Tuesday, February 12, 2013

Kisah Menarik Mengenai Uniknya Susu Ibu


Saya ada terbaca kisah mengenai susu ibu di sebuah blog tapi sejauh mana kebenarannya wallahu'alam...sekadar berkongsi dengan anda semua.. [Sebenarnya Encik Suami yang terjumpa kisah ini sewaktu beliau blogwalking baru-baru ini dan terus beliau tunjukkan kisah menarik ini kepada saya :) Terima Kasih Wahai Suamiku....sesungguhnya saya rasa sangat bertuah kerana suami saya sendiri sangat support penyusuan secara eksklusif dan sokongan dari beliau jugalah membuatkan saya semakin bersemangat untuk meneruskan penyusuan sepenuhnya ini walaupun pelbagai dugaan yang datang melanda..cewahhh heeeee]


Kisah Menarik Susu Ibu


"Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama,
maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar
bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang
doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebutmempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,
iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian,mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata,ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu
sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan! "

Wallahu'alam


[Credit story: sinarworld.blogspot.com]


Sejurus selepas baca kisah ini terus saya terfikir pengalaman menyusukan si puteri sulung dengan adiknya putera manja ni memang sangat jauh bezanya. Si kakak menyusu sekejap-sekejap dan sedikit je setiap kali penyusuan, sehinggakan saya masih kena pam lagi selepas beliau menyusu. Tetapi berbeza dengan si adik, memang tak sempat nak pam langsung sebab memang putera saya ni menyusu dengan sangat kerap dan saaaangaaattt baannyaaakk...malam juga begitu...agaknya sebab tula badan dia bam bam kot heeeee....tapi tak kisahlah wahai sayang mama...susulah selagi sayang mahu ya...insyaALLAH selagi mama termampu, akan mama teruskan penyusuan ini sepenuhnya....Sesungguhnya pengalaman menyusukan kedua-dua putera dan puteri mama adalah pengalaman terindah buat mama dan mama tak mahu ianya berakhir :( 

Puteri Sulung Mama Nur Damia Hannah ketika menyambut Besday yang ke satu tahun :) Ala tomei-tomei heeee

Putera Manja mama Alif Zakwan tengah posing-posing pakai baju cowboy hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...