Assalamualaikum...
Innalillahiwainnailaihira'ji'un...
Alfatihah buat Allahyarham Adik Ahmad Adam Syukri...
Sejak semalam hingga hari ini saya sangat beremosi...air mata tak dapat nak ditahan pasti akan gugur juga...terutamanya bila melihat gambar baby dan tatkala melihat anak-anak saya...rasa nak peluk cium mereka je sentiasa dan merasa betapa bertuahnya kerana mereka masih ada di sisi saya...biarlah miskin harta tapi asalkan anak-anak masih berada dengan saya dan saya dapat melihat mereka membesar...
Tapi setiap ibu dan bapa pasti ada dugaannya dan pada saya dugaan yg paling besar ialah apabila anak-anak dijemput menghadap Ilahi di ketika mereka masih kecil, masih bayi dan masih belum baligh pun lagi. Berat mata yg memandang berat lagi mereka yg menanggung....Tapi tabahkanlah hatimu wahai ibu dan bapa kerana ganjaran yg MAHA HEBAT pasti akan menantimu di akhirat kelak..Allah itu Maha Adil...Di sini ingin saya berkongsi sedikit artikel (hadis) yg saya dapat sewaktu "blogwalking" dan saya tujukan khas buat semua ibu dan bapa yg telah kehilangan insan tersayang (anak kecil).
“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak
meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di
Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan
bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia
baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan
menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka,
sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak
yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak
Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh
dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat
nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak
mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah
Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim
yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah
dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah
dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia.
Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa
semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati
kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak
yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka
sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali
kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air
untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil
menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka,
maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah
anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari
tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada
malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil
menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh
ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan
ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa
dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata
malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad
SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi
mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang
berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak
yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama
ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada
hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)
Credit: saifulsofia.blogspot.com
Sesungguhnya Allah telah janjikan Syurga Firdausi buat anak-anak ini dan mereka inilah yg akan membantu dan menarik ibu bapanya ke Syurga Allah kelak. Jadi wahai ibu dan bapa semua...redhakanlah anak-anakmu pergi...anak-anak ini suci tanpa secalit dosa dan doakanlah mereka tenang di sana...
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Adam Syukri, seorang pejuang kecil yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir semalam 7 Februari 2013. Runtun hati keibuan saya tatkala melihat si kecil ini pergi kerana usianya hampir sebaya dengan usia putera saya. Pilu menyelebungi diri ini tetapi sesungguhnya si kecil ini pergi dengan meninggalkan sesuatu pedoman dan pengajaran buat kita semua yg masih bernafas di bumi Allah ini...Sesungguhnya si comel Adam merupakan pejuang kecil yg terus berjuang utk hidup dan Allah itu maha berkuasa, walaupun arwah Adam lahir dengan keadaan yg sangat meruntun hati sesiapa yg melihatnya tetapi arwah Adam tetap berjuang dan beliau pergi dengan keadaan yg serba sempurna, serba indah, dan tetap tersenyum di saat-saat akhirnya.
Belangsungkawa Allahyarham Ahmad Adam Syukri...
AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
- ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
- SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK.
- ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.
- ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA.
- MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
- DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.
- DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.
(Credit: themummysya)
** Sangat kagum dengan ketabahan Puan Nora ibu Adam dan juga ayah Adam (tak dapat bayang kalau diri ini di tempat mereka)...moga Allah memberi ketenangan hati buat kedua mereka...Salam Takziah dari kami sekeluarga....
Credit Gambar: Ahmad Adam Syukri
Nicely said. Thanks
ReplyDeleteThank You dear Encik Kamarol..Alfatihah buat Arwah Adik Ahmad Adam Syukri..
DeleteSalam..
ReplyDeleteAl fatihah utk arwah adam..
Sy juga ingin berkongsi kisah anak sy arwah danish muhammad ukasyah..
Telah pergi pada 10.08.2014
anak ku di lahir kan sempurna tiada sakit apa2
umur nye baru 2bulan
Rasanya baru semalam mama kehilangan adik..
Allah lebih sayang kan adik..
Allah pinjam kan adik pada mama hanya seketika..
Al fatihah
Ya Allah :-(...Takziah buat sis Siti Zurina sekeluarga...si comel sudah menanti kalian di pintu syurga..
Delete