Tuesday, January 1, 2013

Menyusukan Si Manja Di Kala Hamil. Bolehkah diteruskan atau Mengundang Bahaya??

♥ Sharing is Caring 

SITUASI:

"Tahniah Puan, anda hamil :)"

"Huh?? Betul ke ni? Tapi anak saya baru je 6 bulan dan

saya 
masih menyusukannya sepenuhnya. 

Macam Mana ni??"



Saya pasti mesti ramai di antara mommies di sini yg pernah atau sedang mengalami situasi sebegini kan? Semuanya tidak kita rancang tapi kita harus redha dan percaya bahawa semuanya Kuasa Allah dan kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki dariNYA.


Hamil dan Menyusu
Gambar Sekadar Hiasan

Jadi bagaimana jika anda mengalami situasi seperti di atas? Bolehkah diteruskan penyusuan ketika hamil atau adakah akan mengundang bahaya kepada bayi di dalam kandungan dan diri anda sendiri??

Saya sendiri pernah mengalami saat2 ini di mana saya disahkan hamil di kala anak sulung saya baru sahaja berusia 9 bulan. Terkejut dan gembira tetapi pada masa yg sama buntu dan sedih kerana mengenangkan saya masih lagi menyusukan puteri sulung saya secara eksklusif. Macam2 cakap org saya dengar, ada yg kata ok utk teruskan ada yg kata tak boleh tapi naluri keibuan terlalu kuat dan saya bertekad untuk teruskan juga....Akhirnya setelah kandungan mencecah 4 bulan, doktor menyuruh saya hentikan penyusuan kerana mengalami alahan yg amat teruk hingga terpaksa drip dan berat turun mendadak dalam 4-5 kg. Sayu sangat ketika itu dan dalam saya pening utk memikirkan bagaimanakah caranya utk saya hentikan penyusuan, saya terkejut kerana puteri sulung saya bagaikan mengetahui kesulitan yg saya alami dan dengan sendirinya beliau berhenti menyusu tanpa perlu dipaksa...Betapa besarnya Kuasa Allah...

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, bolehkah teruskan penyusuan tatkala hamil?

Sebenarnya tidak ada kajian yg menyatakan wanita hamil tidak boleh menyusukan tetapi dengan syarat wanita yg hamil itu haruslah sihat begitu juga dengan baby di dalam kandungan.

Pakar perubatan akan menasihatkan wanita hamil untuk menghentikan penyusuan sekiranya didapati mempunyai masalah seperti:


  • mengalami pendarahan ketika hamil
  • menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan
  • hamil kembar
  • pernah ada sejarah melahirkan anak-pramatang
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil
  • dan lain-lain kehamilan yg berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan kencing manis
Menurut kajian, rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Maka, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu-ibu juga tidak perlu untuk tergesa-gesa menghentikan untuk menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri hamil. 

Namun begitu, amat penting bagi ibu-ibu yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) ini untuk memastikan perkembangan kandungan sempurna, kesihatan ibu terjamin, dan mengambil kira emosi anak yg menyusu.

Berikut adalah beberapa perkara yg perlu di ambil kira sekiranya ingin meneruskan Tandem Nursing atau penyusuan ketika hamil:


  • Sejarah perubatan.
  • Dapatkan pengesahan dari gynae anda sama ada diri anda dan kandungan sihat dan boleh teruskan penyusuan
  • Tahap keselesaan fizikal dan emosi.
  • Usia anak dan keperluan penyusuannya, (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula ).
  • Pengambilan makanan yg berkhasiat. Pengambilan suplemen yg secukupnya insyaALLAH akan dapat membantu. [Boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee]
  • Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal.
  • Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi.
Ibu Hamil dan Menyusu Perlu Makanan Seimbang
Gambar Sekadar Hiasan

Antara fakta penting yang perlu mama semua tahu sekiranya ingin meneruskan penyusuan ketika hamil:

  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya maka rehat yg secukupnya amat diperlukan. 
  • Puting menjadi lebih sensitif ketika hamil maka cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.
  • Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. Makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan. Pemakanan haruslah kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan penghasilan susu. Jika tidak diperolehi dari diet seharian adalah penting untuk anda mengambil suplemen tambahan. Menurut kajian, wanita hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan utk perkembangan bayi di dalam kandungan dan jika menyusukan anak perlu lebih kalori iaitu dalam lingkungan 600-800 kalori tambahan dalam sehari.
  • Sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon.
  • Malah, sewaktu trimester kedua, susu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.
  • Setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai memujuk anak yang baru bercerai susu ibu. 
Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu mama semua ya...sudah pastilah setiap ibu inginkan yg terbaik untuk anak2 tetapi janganlah dipaksa diri sekiranya mengundang bahaya kepada diri anda dan bayi di dalam kandungan...redha kerana mungkin rezeki utk kita menyusukan anak kita adalah setakat itu sahaja...

♥ Jemput untuk share bersama sahabat-sahabat yg lain 



Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk shaklee atau lain-lain yg berkaitan, bolehlah hubungi saya melalui:

 Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
 Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
 IG: @ellina7984


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...