Di sini, saya ingin berkongsi antara amalan doa dan zikir yg boleh kita amalkan dalam memastikan perjuangan kita untuk menyusukan anak-anak kita akan mencapai kemenangan. Moga anak-anak kita juga akan mendapat santapan rohani yg sgt hebat..insyaALLAH...
Semoga kita bersama-sama akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah dan secara tidak langsung akan mendapat ketenangan dengan beberapa amalan doa dan zikir ini...
AMALAN DOA
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
Amalkanlah membaca surah ini setiap hari dgn niat agar Allah permudahkan segala urusan untuk menyusukan anak-anak kita.
Selain itu, letak tangan di atas payudara, usap dan doa di dalam hati agar Allah permudahkan urusan kita untuk menyempurnakan penyusuan sehingga anak kita berusia 2 tahun...
AMALAN ZIKIR
Amalkan membaca kalimah Ya Matin (70 x setiap hari). Boleh juga dibaca setiap kali selepas solat dan boleh juga dihembuskan ke dalam air.
Tanamkan niat di dalam hati untuk menyempurnakan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun. InsyaALLAH dgn niat yg suci, Allah pasti akan memudahkan segala urusan kita...AMIN
No comments:
Post a Comment