Tuesday, January 14, 2014

Pantang Larang Pengambilan Vitamin Atau Suplemen

Assalamualaikum sahabat MLY,


Hari ini 12 Rabiulawal 1435H. Tarikh cukup istimewa bagi semua umat Islam seluruh dunia kerana merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sama-samalah kita berpuasa dan berselawat ke atas nabi. Untuk makluman semua, tema Maulidur Rasul bagi tahun 2014 ini ialah "WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".


Sebenarnya hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai PANTANG LARANG PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN. Wah ambil vitamin pun kena pantang bagai ke? Hehe jangan takut ya dengan tajuk entri saya pada hari ini. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan atau kita makan kita harus berhati-hati dan perlu ada ilmu dengan apa yang kita lakukan.


Sama juga halnya dengan vitamin atau suplemen yang kita ambil ==> kita harus ada ilmu, kita harus tahu sifat-sifat vitamin tersebut, kita harus tahu apa tujuan kita mengambil vitamin tersebut dan pastikan dapat tunjuk ajar atau panduan yang betul dalam setiap pengambilan vitamin atau suplemen harian kita.

Seperti yang kita tahu, suplemen sangat penting kepada kita sebagai pelengkap kepada nutrisi dan zat harian yang sepatutnya kita perolehi dari amalan pemakanan kita. Biasalah dengan rutin harian kita yang terlalu sibuk, adakalanya kita main tangkap muat je dengan pemakanan kita dan ada juga yang suka makan makanan segera. [ Boleh klik DI SINI untuk huraian lengkap mengenai kepentingan suplemen dalam diet seharian kita ]


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Gambar Sekadar Hiasan -- Suplemen Harian

Tapi sebelum anda semua mengambil sebarang suplemen atau vitamin, pastikan anda ada sedikit ilmu mengenai vitamin-vitamin yang anda ambil dan jangan disebabkan terlalu taksub untuk cantik atau kurus, sampai  berpuluh-puluh vitamin anda telan dalam satu-satu masa.

Pastikan juga anda tiada sebarang penyakit kronik atau sebarang alahan sebelum anda mengambil sebarang vitamin. Sebab itu, adalah penting untuk anda dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan, farmasi atau dari pengedar suplemen (tak kira sama ada pengedar Shaklee atau suplemen lain) yang sah.


Baiklah di sini saya kongsikan beberapa Tips pengambilan Vitamin yang betul untuk kita capai kesan yang optimum atau dengan bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan Vitamin: 


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Pastikan anda tahu pantang larang pengambilan vitamin

PERTAMA -- Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi

Ini adalah satu tips atau pesanan yang saya tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat yang dapatkan suplemen Shaklee dari saya. Paling kurang 3L air kosong WAJIB kita minum setiap hari ya [purata 1L: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai sahabat-sahaatku semua, amalan untuk ke tandas adalah baik utk kita keluarkan toksin2 yang ada dalam badan ya. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa letih, lesu dan tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam badan.

Lagi satu, terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan utk mengambil 3L air setiap hari bukan air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3L air kosong. Tahukah anda, air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kenapa kita perlu minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia...

Macam comel susah je nak minum 3L air sehari. [ Jangan susah hati..anda boleh ikut tips minum air secukupnya setiap hari DI SINI ya]


KEDUA -- Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak sekaligus pada satu masa

Apabila kita makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari 5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


KETIGA -- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau sebarang jamu

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu dengan vitamin tapi jarakkan dalam masa 1-2 jam.


KEEMPAT -- Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Haa pantang larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang saya menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya saya juga penggemar air berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal2 tapi badan tak dapat serap jadi saya cuba kurangkan pengambilan kafein harian).

Kenapa tak boleh ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen mahal-mahal tapi tak dapat kesan yang kita nak?


KELIMA -- Pastikan tahu apa yang boleh dan tidak boleh ketika mengambil Vitamin

  1. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ==> kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 

  2. Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

  3. Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplemen ini.

  4. Pesakit SLE/Lupus dan pesakit kekurangan G6PD TIDAK dibenarkan untuk mengambil Alfalfa.

  5. Pesakit Thalasemia Major TIDAK boleh mengambil Vitalea (kerana terdapat zat besi).

  6. Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

  7. Bagi ibu menyusu, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah (boleh digantikan dengan ESP), Herblax, Vivix.

Ramai yang mula mengambil suplemen untuk membantu penyusuan (termasuklah saya) jadi berikut adalah sedikit TIPS PENGAMBILAN  SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU:

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Ambillah suplemen dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Pastikan anda dapat cara pengambilan suplemen yang betul daripada pengedar anda supaya anda mendapat kesan yang optimum. Hargailah setiap sen yang anda keluarkan untuk suplemen anda. Hidup Sihat dengan Shaklee :-)


##CREDIT ==> Anakuwiraku dan Celikvitamin

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, jangan malu atau segan ya...hubungi saya melalui:

 Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
 Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
 IG: @ellina7984


DICLAIMER/PENAFIAN:

  • Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.
  • Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda. 

17 comments:

  1. assalamualaikum. . saya ada makan vitamin C & Gla complex. . bole ke kalau sy mkn suplemen & minum pati innershine bersama2 ? ade kesan sampingan x?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Supplemen, perlu mkn sblum tido or sebelum mkn?

    ReplyDelete
  4. Supplemen, perlu mkn sblum tido or sebelum mkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kesesuain vtmn. ad yg sesuai makan sebelm tdor pagi, tegh hari. itu lbh baik

      Delete
    2. ikut kesesuain vtmn. ad yg sesuai makan sebelm tdor pagi, tegh hari. itu lbh baik

      Delete
    3. Boleh kah supplement vitamin e dan folic asid makan serentak?

      Delete
  5. How if jarakkan pengambilan alfafa dgn vit e tu? Boleh ke?

    ReplyDelete
  6. How if jarakkan pengambilan alfafa dgn vit e tu? Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya perlu dijarakkan. alfafa makan siang. vitamin e makan malam. nak tahu lanjut 01129053640

      Delete
  7. Betul..kena jarakkan..saya pagi ni pun dah muntah2 sebab ambil pil garlic dan minum jamu serentak sebelum tidur..pagi2 mmg muntah la haha..Tu search article..dan jumpa blog ni..Terima kasih..sangat berinformasi..

    ReplyDelete
  8. Hi. Boleh tak kalau kita consume produk utk buang toksin dan dalam masa yg sama kita konsume produk utk mencantikkan kulit ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis kalau boleh biar buang toksin dulu dh ok baru ambil suplemen lain.

      Delete
  9. Sis nak tanya boleh ke comsume GLA kalau kita consume detox tea jugak. Ada effect ke?

    ReplyDelete
  10. Sis boleh ke amek supplement dengan jamu sekali?

    ReplyDelete
  11. Sis boleh ke amek supplement dengan jamu sekali?

    ReplyDelete
  12. Kalau utk pngambilan acid folic ckup x klu sy ambil dua biji vitalea shj tanpa ambil b complex? Sbb sy tngok pd ingredients dy ad folate 200mcg per tablet.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...