Wednesday, November 14, 2012

Set Kehamilan ~ Permulaan yang Hebat Buat Ibu dan Bayi

Anda telah disahkan HAMIL?? TAHNIAH!! Mesti bermacam2 perkara yg bermain di minda anda sekarang kan? Mana untuk persiapan "orang baru" yg bakal tiba tak lama lagi....dengan pilihan hospital untuk bersalin...perubahan fizikal yg akan dialami dan bermacam-macam lagi...Jangan terlalu STRESS dan menyesakkan kepala anda dengan semua perkara itu ya....insyaALLAH semua akan dapat anda sediakan dan atasi as u go a long the way...Jalanilah saat hamil dgn penuh rasa syukur dan penuh keceriaan. Jangan lupa emosi anda akan memberi kesan kepada diri anda dan juga bayi di dalam kandungan.

Ibu hamil dan pemakanan
Gambar Sekadar Hiasan ~Ibu hamil perlu jaga pemakanan~

PEMAKANAN yang seimbang dalam diet seharian anda perlu dititikberatkan kerana kini anda tidak lagi makan untuk diri sendiri tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan anda. Amalan pemakanan yg sihat dan seimbang amat penting untuk mengekalkan kesihatan ibu agar tidak menghidapai penyakit seperti darah tinggi dan diabetes di kala hamil dan pemakanan yg sihat juga amat penting untuk tumbesaran yg diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda.


Justeru, pemilihan suplemen tambahan di kala hamil juga amat penting dan pengambilan suplemen ini secara tidak langsung dapat membekalkan ibu dan bayi nutrisi yg diperlukan. 

"Apa kata anda mencuba Set Kehamilan yg mengandungi kombinasi hebat suplemen Shaklee? Suplemen semulajadi yg dijamin halal dan selamat untuk ibu dan bayi di dalam kandungan" 

Apakah kombinasi suplemen dan kelebihan Set Kehamilan Shaklee Euphoria ini? 

                          Set Kehamilan Shaklee


Set Kehamilan ini terbahagi kepada dua iaitu Set J-1 dan Set J-2
Set J-1 khusus untuk kehamilan awal iaitu di trimester pertama dan seterusnya dilanjutkan ke 
Set J-2 untuk kehamilan di peringkat trimester 2 & trimester 3.

Set J-1 terdiri dari kombinasi:

Vitalea
~ Multivitamin dan Multimineral (12 vitamin & 7 mineral) yang dapat memberikan tenaga kepada ibu terutamanya yg mengalami alahan teruk di awal kehamilan. Diformulasikan dengan zat besi yg dapat membantu bagi ibu-ibu yg mengalami masalah hB rendah tatkala hamil. Jangan dipandang remeh ya permasalahan hB rendah di kala hamil kerana ia boleh menyebabkan pendarahan yg serius di saat anda akan bersalin kelak dan seterusnya boleh membahayakan nyawa anda dan bayi anda. Ibu hamil yg mengalami masalah hB rendah ini juga selalunya akan kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya. Jemput klik di sini untuk huraian lanjut mengenai anemia@masalah kekurangan Hb sewaktu hamil.

B-Complex
~ Mencegah dan merawat anemia, membantu pembentukan sel darah merah yg sihat , melancarkan peredaran darah, melegakan sakit kepala, pening, migrain dan muntah-muntah.
Baik diamalkan sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan ibu dari terkena darah tinggi dan diabetes tatkala hamil. Juga merupakan "happy vitamin" yg akan memberikan mood yg ceria kepada ibu dan mengelakkan ibu daripada beremosi dan murung kerana emosi boleh memberi pengaruh yg buruk kepada janin. Juga membantu membekalkan tenaga kepada ibu hamil.

Sustained Release Vita-C Plus
~ Berupaya untuk mempertingkatkan tahap imun ibu dan sekaligus mengelakkan ibu dari risiko terkena jangkitan penyakit seperti demam dan selsema. Mencantikkan dan menganjalkan kulit ibu hamil kerana Vitamin C dapat membantu penghasilan kolagen. Ibu hamil juga berhak untuk kelihatan cantik dan bergaya tau! Klik di sini untuk info lanjut mengenai Sustained Release Vita-C Plus.

OsteMatrix
~ Sangat penting kerana bayi akan menyerap baaanyaak kalsium dari ibunya. Itulah sebabnya kadang-kadang terjadinya kebas-kebas, kekejangan, gusi berdarah, gigi longgar dll akibat kekurangan kalsium. Setiap satu tablet OsteMatrix ibarat satu gelas susu dan tablet OsteMatrix amat mudah untuk ditelan dan tiada bau. Klik di sini untuk info lanjut mengenai OsteMatrix.

Set J-2 terdiri dari kombinasi:
Vitalea
B-Complex
Sustained Release Vita-C
OsteMatrix 

dan tambahan

OmegaGuard
~ Asid Lemak Omega-3 tersangat penting untuk kesihatan ibu dan janin. Kajian ada menunjukkan bahawa Asid Lemak Omega-3 penting untuk mengelakkan kelahiran pra-matang dan berupaya untuk mengelakkan dari terjadinya pre-eklampsia. Kekurangan Asid Lemak Omega-3 sewaktu hamil boleh mengakibatkan seseorang ibu itu akan mengalami kemurungan dan boleh menjadi semakin teruk selepas bersalin (post-partum deression). Asid Lemak Omega-3 ini juga penting selepas kelahiran untuk penghasilan susu ibu.  Asid Lemak Omega-3 dikatakan penting untuk perkembangan sistem imun bayi dan jika kekurangannya boleh mengakibatkan bayi mendapat gangguan fizikal dan mental kerana kekurangan sistem kekebalan tubuh. DHA tersangat penting untuk perkembangan otak janin. Klik di sini untuk info lanjut mengenai OmegaGuard.

Suplemen-suplemen ini juga kemudiaanya boleh diamalkan tatkala berpantang kelak untuk mengekalkan tenaga dan melancarkan penyusuan...Jadi tiada pembaziran yg akan berlaku..Dan bagi anda yg mempunyai bajet lebih, sangat digalakkan untuk anda add on ESP Soy Protein Isolate Powder untuk manfaat berganda bagi anda dan bayi anda. Klik di sini untuk testimonial mereka yg telah pun mengambil ESP sewaktu hamil.


Janganlah berlengah lagi, berikanlah permulaan yg baik untuk kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan...

Sekiranya anda berminat untuk mencuba atau ingin bertanya dengan lebih lanjut mengenai set kehamilan ini, anda bolehlah hubungi saya:
Dapatkan set kehamilan ini dengan harga yg ISTIMEWA dan setiap pembelian dari MLY akan melayakkan anda untuk mendapatkan konsultasi percuma mengenai cara pengambilan suplemen dan lain-lain informasi yg berkaitan. 

DISCLAIMER / PENAFIAN
Kesemua produk di atas tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...