Monday, October 1, 2012

Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif


Saya sangat suka dengan topik posting hari ini kerana saya juga merupakan seorang ibu yg masih berjuang untuk menyusukan bayi comel saya ni secara eksklusif. InsyaALLAH moga Allah permudahkan segala urusan dan beri rezeki kepada bayi saya sehingga dia dua tahun.

Saya hanya sempat susukan kakaknya sehingga setahun sahaja memandangkan ketika itu saya telah pun pregnant dan alami alahan yg teruk (kenapalah masa tu tak jumpa dgn suplemen Shaklee lagi haisshhh). Saya juga masih belajar dan masih tidak bosan untuk menimba seberapa banyak ilmu berkaitan dgn penyusuan sepenuhnya ini dan saya harap boleh berkongsi ilmu dgn anda semua especially buat new mommies and soon to be mommies.


Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi


Gambar ini adalah sekadar hiasan


Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan penyusuan sepenuhnya (eksklusif)?

Masih ramai ibu-ibu di luar sana yg keliru dgn maksud sebenar penyusuan sepenuhnya. Ada yg beranggapan bila mereka beri penyusuan terus kepada anak mereka sudah dikira eksklusif walaupun ada yg selang-seli kan dgn susu formula. Ada juga yg memberikan air masak atau minuman lain kepada bayi yg belum pun 6 bulan. Ada juga sesetegahnya yg saya dengar telah berikan anak makanan pejal seawal 2-3 bulan usia bayi. Ya Allah, usus bayi masih belum dapat menerima semua itu. Terdapat kes di mana bayi yg diberi makan seawal itu telah dimasukkan ke wad kerana kecederaan usus. 

Jadi di sini ingin saya menyeru ibu-ibu (dan ayah-ayah) di luar sana, tolong kasihani bayi anda yg masih kecil itu. Jangan risau, bayi di bawah 6 bulan akan "kenyang" dgn susu ibunya. Tiada istilah bayi menangis kerana lapar. Banyak faktor yg boleh menyebabkan bayi menangis (akan dibincangkan lagi di posting yg lain). 

Mengapa perlu menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama?

Terlalu banyak faedah dan manfaat yg boleh diperolehi baik pada bayi mahupun ibunya.

Jom kita tgk dulu faedah untuk bayi anda:
  • Kolostrum atau nama glemernye "cecair emas" yg dihasilkan di akhir tempoh mengandung hingga kelahiran bayi mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) yg tinggi dan ini sekaligus dapat mencegah bayi dari mudah terkena penyakit. Sangat membantu bagi bayi yg terkena jaundis.
  • Susu ibu adalah anugerah Allah yg boleh mengikut keperluan bayi dan keadaan persekitarannya contohnya memberi zat yg mencukupi mengikut peringkat umur bayi dan mengikut suhu yg sesuai. Jika hari panas, susu akan menjadi cair dan ketika sejuk susu akan menjadi pekat.
  • Mengelakkan bayi dari cirit-birit serta penyakit pernafasan
  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Terdapat kajian mengatakan bayi menyusu ibu secara eksklusif mempunyai daya intelek (IQ) yang lebih baik dari bayi yg tidak menyusu
  • Menggalakkan tumbesaran
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia danjangkitan telinga kepada bayi
  • Kurang masalah pergigian dan ortodontik
  • Penghadaman yang mudah

Untuk ibu juga banyak faedahnya:
  • Membantu pengecutan rahim dgn cepat dan mengurangkan pendarahan
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Banyak bukan faedah yang bayi dan ibu? Mengapa tidak mahu berikan yg terbaik untuk bayi dan diri kita? Mengapa perlu berhabis duit untuk beli susu formula yg dihasilkan dari haiwan sedangkan kita sebagai ibunya boleh susukan bayi kita.

Tidak dinafikan penyusuan sepenuhnya ini memang menuntut kemahuan dan kesabaran yg sangat tinggi. Tapi tanamkan dalam hati untuk berikan yg terbaik untuk bayi kita kerana susu ibu bukanlah hanya sekadar makanan lahiriah untuk bayi malah merupakan santapan rohani untuk mereka. Moga anak-anak kita akan membesar dgn sihat dan akan menjadi anak-anak yg soleh. Amin.


                                                                                                      (Rujukan dari Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya")

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...