Tuesday, January 7, 2014

Tips-Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Secara Eksklusif

Assalamualaikum..


Salam Tahun Baru 2014..Kejap je kan masa berlalu pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru...bagaimana dengan azam tahun lepas? Berjaya ke dilaksanakan? Sebelum pasang azam baru pastikan azam kita yg sebelum2 ini tertunai dulu ya..jangan nanti terlalu banyak sangat berazam semua tak kemana..


Alhamdulillah azam saya untuk menyusukan si manja saya Alif Zakwan sepenuhnya sehingga dia mencapai umur 2 tahun telah pun tercapai dan terlaksana dengan jayanya (cewahh ayat huhuu). Si manja saya tu genap 2 tahun pada 1 November 2013 yang lepas. Memang tak dinafikan untuk pastikan penyusuan sepenuhnya dapat dilaksanakan sehingga si manja 2 tahun penuh dengan cabaran dan dugaan yang hanya Allah sahaja yang tahu dan saya rasa semua ibu yang menyusukan anak-anak sepenuhnya ada "story" mereka masing-masing. Walaupun saya suri rumah sepenuh masa (yang mana org selalu cakap alaa awak suri rumah..bolehla susukan anak sepenuhnya..senang jela) saya juga tak terkecuali ya daripada cabaran2 yang mendatang. Semua terletak pada nawaitu asal kita dan semestinya disusuli dengan usaha dan yang paling penting tawakal pada Allah SWT kerana semuanya atas izin yang Maha Esa...


Tips Menjayakan Penyusuan Secara Eksklusif
Terima Kasih Ibu susukan saya ;-)

Tak semestinya suri rumah dengan senangnya dapat susukan anak sepenuhnya dan tak semestinya wanita bekerjaya tak dapat nak susukan anak mereka. Saya banyak juga dengar yang ada ibu yang tak bekerja tetapi tak nak susukan anak2 mereka dengan alasan penat, letih, nak "pasang body" aduhhh bila dengarkan semua itu..terasa bagai disiat2 hati ini..kenapalah wahai ibu2...susu ibu kan hak anak-anak kita..


Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dapat dilaksanankan sehingga anak2 kita berusia 2 tahun atau lebih. Berikut saya kongsikan beberapa TIPS yang saya sendiri amalkan..diharap dapat membantu ibu-ibu di luar sana khususnya bagi yang bakal atau yang baru bergelar ibu:

  1. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, pasang niat dan azam untuk menyusukan anak anda sepenuhnya tidak kiralah sama ada anda suri rumah mahupun wanita bekerjaya. Tolak tepi segala perasaan seperti " Boleh ke aku susukan anak aku nanti" atau " Ada ke susu nanti". Setiap ibu pasti boleh susukan anak masing-masing..Ia adalah fitrah dan tanggungjawab ibu kepada anaknya.

  2. Sewaktu hamil lagi cuba buat research tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Dapatkan seberapa banyak ilmu yang boleh. Zaman sekarang mudah..semua di hujung jari..klik sana klik sini semua ada di depan mata..sama ada kita nak atau tak nak je. Rajinkan membaca dan boleh sertai komuniti ibu-ibu untuk dapatkan pengalaman mereka menyusukan anak-anak mereka.

  3. Bengkel penyusuan adalah satu usaha yang saya kira sangat berbaloi utk anda dan suami anda sertai sewaktu anda hamil. Ajak suami untuk ke bengkel sama2 dan supaya suami kita juga dapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu ini. [Alhamdulillah saya bersyukur saya ajak suami saya ke bengkel penyusuan sewaktu saya hamil anak pertama dulu dan suami merupakan tulang belakang yang support saya sepenuhnya utk saya menyusukan anak-anak kami.]

  4. Sekiranya anda wanita yang bekerjaya, sediakan peralatan utk membantu anda menjayakan penyusuan secara eksklusif ini. Jangan sayang utk "invest" sedikit untuk beli pam yang baik kualitinya (sebab kita boleh pakai lama). [Saya sangat sayangkan Spectra 3 yang saya beli sebelum kelahiran anak sulung saya. Waktu tu saya masih bekerja dan alhamdulillah sehingga kini walaupun dah masuk 4 tahun masih elok untuk digunakan]. Sediakan juga peralatan lain seperti "cooler bag", plastik/botol utk simpan susu dan sebagainya. Pastikan juga anda dapatkan ilmu yang secukupnya utk handle susu ibu dengan betul (cara simpan/cara cairkan susu). Dan semua ilmu ini insyaALLAH anda boleh dapat dari bengkel penyusuan atau boleh gunakan khidmat pakcik google.

  5. Jaga pemakanan sewaktu hamil lagi. Pastikan anda mengambil zat dan nutrisi yang secukupnya. Protein dan Kalsium adalah antara nutrisi yang paling penting sebagai persediaan utk penghasilan susu ibu. [Anda boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee dan ESP]

  6. Sebaik sahaja baby lahir, pastikan jam yang pertama anda terus susukan baby anda. Ingat ya jam pertama ini sangat penting utk terus memastikan anda berjaya teruskan ke peringkat seterusnya. Jangan beri baby anda susu formula sebaik sahaja baby lahir sebab ia boleh menyebabkan baby keliru dan boleh menganggu penyususan susu ibu. Berbincang cara baik dengan staf di hospital dan beritahu pendirian anda utk menyusukan baby di jam pertama kelahiran. Alhamdulillah semakin banyak hospital kini yang sangat menyokong penyusuan ibu. Dan jangan lupa, 3 hari pertama bukan susu tapi "cecair emas" atau pun kolostrum yang sangat2 berharga. Pada peringkat ini ramai ibu-ibu baru yang keliru kerana mereka ingatkan mereka tiada susu dan ikut kata-kata orang utk beri baby dengan susu formula. Jadi wahai ibu-ibu semua please be alert ya.

  7. Pastikan emosi anda sentiasa terkawal dan please JANGAN STRESS ya wahai ibu-ibu semua. Sebab ia adalah musuh utama kita. Bila kita stress, secara tak langsung susu akan mula menyusut. Nak tahu kenapa? boleh klik di entri ini untuk bacaan lanjut.

  8. Jaga pemakanan supaya apa yang kita makan tak beri kesan tak baik pada baby. Makan makanan berzat dan ambil suplemen utk pastikan badan kita sentiasa bertenaga dan supply susu sentiasa ada. [Boleh amalkan Set Penyusuan 3M dari Shaklee ==> Inilah set yang sangat2 membantu saya sendiri agar azam saya tercapai]

  9. Seperti yang saya kata tadi, sokongan suami sangat-sangat penting. Tak semestinya kita menyusu anak sepenuhnya suami  boleh lepas tangan macam tu je. Sama2 saling beri sokongan. Macam kalau malam kita bangun untuk susukan anak, encik suami boleh tolong tukarkan lampin baby. Encik suami juga boleh bantu isteri dengan kerja-kerja rumah contihnya cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya. Ada masa Encik Suami belailah isteri anda, berikan urutan kerana secara tak langsung urutan ini juga dapat melancarkan lagi penghasilan susu.

  10. Akhir sekali berbalik pada nawaitu kita. Kenapa kita nak susukan anak-anak kita? Sebab trend kah? Sebab nak ikut orang ke? Yelah orang kat pejabat semua dok pam dan masing2 bangga dengan stok susu, takkan kita nak ketinggalan kan...Tolong ya wahai ibu-ibu semua..jangan sekali-kali ada pemikiran atau niat macam tu..Ikhlaslah hati..bersihkan hati..Susuilah anak-anak kita dengan nawaitu yang baik dan kerana ia adalah hak anak-anak. Bukan semata nak kejar glemer atau ikutan semata. Bagi yang mungkin ada masalah dalam penyusuan jangan sekali patah semangat atau putus asa. Ramai Pakar Laktasi yang bertauliah di luar sana. Ambil masa untuk berjumpa mereka. Dan andaikata memang ditakdirkan untuk tidak dapat teruskan penyusuan atas sebab-sebab seperti kesihatan atau sebagainya, janganlah pula anda bersedih atau frust. Semua adalah ketentuan dari Allah..kita harus redha..yang penting kita dah usaha..tapi kalau boleh datangkan mudarat janganlah diteruskan juga.

Itulah serba sedikit perkongsian saya, diharap dapat beri sedikit idea buat ibu-ibu semua. Sebenanrnya banyak lagi ilmu mengenai penyusuan ni..teruskan menggali ilmu ya. Saya sendiri sehingga kini tak puas untuk terus mencari ilmu mengenai penyusuan secara eksklusif ini.

Sebelum saya akhiri entri hari ini, ingin saya kongsikan ya bahawa Promo Buy 6 Free 1 Shaklee Bulan Januari 2014 ini ialah ==>> Alfalfa Complex (salah satu "milkbooster" yang sangat hebat)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut jangan malu-malu utk hubungi saya melalui:


 Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
 Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
 IG: @ellina7984


6 comments:

  1. Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan si kecil saya nanti..in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH dear sis Yatty....niat dalam hati dan tanam keazaman utk bf si manja...moga dipermudahkan semuanya..all the best dear...

      Delete
  2. Yasmeen Naema (student UKM)July 8, 2014 at 3:46 PM

    Salam..ingin meminta izin Puan untuk saya ambil tips ini dan masukkan ke dalam brochure saya.Brochure saya berkaitan minggu penyusuan bayi. Jadi saya ingin masukkan sedikit tips (testimoni) daripada Puan untuk dikongsi dalam brochure saya. Saya akan masukkan nama penuh Puan selaku ibu yang komited dan menyokong penyusuan bayi secara ekslusif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah my dear Yasmeen, siapalah saya ni jika nk dibandingkan dgn rakan2 lain yg lebih komited dan ada sijil dalam penyusuan...saya cuma seorang ibu yg berazam utk menyusukan anak sepenuhnya dan alhamdulillah Allah berikan saya peluang itu..syukur anak pun dah nak masuk 3 tahun dan masih menyusu...BTW tahniah atas usaha utk brochure mengenai penyusuan ibu...how i wish boleh dapat simpan satu brochure tu ;-) All the best k....

      Delete
  3. Susu ibu adalah terbaik untuk bayi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...