Wednesday, February 13, 2013

Apakah Punca Alahan??

Assalamualaikum...

Di entri ini saya ingin berkongsi mengenai alahan dan punca-puncanya kerana pada saya alahan sangat berkaitrapat dalam kehidupan kita dan rata-rata hampir kesemua dari kita mempunyai alahan mahupun anak-anak kita. Saya sendiri mengalami alahan di mana saya tak boleh dekat dengan habuk mahupun cuaca sejuk, pastinya saya akan bersin tak berhenti (tapi alhamdulillah sejak amalkan alfalfa,vitamin C dan ESP masalah alahan saya semakin berkurangan). 

Putera manja saya juga mengalami alahan di mana kulitnya teramat sensitif dan tak boleh guna sebarang sabun, losyen mahupun bedak di mana badannya akan naik ruam dan ruam juga akan semakin teruk terutamanya bila panas dan berpeluh (tapi semenjak saya sendiri mengamalkan ESP dan Alfalfa -- saya masih bf anak; keadaan kulit anak saya semakin baik dan saya turut sapukan Herbal Blend Cream ke badan anak saya setiap kali selepas mandi...mmg best sangat krim ni...mmg sy bawa ke mana je saya pergi)


Alamak terpanjang pula mukadimah harini...ok sebelum kita pergi ke huraian selanjutnya apa kata kita ketahui dahulu serba sedikit mengenai apa yang dimaksudkan dengan alahan:

Alahan ialah satu keadaan di mana sistem imun badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan yg tidak membahyakan di dalam persekitaran seperti debunga, habuk dan sebagainya. Bahan ini yg juga dikenali sebagi alergen akan mengakibatkan tindak balas imun yg juga dikenali sebagi tindakbalas alergik.

Tindak balas alergik ini terjadi apabila sistem imun tersilap mengenalpasti alergen dan menyebabkannya menjadi sensitif terhadap bahan tersebut dan pendedahan berulang-ulang boleh mencetus tindakbalas alergik.


Siapakah yg boleh terkena alahan??


[Berikut diberikan gambarajah bagi kemungkinan anak-anak akan mendapat alergi dari sejarah keluarga untuk panduan anda]

Alahan boleh diwarisi dari sejarah keluarga


Alahan boleh diwarisi dan anak-anak dengan ibu bapa yg ada alahan lebih kuat untuk juga mendapat alahan dan kemungkinan adalah lebih kuat dari alahan yg dialami oleh ibu dan bapanya.

Bagaimanapun semua orang tidak terkecuali dari mendapat alahan di mana-mana peringkat umur kerana faktor-faktor persekitaran boleh menyebabkan sistem imun seseorang itu terlebih sensitif.

Boleh juga berpunca dari makanan dan juga dari gigitan serangga serta boleh juga berpunca dari ubat-ubatan.


Apakah antara simptom-simptom alahan??

  1. Hidung dan mata mula berair
  2. Mula bersin
  3. Gatal-gatal
  4. Cirit birit
dan boleh menjadi lebih serius apabila mula mengalami:

  1. Sesak nafas (asma)
  2. Ruam dan Ekzema
  3. Kejutan anafilaktik (anaphylaxis)

Makanan adalah antara salah satu punca yg boleh menyebabkan alahan dan pelbagai jenis makanan boleh menyebabkan alahan tetapi 90% dari masalah alahan boleh disebabkan oleh makanan berikut: 


  • Susu lembu
  • Telur
  • Gandum
  • Kekacang
  • Kerang-kerangan
  • Ikan dan makanan laut 

Oleh itu, ibu bapa sangat disarankan untuk mengikut panduan pemakanan sebelum memberikan baby anda solid food yg pertama...mulakan peringkat demi peringkat mengikut makanan dari yg kurang memberi kesan alergik. Dan baby di bawah 6 bulan seharusnya diberikan susu ibu sahaja bagi memberikan perlindungan yg sewajarnya dan membina antibodi bagi membantu dalam masalah alahan.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya mengalami alahan??

  1. Kenalpasti dahulu tindak balas alahan yg dialami sama ada mata berair, sukar bernafas atau lain-lain.

  2. Kemudian cuba kenal pasti pencetus alahan atau situasi yg mencetus kepada gejala-gejala.

  3. Sebaik sahaja mengenalpasti punca...cuba elakkan dari alergen tersebut dan segeralah berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan yg terdekat. 

Sumber: Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...