Wednesday, October 17, 2012

PETUA SIHAT HARI INI: Petua Anak Demam

Assalamualaikum sahabat-sahabat MyLittleYaya.

Diharap hari anda semua hari ini ceria di samping keluarga tersayang. Anak demam dan selsema? Jangan panik dan jangan risau...hari ini saya nak berkongsi petua untuk anak-anak yg demam, batuk dan selsema yg saya perolehi dari sharing seorang teman. Moga dengan sedikit panduan ini, anda dapat menguruskan anak-anak yg tidak sihat ini dengan baik dan semoga anak-anak anda akan cepat sembuh, insyaALLAH.


  • Jika anak anda demam; pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. 

  • Jika anak selsema ; tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun, ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

  •  Jika anak batuk ; tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak & tapak kaki dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. Tepuk-tepuk (tepuk lohong) juga belakang anak supaya kahaknya mudah longgar dan jatuh ke perut keluar bersama najis.

  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

  •  Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Credit: Nur Najmah Salleh & embunpearl.blogspot

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...