Thursday, October 11, 2012

Shaklee : Dijamin Halal dan Selamat

Sebagai umat Islam, sudah menjadi kewajipan kita untuk memastikan apa yg kita makan atau guna mestilah Halal baik dari segi bahannya mahupun pemprosesannya. Bagi saya sendiri secara peribadinya, saya sentiasa pastikan setiap makanan mahupun barangan yg dibeli mestilah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM sendiri. Kelulusan dari pihak KKM juga amat penting untuk memastikan suplemen yg diambil selamat kerana sebagai ibu yg menyusukan anak, 2 kriteria ini termatlah penting. Ini adalah kerana, apa yg ibu ambil atau makan, pastinya akan disalurkan kepada anak-anak yg menyusu. Tidak dinafikan, lambakan suplemen di pasaran kini sedikit sebanyak membuat kita tertanya-tanya sama ada produk itu halal atau tidak lebih-lebih lagi apabila sesuatu produk itu diproses di luar negara.

Buat anda yg masih lagi was-was atau ragu-ragu dengan status HALAL produk Shaklee, di sini saya sertakan Sijil Halal Shaklee yang telah mendapat kelulusan dari pihak JAKIM melalui Islamic Services of America (ISA) untuk rujukan anda semua. ISA merupakan satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. 


Sijil Halal bagi produk Shaklee ini diperbaharui setiap tahun dan yg terkini dikeluarkan pada 

6 Februari 2012.



Anda juga tidak perlu gusar dgn keselamatan suplemen shaklee kerana telah semua suplemen shaklee yg berada di pasaran Malaysia telah diiktiraf oleh KKM juga. Boleh rujuk kepada label KKM di setiap botol suplemen Shaklee.

Anda juga boleh merujuk laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.

Senarai Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh rujuk di sini
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...