Tuesday, October 16, 2012

Petua Sihat Dan Cantik Hari Ini : AIR


Salam sahabat-sahabat MyLittleYaya,

InsyaALLAH saya akan cuba postkan beberapa petua sihat seberapa kerap yg mungkin. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita kongsikan bersama...kalau ada sesiapa yg ada petua-petua yg best...sudi-sudikanlah untuk kongsikan bersama ye...

Jadinya petua sihat kita pada hari ini ialah....AIR

Ya, seperti yg kita tahu badan manusia ni terdiri dari 70% air. Jadinya air sgt-sgt penting utk kelancaran setiap sistem di dalam kita terutamanya peredaran darah kita kita. 

Cuba kita tgk nenek moyang kita dulu-dulu...mereka kekal awet muda dan sihat...Kenapa? Salah satunya mereka memastikan pengambilan air setiap hari adalah mencukupi...tapi air putih ye bukan air-air manis yg mcm2 kaler tu ye..

Untuk makluman: Seorang dewasa perlu minum sekurang-kurangnya 2.5L air putih sehari (untuk 25kg berat badan -- 1L air) 

Lagi satu, mak-mak atau nenek kita selalu larang kita makan selang air dan jangan mandi selepas makan kan? takut nanti perut buncit...kadang-kadang kita buat endah tak endah aje..tapi tu semua penting untuk proses pencernaan kita...Kalau kita makan dan terus mandi...suhu dari panas terus ke sejuk dan ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses kelancaran penghadaman kita..dan di sinilah boleh terjadinya sembelit dan membuatkan perut kita buncit.

Lagi satu, petua tentang air ni ialah...kalau boleh JANGAN makan/minum ais ye sbb ini akan menyebabkan enzim-enzim dalam badan kita tak boleh bekerja dgn baik sbb enzim-enzim ni selalunya aktif di suhu badan kita yg optimum jdnya bila ais yg sejuk tu masuk dalam badan kita...terus lemahlah jadinya...urat-urat pun kembang...(yang ni saya sendiri pun susah nk buat huhu...sbb tula selalu sakit-sakit badan...org tua-tua dah selalu pesan tp biasalah kita ni ambik mudah aje...jadinya muda-muda dah sakit huhu)

Ok buat masa ini, itu dulu petuanya...dan air putih juga sangat-sangat penting dalam memastikan suplemen atau vitamin yg kita ambil akan berkesan dan dapat memberi manfaat yg positif. Kalau kita mkn suplemen pun tp x minum air mengikut sukatan yg sepatutnya, semua itu akan sia-sia saja. (sebab tu kadang-kadang ramai yg komplen yg vitamin ni tak berkesanlah, suplemen ni tak baguslah tapi sebenarnya tak minum air dgn cukup).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...