Wednesday, October 31, 2012

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee yang Menjadi Rebutan

Salam sahabat-sahabat semua...lamanya tak berkesempatan nak update blog kesayangan saya ni....al-maklumlah balik kg masa raya haritu, kesempatan yg ada mmg dikongsi bersama keluarga...

Oklah..hari ni saya nak berkongsi mengenai Vitamin C yang semakin hari semakin mendapat sambutan yg amat luar biasa. Lebih-lebih lagi Vitamin C dari Shaklee yg kini berwajah baru dan diformulasi dengan lebih hebat ==> Sustained Release Vita-C Plus (sebelum ini dikenali dengan nama Sustained Release Vita-C 500 mg). 


Sebelum saya bercerita mengenai keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus ni dan apa yg membuatkan ia sentiasa menjadi buruan dan rebutan orang ramai di luar sana sehingga kehabisan stok dalam masa seminggu sahaja, izinkan saya untuk berkongsi dahulu manfaat-manfaat utama Vitamin C kepada kita.

Manfaat-Manfaat Utama dan Kepentingan Vitamin C:
  • Merangsang pembetukan kolagen yg secara tak langsung mampu mengelakkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik. Jadinya kulit akan sentiasa rasa anjal dan rasa muda.

  • Memulihkan kecederaan dengan cepat kerana ia boleh membaiki simptom pendarahan yg sekaligus dapat mengelakkan lebam dikulit dan mengelakkan penyakit gusi berdarah.

  • Sebagai antioksidan yg membantu melawan radikal bebas dan melawan sel-sel kanser.  Juga dapat meningkatkan sistem imun di mana dapat membantu dalam melawan alergi, asma, flu dan selsema. Sekiranya anda rasa macam nak demam atau selsema boleh ambil lebih Vitamin C dan InsyaALLAH anda akan kembali pulih dengan izin Allah sekaligus dapat mengelakkan kita dari mengambil pil-pil penahan sakit atau antibiotik yg tidak baik boleh memudaratkan tubuh badan kita dalam jangkamasa yg panjang.

  • Jika mengambil Vitamin C secara konsisten setiap hari, ia mampu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi yg menyebabkan jeragat. Kulit akan kelihatan lebih licin, lembap dan cerah berseri.

  • Dipercayai dapat juga membantu mereka yg mengalami insomnia dan keresahan.

  • Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yg sihat sekaligus menghindarkan arterisklerosis, skurvi, hidung berdarah dan pendarahan dalaman.

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.

Keresahan dan tekanan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.

Pengambilan kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak.



 Rokok Memusnahkan Hidup
 Pengambilan pil menyusutkan Vitamin C
** Bagi perokok tegar, mereka yg menghidapi kanser,mereka yg menghidapi influenza, mereka yg demam dan menghadapi keresahan serta stress, perlu mengambil dos Vitamin C harian dengan lebih tinggi.


Sedikit info mengenai Vitamin C untuk dikongsi bersama:

Haiwan mampu menghasilkan Vitamin C mereka sendiri sbg contoh arnab mampu menghasilkan 12000mg Vitamin C TETAPI manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita melalui perkumuhan. Oleh yg demikian, adalah perlu dan SANGAT PENTING untuk kita mengambil Vitamin C dari diet harian kita setiap hari. 
Antara buah dan sayuran yg mengandungi Vitamin C
Vitamin C adalah selamat dan tiada kesan toksik dan adalah selamat untuk mengambil 5000mg (10 tablet) hingga 10000mg (20 tablet) Vitamin C sehari walaubagaimanapun jika pengambilan melebihi 12 tablet sehari mungkin akan menyebabkan cirit-birit.

Ada yg berkata, saya sudah cukup mengambil Vitamin C harian kerana saya mengambil hidangan buah terutamanya oren setiap hari. Tetapi Tahukah anda bahawa:

Setiap hidangan buah-buahan hanya membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C sahaja. Buah-buahan hanya akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yg demikian, buah yg tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yg sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah juga boleh berkurangan apabila dipetik dan akan musnah sama sekali apabila terdedah pd cuaca panas. Jadi, adakah buah-buahan atau sayuran yg kita ambil masih cukup kandungan Vitamin C ?


Jadi apa pula Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee berbanding Vitamin C dari jenama lain?

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee


Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulit dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Oleh itu, pengambilan 2 tablet Vita-C plus ini akan mampu mengekalkan Vitamin C di dalam badan kita selama 24 jam. Formulasi pembebasan berterusan secara semulajadi Vitamin C ke dalam badan kita telah direka khas oleh Shaklee dan yg pertama seumpamanya. 

Sustained Release Vita-C Plus ini juga mengandungi Bioflavonoid yg mampu meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Disebabkan keistimewaan seperti yg telah dibincangkan di atas, Sustained Release Vita-C Plus sentiasa menjadi rebutan dan selalu kehabisan stok. Anda pasti akan berpuas hati dengan kesan selepas pengambilan Vitamin C dari Shaklee ini.


Jadi apa kata anda dapatkan sebotol Sustained Release Vita-C Plus Shaklee hari ini untuk kesihatan yg berpanjangan. Sebotol Vita-C ini juga boleh diambil sehingga 6 bulan. Sangat berbaloi dengan harganya yg mampu milik.

MOHON PERHATIAN: Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai seller di luar sana yg mengambil kesempatan atas keberkesanan Vitamin C Shaklee ini dan rebrand serta repacking semula Vitamin C Shaklee ini dan kemudian menjualnya dengan harga yg berlipat ganda lebih tinggi dari harga asal. Jadilah pengguna yg bijak ya agar anda tidak tertipu dgn sebarang produk yg tidak asli atau tiruan. Sebelum membeli pastikan ada label KKM dan Status Halal. Dapatkan dari pengedar Shaklee yg sah taraf sebagai pengedar.

Sekiranya anda berminat atau ada sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:




DISCLAIMER / PENAFIAN: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...