Wednesday, February 13, 2013

Apakah Punca Alahan??

Assalamualaikum...

Di entri ini saya ingin berkongsi mengenai alahan dan punca-puncanya kerana pada saya alahan sangat berkaitrapat dalam kehidupan kita dan rata-rata hampir kesemua dari kita mempunyai alahan mahupun anak-anak kita. Saya sendiri mengalami alahan di mana saya tak boleh dekat dengan habuk mahupun cuaca sejuk, pastinya saya akan bersin tak berhenti (tapi alhamdulillah sejak amalkan alfalfa,vitamin C dan ESP masalah alahan saya semakin berkurangan). 

Putera manja saya juga mengalami alahan di mana kulitnya teramat sensitif dan tak boleh guna sebarang sabun, losyen mahupun bedak di mana badannya akan naik ruam dan ruam juga akan semakin teruk terutamanya bila panas dan berpeluh (tapi semenjak saya sendiri mengamalkan ESP dan Alfalfa -- saya masih bf anak; keadaan kulit anak saya semakin baik dan saya turut sapukan Herbal Blend Cream ke badan anak saya setiap kali selepas mandi...mmg best sangat krim ni...mmg sy bawa ke mana je saya pergi)


Alamak terpanjang pula mukadimah harini...ok sebelum kita pergi ke huraian selanjutnya apa kata kita ketahui dahulu serba sedikit mengenai apa yang dimaksudkan dengan alahan:

Alahan ialah satu keadaan di mana sistem imun badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan yg tidak membahyakan di dalam persekitaran seperti debunga, habuk dan sebagainya. Bahan ini yg juga dikenali sebagi alergen akan mengakibatkan tindak balas imun yg juga dikenali sebagi tindakbalas alergik.

Tindak balas alergik ini terjadi apabila sistem imun tersilap mengenalpasti alergen dan menyebabkannya menjadi sensitif terhadap bahan tersebut dan pendedahan berulang-ulang boleh mencetus tindakbalas alergik.


Siapakah yg boleh terkena alahan??


[Berikut diberikan gambarajah bagi kemungkinan anak-anak akan mendapat alergi dari sejarah keluarga untuk panduan anda]

Alahan boleh diwarisi dari sejarah keluarga


Alahan boleh diwarisi dan anak-anak dengan ibu bapa yg ada alahan lebih kuat untuk juga mendapat alahan dan kemungkinan adalah lebih kuat dari alahan yg dialami oleh ibu dan bapanya.

Bagaimanapun semua orang tidak terkecuali dari mendapat alahan di mana-mana peringkat umur kerana faktor-faktor persekitaran boleh menyebabkan sistem imun seseorang itu terlebih sensitif.

Boleh juga berpunca dari makanan dan juga dari gigitan serangga serta boleh juga berpunca dari ubat-ubatan.


Apakah antara simptom-simptom alahan??

  1. Hidung dan mata mula berair
  2. Mula bersin
  3. Gatal-gatal
  4. Cirit birit
dan boleh menjadi lebih serius apabila mula mengalami:

  1. Sesak nafas (asma)
  2. Ruam dan Ekzema
  3. Kejutan anafilaktik (anaphylaxis)

Makanan adalah antara salah satu punca yg boleh menyebabkan alahan dan pelbagai jenis makanan boleh menyebabkan alahan tetapi 90% dari masalah alahan boleh disebabkan oleh makanan berikut: 


  • Susu lembu
  • Telur
  • Gandum
  • Kekacang
  • Kerang-kerangan
  • Ikan dan makanan laut 

Oleh itu, ibu bapa sangat disarankan untuk mengikut panduan pemakanan sebelum memberikan baby anda solid food yg pertama...mulakan peringkat demi peringkat mengikut makanan dari yg kurang memberi kesan alergik. Dan baby di bawah 6 bulan seharusnya diberikan susu ibu sahaja bagi memberikan perlindungan yg sewajarnya dan membina antibodi bagi membantu dalam masalah alahan.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya mengalami alahan??

  1. Kenalpasti dahulu tindak balas alahan yg dialami sama ada mata berair, sukar bernafas atau lain-lain.

  2. Kemudian cuba kenal pasti pencetus alahan atau situasi yg mencetus kepada gejala-gejala.

  3. Sebaik sahaja mengenalpasti punca...cuba elakkan dari alergen tersebut dan segeralah berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan yg terdekat. 

Sumber: Wikipedia

16 Fakta Menarik Mengenai Bayi Yang Mungkin Kita Tak Pernah Tahu :)


Cahaya mata adalah anugerah Allah S.W.T yang tidak terhingga nilainya bagi setiap pasangan yang berkahwin. Sudah pasti setiap pasangan yang sudah berumahtangga akan ternanti-nanti kehadiran zuriat yang bakal menyambung keturunan dan bakal menyinar mahligai yang telah dibina.

Detik-detik kelahiran pastinya dinanti dengan penuh rasa teruja kan....tapi tak semua dari kita tahu fakta yang menarik mengenai bayi...Di sini saya kongsikan 16 fakta menarik yang mungkin kita tidak tahu atau tidak perasan mengenai seorang bayi :)

16 Fakta Menarik Tentang Bayi


  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.


  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.


  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir. [Kedua-dua putera dan puteri saya ada tanda lahir :)]


  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. 


  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.


  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.


  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan


  9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.


  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.


  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.


  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.


  13. Mendengarkan muzik klasikal menambah kepintaran bayi.


  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.


  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.


  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Tuesday, February 12, 2013

Kisah Menarik Mengenai Uniknya Susu Ibu


Saya ada terbaca kisah mengenai susu ibu di sebuah blog tapi sejauh mana kebenarannya wallahu'alam...sekadar berkongsi dengan anda semua.. [Sebenarnya Encik Suami yang terjumpa kisah ini sewaktu beliau blogwalking baru-baru ini dan terus beliau tunjukkan kisah menarik ini kepada saya :) Terima Kasih Wahai Suamiku....sesungguhnya saya rasa sangat bertuah kerana suami saya sendiri sangat support penyusuan secara eksklusif dan sokongan dari beliau jugalah membuatkan saya semakin bersemangat untuk meneruskan penyusuan sepenuhnya ini walaupun pelbagai dugaan yang datang melanda..cewahhh heeeee]


Kisah Menarik Susu Ibu


"Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebutmempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu
sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan! "

Wallahu'alam


[Credit story: sinarworld.blogspot.com]


Sejurus selepas baca kisah ini terus saya terfikir pengalaman menyusukan si puteri sulung dengan adiknya putera manja ni memang sangat jauh bezanya. Si kakak menyusu sekejap-sekejap dan sedikit je setiap kali penyusuan, sehinggakan saya masih kena pam lagi selepas beliau menyusu. Tetapi berbeza dengan si adik, memang tak sempat nak pam langsung sebab memang putera saya ni menyusu dengan sangat kerap dan saaaangaaattt baannyaaakk...malam juga begitu...agaknya sebab tula badan dia bam bam kot heeeee....tapi tak kisahlah wahai sayang mama...susulah selagi sayang mahu ya...insyaALLAH selagi mama termampu, akan mama teruskan penyusuan ini sepenuhnya....Sesungguhnya pengalaman menyusukan kedua-dua putera dan puteri mama adalah pengalaman terindah buat mama dan mama tak mahu ianya berakhir :( 

Puteri Sulung Mama Nur Damia Hannah ketika menyambut Besday yang ke satu tahun :) Ala tomei-tomei heeee

Putera Manja mama Alif Zakwan tengah posing-posing pakai baju cowboy hehe

Kekurangan Hb Sewaktu Hamil Boleh Membawa Maut Jika Dibiarkan!

Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut mengenai Masalah Kekurangan Hb Sewaktu Hamil...di sini saya ingin kongsikan carta atau tahap-tahap anemia untuk rujukan kita bersama ya:


< 6.9 : SANGAT TERUK
6.9- 8.0: TERUK
8.0-9.5: SEDERHANA
9.5-10.5: RINGAN

Masalah Hb Rendah Sewaktu Hamil Boleh Mengancam Nyawa

Di manakah tahap anda? Sewaktu anda telah disahkan hamil, doktor anda akan mengambil darah anda bagi menentukan tahap anemia anda untuk memastikan anda dan kandungan anda berada di tahap yang stabil. Sekiranya tahap anemia anda adalah di bawah 10 pun anda sepatutnya sudah mula mengambil berat mengenai keadaan tersebut. Jangan dibiarkan sehingga tahap anemia anda boleh turun lagi sehingga di bawah 6.9 yang seterusnya boleh mengundang bahaya buat kandungan anda mahupun diri anda sendiri.


Tetapi mungkin ada di antara anda yang masih tidak berapa tahu mengenai Hemoglobin (Hb) dan fungsi sebenar Hb dalam darah kita. Jangan risau, saya akan cuba huraikan di dalam entri ini ya....


Apakah itu Hemoglobin (Hb) dan apakah pula fungsinya??

Hemoglobin (Hb) merupakan molekul protein dalam sel darah merah yang kemudiannya akan bergabung dengan Oksigen dan Karbon Dioksida untuk diangkut ke seluruh tisu-tisu dan organ dalam badan kita melalui sistem peredaran darah. Warna merah darah terhasil daripada ion besi Fe2+ di dalam Hb. 

Anemia terjadi apabila Hb di dalam darah berkurangan dan menyebabkan Oksigen serta Karbon Dioksida tidak dapat untuk diangkut ke seluruh tubuh badan dan seterusnya boleh melumpuhkan sistem badan kita. Oleh itu, masalah kurang Hb tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi jika anda hamil!

Apakah Tanda Anda Kekurangan Hb??

  • Cepat merasa letih dan sering pitam
  • Kelihatan Pucat
  • Sukar Bernafas/ Sesak Nafas
  • Sering merasa loya
  • Sering merasa berdebar --- kadar degupan jantung laju
  • Mudah pening dan sakit kepala
  • Mudah lupa

Apakah Punca yang boleh menyebabkan Kekurangan Hb@Anemia??

  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yg banyak (seperti buasir atau ketika haid)
  • Menghidapi Thalassemia
  • Ibu yang kerap bersalin (jarak antara anak dekat)
  • Menghidapi penyakit seperti Malaria dan penyakit barah

Masalah anemia atau kekurangan Hb ini Tersangat BAHAYA kepada Ibu dan Bayi dan tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan berikut:

Kesan Kepada Ibu:
  • Boleh mengalami tumpah darah
  • Tekanan darah tinggi (pre-eklampsia)
  • Keguguran
  • Kematian

Kesan Kepada Bayi di Dalam Kandungan:
  • Kematian Janin
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran bayi yg kurang berat badan

TIPS Mengatasi Masalah Hb Rendah:

  1. Dapatkan rehat serta tidur yang mencukupi
  2. Pastikan makan makanan dengan diet harian seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, daging merah, hati dan lain-lain yang tinggi dengan zat besi
  3. Boleh ikhtiar dengan mengambil 2 biji Vitalea Shaklee setiap hari. [Vitalea dilengkapi dengan formulasi zat besi dan jika ambil vitalea tidak perlu ambil obimin lagi]
  4. Elakkan dari mengambil Zat Besi bersama Kalsium kerana Kalsium akan menganggu pengambilan zat besi yg maksimum.
  5. Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras Hb yg normal di dalam badan. Asid Folik boleh diperolehi dari Vitalea dan B complex Shaklee.

Oleh itu, bagi mama yg sedang hamil, sangat-sangat dicadangkan Set Kehamilan  yang terdiri dari kombinasi suplemen Shaklee seperti:


Ibu Hamil Lebih bertenaga dan bantu masalah Hb rendah


Set J-1 (untuk Trimester 1)
1. Vitalea
2. B Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
4. Ostematrix (Kalsium)



Set J-2 (untuk Trimester 2 & 3)
1. Vitalea
2. B Complex
3. Sustained Release Vita C Plus
4. Ostematrix (Kalsium)
5. Omega Guard (Minyak Ikan)

....anda boleh klik di sini untuk info dan huraian lanjut mengenai set-set tersebut.

Alhamdulillah, Set Kehamilan ini telah banyak membantu ibu-ibu yang hamil serta ibu yang mengalami masalah kekurangan Hb. Syukur di atas keizinan yang telah Allah berikan. Apa pun kita harus sentiasa berikhtiar dan bertawakal kepada Allah.

Berikut saya ingin kongsikan beberapa kegembiraan dari sahabat-sahabat yang telah berjaya menstabilkan semula tahap Hb mereka setelah mengamalkan Set Kehamilan dari kombinasi suplemen Shaklee terutamanya Vitalea.


TESTIMONIAL PERTAMA

♥ Baru amalkan Vitalea dalam 5 hari dan alhamdulillah Hb terus ada peningkatan, jika tidak asyik menurun sejak dari awal kehamilan lagi wpun telah amalkan 4 biji ferrous dan 2 biji obimin stp hari 


Dapat tingkatkan paras Hb



TESTIMONIAL KEDUA

♥ Alhamdulillah paras Hb meningkat setelah mengamalkan Set Kehamilan selama 2 minggu 


Dapat tingkatkan paras Hb


Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda bolehlah hubungi saya melalui:

♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin 
 Call/SMS: 012-9702427
 Fanpage: My Little Yaya  


Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 


DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Segala testimonial yg dikongsikan adalah kenyataan secara peribadi dan tidak pernah dinilai oleh pihak Food and Drugs Administration (FDA). 



Sunday, February 10, 2013

Set Family Wellness dari Shaklee sebagai Permulaan untuk Kesihatan yang Optimum

Assalamualaikum...

Bagi anda yang tercari-cari suplemen untuk mengekalkan kesihatan dan untuk mendapat kesihatan yang optimum agar sentiasa rasa segar, sihat , bertenaga dan cerdas sepanjang masa tetapi tidak tahu untuk mulakan dari mana maka Set Family Wellness dari Shaklee adalah set permulaan yang terbaik buat anda. Boleh diamalkan untuk anda seisi keluarga, baik dari anak-anak (12 tahun ke atas) sehinggalah untuk kedua orang tua anda :) Bagi saya, tiada apa yg lebih menggembirakan dan membahagiakan melainkan diri sendiri serta keluarga yg tersayang, hidup sihat dan ceria sepanjang masa lebih-lebih lagi untuk anak-anak dan kedua ibu bapa kita. 


Family Wellness dari Shaklee untuk kesihatan yang optimum

Bagi anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah, pihak Shaklee juga menawarkan rangkaian suplemen yang hebat untuk pertumbuhan mereka, baik dari segi fizikal mahupun mental dan mengukuhkan lagi sistem imun mereka bagi melawan segala kuman-kuman dan persekitaran yang mampu menganggu kesihatan mereka. Jemput klik di sini untuk info dan keterangan lanjut.


Apakah suplemen yang terdapat di dalam Set Family Wellness ini dan apa pula manfaat setiap suplemen tersebut? Berikut saya huraikan secara ringkas ya:


♥ Vitalea with Iron Formula

membekalkan nutrisi penting untuk tubuh badan

  •  Multivitamin dan Multimineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yg disarankan oleh RDA.
  • Juga disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.
  • Tablet yang terpantas di dunia untuk larut di dalam air dan tubuh badan manusia. [Jadi penyerapannya dalam badan kita amat cepat maka cepat jugala kita dpt merasa kesannya :)]
  • Sebagai pelengkap nutrisi bagi sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan zat dan mineral dalam badan akibat amalan diet yang tidak seimbang dan sangat sesuai juga bagi pengamal "Vegetarian" serta mereka yang mengalami Anemia( Low hB) kerana terdapat Zat Besi di dalam suplemen ini. [Sangat membantu bagi ibu-ibu hamil yang Low hB...boleh amalkan 2 biji Vitalea setiap hari]
  • Disebabkan formulanya yang lengkap, Vitalea dapat memberi tenaga dan membantu kecergasan dalam menjalani kehidupan seharian.

 B Complex with Folic Acid

Penting untuk saraf dan bantu lawan stress

  • Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, asid folik dan 100% biotin. 
  • Penting untuk mengambil diet harian yang mengandungi unsur B Complex setiap hari kerana Vitamin B larut air dan mudah dikeluarkan dari tubuh badan melalui sistem pencernaan.
  • B Complex penting untuk tukarkan makanan kepada tenaga dan membantu penghadaman dan dapat mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan.
  • Dikenali juga sebagai "Happy Vitamin" yang dapat melawan tekanan (stress) dan dikatakan dapat memastikan kesihatan sistem saraf, melegakan sakit kepala [boleh diambil bersama 4 biji Ostematrix bagi sebagai ikhtiar untuk sakit kepala, migrain] dan dapat bantu kemurungan.
  • 100% Biotin dapat bantu sihatkan rambut yang sering gugur dan beruban serta bantu masalah kelemumur.
  • Membantu mencegah anemia
  • Boleh diamalkan bagi mereka yg merancang untuk hamil kerana mengandungi Asid Folik
  • Baik untuk mata dan juga boleh membantu meredakan masalah PMS ketika datang bulan.

♥  Sustained Release Vita C Plus 500mg

Penting untuk kecantikan kulit dan tingkatkan sistem imun

  • Merangsang pembetukan kolagen yg secara tak langsung mampu mengelakkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik. Jadinya kulit akan sentiasa rasa anjal dan rasa muda.
  • Memulihkan kecederaan dengan cepat kerana ia boleh membaiki simptom pendarahan yg sekaligus dapat mengelakkan lebam dikulit dan mengelakkan penyakit gusi berdarah.
  • Sebagai antioksidan yg membantu melawan radikal bebas dan melawan sel-sel kanser.  Juga dapat meningkatkan sistem imun di mana dapat membantu dalam melawan alergi, asma, flu dan selsema. [Sekiranya anda rasa macam nak demam atau selsema boleh ambil lebih Vitamin C dan InsyaALLAH anda akan kembali pulih dengan izin Allah sekaligus dapat mengelakkan kita dari mengambil pil-pil penahan sakit atau antibiotik yg tidak baik boleh memudaratkan tubuh badan kita dalam jangkamasa yg panjang]
  • Jika mengambil Vitamin C secara konsisten setiap hari, ia mampu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi yg menyebabkan jeragat. Kulit akan kelihatan lebih licin, lembap dan cerah berseri.
  • Dipercayai dapat juga membantu mereka yg mengalami insomnia dan keresahan.
  • Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta mengekalkan kapilari darah yg sihat sekaligus menghindarkan arterisklerosis, skurvi, hidung berdarah dan pendarahan dalaman.


[Jemput klik di sini untuk huraian lengkap mengenai Sustained Release Vita C Plus 500mg]

[UNTUK MAKLUMAN: SR Vita C Plus 500mg hanya dijangka akan berada di Malaysia pada April 2013 nanti, oleh itu sebagai alternatif bolehlah ambil Chewable C Plus 100mg , Omega Guard atau pun Vitamin E Complex]


♥  ESP Soy Protein Isolate Powder


Penting untuk  tenaga, milkbooster dan kecantikan kulit

  • Memberi dan mengekalkan tenaga anda sepanjang hari.
  • Melicinkan, menganjalkan dan mencerahkan kulit sekiranya diamalkan secara konsisten. ada testimonial dari customer saya yg sangat puas hati dgn ESP sbb dapat kecutkan jerawat dgn cepat dan memudarkan parut jerawat.
  • Ibu-ibu yg menyusukan baby sangat sukakan ESP sbb ESP boleh bertindak sbg "milk-booster" dan membuatkan susu menjadi lebih pekat dan sedap.
  • Sangat dicadangkan untuk mereka yg ada gastrik
  • Sesuai diamalkan bagi mereka yg sedang diet utk membina otot agar bila badan tidak menggeleber bila berdiet.
  • ESP juga dikatakan dapat membantu dari segi kesuburan dan dapat membantu bagi mereka yg sedang mencuba untuk hamil.
  • Juga sangat sesuai diambil oleh ibu yg hamil kerana ibu hamil amat memerlukan protein yg lebih tinggi dari wanita yg tidak hamil dalam memastikan keperluan cukup utk ibu dan utk bayi yg dikandung.
  • Membantu untuk mencegah penyakit yg berkaitan dgn pengurangan estrogen dalam wanita seperti penyakit jantung, strok, osteoporosis dan juga kanser payudara.
  • Pendek kata, ESP ni sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan dan disebabkan itu, tidak hairanlah mengan ESP ni merupakan "HOT PRODUCT" yang sering menjadi rebutan ramai.
    [Apakah keistimewaan ESP ini jika nak dibandingkan dengan Protein Powder lain yang ada di pasaran? Jemput klik di sini untuk ketahui rahsianya]

Anda mempunyai kekangan bajet? Jangan risau, hubungi saya dan saya boleh berikan resolusinya. Anda masih boleh dapatkan Set ini dengan HARGA TERBAIK!!


♥ Healthy Mommy....Happy Baby 


Jadi apa tunggu lagi, untuk info lanjut mengenai set ini dan untuk dapatkan set ini dengan HARGA ISTIMEWA anda bolehla hubungi saya melalui:


♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin 
 Call/SMS: 012-9702427
 Fanpage: My Little Yaya  


Setiap pembelian dari pihak MLY melayakkan anda untuk mendapat KONSULTASI PERCUMA dari pihak kami :) 


DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Saturday, February 9, 2013

Damailah Dikau di Sana Wahai Ahmad Adam Syukri....

Assalamualaikum...

Innalillahiwainnailaihira'ji'un...

Alfatihah buat Allahyarham Adik Ahmad Adam Syukri...


Begitu sempurna, begitu indahnya arwah Adik Adam di  hari-hari terakhirnya...Ya ALLAH begitu besar kuasaMU..walaupun hanya sekejap tetapi tetap memberi sinar buat keluarga arwah dan tinggalkan kenangan manis buat mereka. Damailah dikau di sana wahai si comel Adam...

Sejak semalam hingga hari ini saya sangat beremosi...air mata tak dapat nak ditahan pasti akan gugur juga...terutamanya bila melihat gambar baby dan tatkala melihat anak-anak saya...rasa nak peluk cium mereka je sentiasa dan merasa betapa bertuahnya kerana mereka masih ada di sisi saya...biarlah miskin harta tapi asalkan anak-anak masih berada dengan saya dan saya dapat melihat mereka membesar...


Tapi setiap ibu dan bapa pasti ada dugaannya dan pada saya dugaan yg paling besar ialah apabila anak-anak dijemput menghadap Ilahi di ketika mereka masih kecil, masih bayi dan masih belum baligh pun lagi. Berat mata yg memandang berat lagi mereka yg menanggung....Tapi tabahkanlah hatimu wahai ibu dan bapa kerana ganjaran yg MAHA HEBAT pasti akan menantimu di akhirat kelak..Allah itu Maha Adil...Di sini ingin saya berkongsi sedikit artikel (hadis) yg saya dapat sewaktu "blogwalking" dan saya tujukan khas buat semua ibu dan bapa yg telah kehilangan insan tersayang (anak kecil). 

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)  



Sesungguhnya Allah telah janjikan Syurga Firdausi buat anak-anak ini dan mereka inilah yg akan membantu dan menarik ibu bapanya ke Syurga Allah kelak. Jadi wahai ibu dan bapa semua...redhakanlah anak-anakmu pergi...anak-anak ini suci tanpa secalit dosa dan doakanlah mereka tenang di sana...

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Adam Syukri, seorang pejuang kecil yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir semalam 7 Februari 2013. Runtun hati keibuan saya tatkala melihat si kecil ini pergi kerana usianya hampir sebaya dengan usia putera saya. Pilu menyelebungi diri ini tetapi sesungguhnya si kecil ini pergi dengan meninggalkan sesuatu pedoman dan pengajaran buat kita semua yg masih bernafas di bumi Allah ini...Sesungguhnya si comel Adam merupakan pejuang kecil yg terus berjuang utk hidup dan Allah itu maha berkuasa, walaupun arwah Adam lahir dengan keadaan yg sangat meruntun hati sesiapa yg melihatnya tetapi arwah Adam tetap berjuang dan beliau pergi dengan keadaan yg serba sempurna, serba indah, dan tetap tersenyum di saat-saat akhirnya.



Belangsungkawa Allahyarham Ahmad Adam Syukri...

AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
  • ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
  • SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK.
  • ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.
  • ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA.
  • MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
  • DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.
  • DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.
(Credit: themummysya)



Allahyarham Ahmad Adam Syukri
Arwah Adik Adam masih tetap tersenyum walaupun di hari-hari terakhirnya


Damailah Dikau Di Sana Wahai Ahmad Adam Syukri
Dirimu pergi tanpa secalit dosa
Sesungguhnya dikau antara penghuni Syurga Firdausi
Dirimu pergi penuh sempurna, penuh ketenagan dan keindahan
Dirimu pergi meninggalkan seribu satu kenangan dan pedoman buat kami semua
Sesungguhnya kami amat merinduimu tetapi kami redha
Rehatlah kamu di sana...damailah kamu di sana...
Dari Allah dikau datang dan kepada Allah dikau kembali
** Sangat kagum dengan ketabahan Puan Nora ibu Adam dan juga ayah Adam (tak dapat bayang kalau diri ini di tempat mereka)...moga Allah memberi ketenangan hati buat kedua mereka...Salam Takziah dari kami sekeluarga....


Credit Gambar: Ahmad Adam Syukri

Thursday, February 7, 2013

Chewable C Plus 100mg dengan 300 tablet (Limited Edition)

Assalamualaikum dearie sahabat semua....

Berita baik bagi semua yg sedang resah dan gelisah menanti Sustained Release Vita C Plus 500mg (SR Vita C Plus) yg tak kunjung tiba dan hanya dijangkakan akan tiba bulan April nanti :

Pihak Shaklee Malaysia telah pun mengeluarkan Limited Edition Chewable C Plus 100mg (300 tablets) sebagai alternatif kepada SR Vita C Plus dan Chewable C Plus 100mg (90 tablets) yang masih "out of stock". 


Chewable C Plus 100mg 300 tablet Shaklee


Wahh saya sendiri sangat seronok dan teruja bila dapat SMS dari Shaklee yg mengatakan dah boleh mula purchase Chewable C Plus 100mg (300 tablets) bermula semalam lagi. Bila saya ke HQ, staf di sana mengatakan sejak dari pagi lagi orang ramai mula beratur dan borong Chewable C Plus 100mg (300 tablets) ni. Mereka kata macam bagi free pulak..semua yg datang semuanya rembat Chewable ni heeeeee...yela mana taknye..dahla julung2 kali ada di Malaysia (semestinya sangat berbaloi-baloi dan lebih menjimatkan), lepas tu kita pula dah lama rindukan SR Vita C Plus kan...

Oklah nak bercerita sedikit mengenai kelebihan Chewable C Plus 100 mg ni...sama hebat ke dengan SR Vita C Plus 500mg ??

Yup, kedua-duanya mempunyai ramuan yg sama cuma Chewable C Plus mempunyai pertambahan Rose Hips Powder yang sangat tinggi kandungan Vitamin C dan dikatakan bertindak sebagai tonik yang dapat membantu simptom-simptom seperti selsema, sembelit, artihritis dan sebagainya. Dan kedua-duanya berbeza dari segi dosage iaitu Chewable C Plus hanya mengandungi 100mg dan SR Vita C Plus ialah 500mg. 

Disebabkan itu, disarankan bagi seorang dewasa untuk mengambil 3-5 biji Chewable C Plus setiap hari dan bagi kanak-kanak memadai untuk mengambil 1-2 biji sehari (sesuai bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas).

Manfaat Chewable C Plus 100mg Shaklee


Chewable C Plus 100mg ni hanya untuk kanak-kanak je kan?? 

Tidak sama sekali ya...ramai yg salah faham bila mendengar perkataan Chewable tu...sebenarnya ia bukanlah dirumuskan khas utk kanak-kanak semata-mata dan tidak ada tertulis pun perkataan Chewable for Children dilabelnya (tidak seperti Vitalea for Children Chewable). Ia diformulasikan khas bagi memudahkan sesiapa sahaja yg tidak suka atau susah untuk menelan pil@tablet dan yg bestnya kanak-kanak (4 tahun ke atas) pun boleh ambil sama.

Rasanya juga best...masam-masam manis gitew dan daripada kita beri anak-anak kunyah gula-gula adalah lebih baik mereka kunyah Chewable C ni untuk kesihatan mereka kan :)

Kajian menunjukkan, dengan mengunyah Vitamin C ini sebenarnya lebih mempercepatkan kadar penyerapan Vitamin C ke dalam tubuh kita. Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan sebotol dan mula mengunyah hari ini juga untuk kesihatan yg lebih baik buat seisi keluarga. Keluarga Sihat...Keluarga Bahagia :)

Untuk fungsi dan manfaat Vitamin C anda bolehlah klik di sini.

Jadi cepat-cepat dapatkan sementara stok masih ada ya...takut nanti akan ikut jejak langkah SR Vita C Plus pula...dengar khabarnya dah ramai yg borong (mana taknya mmg sangat menjimatkan). Jom dapatkan sebotol dua hari ini juga dan rasailah kesannya. 


Untuk sebarang info atau maklumat lanjut mengenai Chewable C Plus 100mg (300 tablet) atau produk Shaklee yg lain, anda bolehlah hubungi saya melalui:


♥ Add/PM FB: Nurul Ellina Zainal Abidin 
 Call/SMS: 012-9702427
 Fanpage: My Little Yaya  


BEST PRICE GUARANTEED!!

Dapatkan KONSULTASI PERCUMA dengan setiap pembelian Produk Shaklee dari MLY 

DISCLAIMER/PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...