Tuesday, January 14, 2014

Pantang Larang Pengambilan Vitamin Atau Suplemen

Assalamualaikum sahabat MLY,


Hari ini 12 Rabiulawal 1435H. Tarikh cukup istimewa bagi semua umat Islam seluruh dunia kerana merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Sama-samalah kita berpuasa dan berselawat ke atas nabi. Untuk makluman semua, tema Maulidur Rasul bagi tahun 2014 ini ialah "WASATIAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".


Sebenarnya hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai PANTANG LARANG PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN. Wah ambil vitamin pun kena pantang bagai ke? Hehe jangan takut ya dengan tajuk entri saya pada hari ini. Sebenarnya dalam apa jua yang kita lakukan atau kita makan kita harus berhati-hati dan perlu ada ilmu dengan apa yang kita lakukan.


Sama juga halnya dengan vitamin atau suplemen yang kita ambil ==> kita harus ada ilmu, kita harus tahu sifat-sifat vitamin tersebut, kita harus tahu apa tujuan kita mengambil vitamin tersebut dan pastikan dapat tunjuk ajar atau panduan yang betul dalam setiap pengambilan vitamin atau suplemen harian kita.

Seperti yang kita tahu, suplemen sangat penting kepada kita sebagai pelengkap kepada nutrisi dan zat harian yang sepatutnya kita perolehi dari amalan pemakanan kita. Biasalah dengan rutin harian kita yang terlalu sibuk, adakalanya kita main tangkap muat je dengan pemakanan kita dan ada juga yang suka makan makanan segera. [ Boleh klik DI SINI untuk huraian lengkap mengenai kepentingan suplemen dalam diet seharian kita ]


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Gambar Sekadar Hiasan -- Suplemen Harian

Tapi sebelum anda semua mengambil sebarang suplemen atau vitamin, pastikan anda ada sedikit ilmu mengenai vitamin-vitamin yang anda ambil dan jangan disebabkan terlalu taksub untuk cantik atau kurus, sampai  berpuluh-puluh vitamin anda telan dalam satu-satu masa.

Pastikan juga anda tiada sebarang penyakit kronik atau sebarang alahan sebelum anda mengambil sebarang vitamin. Sebab itu, adalah penting untuk anda dapatkan khidmat nasihat dari pakar perubatan, farmasi atau dari pengedar suplemen (tak kira sama ada pengedar Shaklee atau suplemen lain) yang sah.


Baiklah di sini saya kongsikan beberapa Tips pengambilan Vitamin yang betul untuk kita capai kesan yang optimum atau dengan bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan Vitamin: 


Pantang Larang Pengambilan Vitamin
Pastikan anda tahu pantang larang pengambilan vitamin

PERTAMA -- Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi

Ini adalah satu tips atau pesanan yang saya tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat yang dapatkan suplemen Shaklee dari saya. Paling kurang 3L air kosong WAJIB kita minum setiap hari ya [purata 1L: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai sahabat-sahaatku semua, amalan untuk ke tandas adalah baik utk kita keluarkan toksin2 yang ada dalam badan ya. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa letih, lesu dan tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam badan.

Lagi satu, terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan utk mengambil 3L air setiap hari bukan air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3L air kosong. Tahukah anda, air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kenapa kita perlu minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia...

Macam comel susah je nak minum 3L air sehari. [ Jangan susah hati..anda boleh ikut tips minum air secukupnya setiap hari DI SINI ya]


KEDUA -- Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak sekaligus pada satu masa

Apabila kita makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari 5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


KETIGA -- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau sebarang jamu

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu dengan vitamin tapi jarakkan dalam masa 1-2 jam.


KEEMPAT -- Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Haa pantang larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang saya menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya saya juga penggemar air berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal2 tapi badan tak dapat serap jadi saya cuba kurangkan pengambilan kafein harian).

Kenapa tak boleh ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen mahal-mahal tapi tak dapat kesan yang kita nak?


KELIMA -- Pastikan tahu apa yang boleh dan tidak boleh ketika mengambil Vitamin

  1. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu ==> kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 

  2. Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalm GLA Complex) tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan Vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

  3. Vitamin E dan GLA Complex tidak boleh diambil pada hari yang sama kerana dikhuatiri badan terlebih keperluan Vitamin E harian disebabkan di dalam GLA Complex juga ada Vitamin E. Boleh selang seli hari pengambilan bagi kedua suplemen ini.

  4. Pesakit SLE/Lupus dan pesakit kekurangan G6PD TIDAK dibenarkan untuk mengambil Alfalfa.

  5. Pesakit Thalasemia Major TIDAK boleh mengambil Vitalea (kerana terdapat zat besi).

  6. Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

  7. Bagi ibu menyusu, pastikan anda TIDAK mengambil ==> Cinch Shake kerana kadar kalorinya yang rendah (boleh digantikan dengan ESP), Herblax, Vivix.

Ramai yang mula mengambil suplemen untuk membantu penyusuan (termasuklah saya) jadi berikut adalah sedikit TIPS PENGAMBILAN  SUPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU:

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Ambillah suplemen dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Pastikan anda dapat cara pengambilan suplemen yang betul daripada pengedar anda supaya anda mendapat kesan yang optimum. Hargailah setiap sen yang anda keluarkan untuk suplemen anda. Hidup Sihat dengan Shaklee :-)


##CREDIT ==> Anakuwiraku dan Celikvitamin

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau ingin membuat pesanan, jangan malu atau segan ya...hubungi saya melalui:

 Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
 Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
 IG: @ellina7984


DICLAIMER/PENAFIAN:

  • Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.
  • Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda. 

Tuesday, January 7, 2014

Tips-Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Secara Eksklusif

Assalamualaikum..


Salam Tahun Baru 2014..Kejap je kan masa berlalu pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru...bagaimana dengan azam tahun lepas? Berjaya ke dilaksanakan? Sebelum pasang azam baru pastikan azam kita yg sebelum2 ini tertunai dulu ya..jangan nanti terlalu banyak sangat berazam semua tak kemana..


Alhamdulillah azam saya untuk menyusukan si manja saya Alif Zakwan sepenuhnya sehingga dia mencapai umur 2 tahun telah pun tercapai dan terlaksana dengan jayanya (cewahh ayat huhuu). Si manja saya tu genap 2 tahun pada 1 November 2013 yang lepas. Memang tak dinafikan untuk pastikan penyusuan sepenuhnya dapat dilaksanakan sehingga si manja 2 tahun penuh dengan cabaran dan dugaan yang hanya Allah sahaja yang tahu dan saya rasa semua ibu yang menyusukan anak-anak sepenuhnya ada "story" mereka masing-masing. Walaupun saya suri rumah sepenuh masa (yang mana org selalu cakap alaa awak suri rumah..bolehla susukan anak sepenuhnya..senang jela) saya juga tak terkecuali ya daripada cabaran2 yang mendatang. Semua terletak pada nawaitu asal kita dan semestinya disusuli dengan usaha dan yang paling penting tawakal pada Allah SWT kerana semuanya atas izin yang Maha Esa...


Tips Menjayakan Penyusuan Secara Eksklusif
Terima Kasih Ibu susukan saya ;-)

Tak semestinya suri rumah dengan senangnya dapat susukan anak sepenuhnya dan tak semestinya wanita bekerjaya tak dapat nak susukan anak mereka. Saya banyak juga dengar yang ada ibu yang tak bekerja tetapi tak nak susukan anak2 mereka dengan alasan penat, letih, nak "pasang body" aduhhh bila dengarkan semua itu..terasa bagai disiat2 hati ini..kenapalah wahai ibu2...susu ibu kan hak anak-anak kita..


Jadi apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dapat dilaksanankan sehingga anak2 kita berusia 2 tahun atau lebih. Berikut saya kongsikan beberapa TIPS yang saya sendiri amalkan..diharap dapat membantu ibu-ibu di luar sana khususnya bagi yang bakal atau yang baru bergelar ibu:

  1. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, pasang niat dan azam untuk menyusukan anak anda sepenuhnya tidak kiralah sama ada anda suri rumah mahupun wanita bekerjaya. Tolak tepi segala perasaan seperti " Boleh ke aku susukan anak aku nanti" atau " Ada ke susu nanti". Setiap ibu pasti boleh susukan anak masing-masing..Ia adalah fitrah dan tanggungjawab ibu kepada anaknya.

  2. Sewaktu hamil lagi cuba buat research tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Dapatkan seberapa banyak ilmu yang boleh. Zaman sekarang mudah..semua di hujung jari..klik sana klik sini semua ada di depan mata..sama ada kita nak atau tak nak je. Rajinkan membaca dan boleh sertai komuniti ibu-ibu untuk dapatkan pengalaman mereka menyusukan anak-anak mereka.

  3. Bengkel penyusuan adalah satu usaha yang saya kira sangat berbaloi utk anda dan suami anda sertai sewaktu anda hamil. Ajak suami untuk ke bengkel sama2 dan supaya suami kita juga dapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu ini. [Alhamdulillah saya bersyukur saya ajak suami saya ke bengkel penyusuan sewaktu saya hamil anak pertama dulu dan suami merupakan tulang belakang yang support saya sepenuhnya utk saya menyusukan anak-anak kami.]

  4. Sekiranya anda wanita yang bekerjaya, sediakan peralatan utk membantu anda menjayakan penyusuan secara eksklusif ini. Jangan sayang utk "invest" sedikit untuk beli pam yang baik kualitinya (sebab kita boleh pakai lama). [Saya sangat sayangkan Spectra 3 yang saya beli sebelum kelahiran anak sulung saya. Waktu tu saya masih bekerja dan alhamdulillah sehingga kini walaupun dah masuk 4 tahun masih elok untuk digunakan]. Sediakan juga peralatan lain seperti "cooler bag", plastik/botol utk simpan susu dan sebagainya. Pastikan juga anda dapatkan ilmu yang secukupnya utk handle susu ibu dengan betul (cara simpan/cara cairkan susu). Dan semua ilmu ini insyaALLAH anda boleh dapat dari bengkel penyusuan atau boleh gunakan khidmat pakcik google.

  5. Jaga pemakanan sewaktu hamil lagi. Pastikan anda mengambil zat dan nutrisi yang secukupnya. Protein dan Kalsium adalah antara nutrisi yang paling penting sebagai persediaan utk penghasilan susu ibu. [Anda boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee dan ESP]

  6. Sebaik sahaja baby lahir, pastikan jam yang pertama anda terus susukan baby anda. Ingat ya jam pertama ini sangat penting utk terus memastikan anda berjaya teruskan ke peringkat seterusnya. Jangan beri baby anda susu formula sebaik sahaja baby lahir sebab ia boleh menyebabkan baby keliru dan boleh menganggu penyususan susu ibu. Berbincang cara baik dengan staf di hospital dan beritahu pendirian anda utk menyusukan baby di jam pertama kelahiran. Alhamdulillah semakin banyak hospital kini yang sangat menyokong penyusuan ibu. Dan jangan lupa, 3 hari pertama bukan susu tapi "cecair emas" atau pun kolostrum yang sangat2 berharga. Pada peringkat ini ramai ibu-ibu baru yang keliru kerana mereka ingatkan mereka tiada susu dan ikut kata-kata orang utk beri baby dengan susu formula. Jadi wahai ibu-ibu semua please be alert ya.

  7. Pastikan emosi anda sentiasa terkawal dan please JANGAN STRESS ya wahai ibu-ibu semua. Sebab ia adalah musuh utama kita. Bila kita stress, secara tak langsung susu akan mula menyusut. Nak tahu kenapa? boleh klik di entri ini untuk bacaan lanjut.

  8. Jaga pemakanan supaya apa yang kita makan tak beri kesan tak baik pada baby. Makan makanan berzat dan ambil suplemen utk pastikan badan kita sentiasa bertenaga dan supply susu sentiasa ada. [Boleh amalkan Set Penyusuan 3M dari Shaklee ==> Inilah set yang sangat2 membantu saya sendiri agar azam saya tercapai]

  9. Seperti yang saya kata tadi, sokongan suami sangat-sangat penting. Tak semestinya kita menyusu anak sepenuhnya suami  boleh lepas tangan macam tu je. Sama2 saling beri sokongan. Macam kalau malam kita bangun untuk susukan anak, encik suami boleh tolong tukarkan lampin baby. Encik suami juga boleh bantu isteri dengan kerja-kerja rumah contihnya cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya. Ada masa Encik Suami belailah isteri anda, berikan urutan kerana secara tak langsung urutan ini juga dapat melancarkan lagi penghasilan susu.

  10. Akhir sekali berbalik pada nawaitu kita. Kenapa kita nak susukan anak-anak kita? Sebab trend kah? Sebab nak ikut orang ke? Yelah orang kat pejabat semua dok pam dan masing2 bangga dengan stok susu, takkan kita nak ketinggalan kan...Tolong ya wahai ibu-ibu semua..jangan sekali-kali ada pemikiran atau niat macam tu..Ikhlaslah hati..bersihkan hati..Susuilah anak-anak kita dengan nawaitu yang baik dan kerana ia adalah hak anak-anak. Bukan semata nak kejar glemer atau ikutan semata. Bagi yang mungkin ada masalah dalam penyusuan jangan sekali patah semangat atau putus asa. Ramai Pakar Laktasi yang bertauliah di luar sana. Ambil masa untuk berjumpa mereka. Dan andaikata memang ditakdirkan untuk tidak dapat teruskan penyusuan atas sebab-sebab seperti kesihatan atau sebagainya, janganlah pula anda bersedih atau frust. Semua adalah ketentuan dari Allah..kita harus redha..yang penting kita dah usaha..tapi kalau boleh datangkan mudarat janganlah diteruskan juga.

Itulah serba sedikit perkongsian saya, diharap dapat beri sedikit idea buat ibu-ibu semua. Sebenanrnya banyak lagi ilmu mengenai penyusuan ni..teruskan menggali ilmu ya. Saya sendiri sehingga kini tak puas untuk terus mencari ilmu mengenai penyusuan secara eksklusif ini.

Sebelum saya akhiri entri hari ini, ingin saya kongsikan ya bahawa Promo Buy 6 Free 1 Shaklee Bulan Januari 2014 ini ialah ==>> Alfalfa Complex (salah satu "milkbooster" yang sangat hebat)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut jangan malu-malu utk hubungi saya melalui:


 Call/SMS/WhatsApp: 012-9702427
 Fanpage: https://www.facebook.com/MyLittleYaya
 IG: @ellina7984


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...