkan niat di dalam hati untuk menyempurnakan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun. InsyaALLAH dgn niat yg suci, Allah pasti akan memudahkan segala urusan kita...AMIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...