Monday, October 22, 2012

Petua Sihat dan Cantik Hari Ini: SENYUM

Assalamualaikum sahabat-sahabat MyLittleYaya...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan


Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Credit: http://myheartinislam.blogspot.com/

Itulah antara bait-bait lirik lagu Senyum dendangan Kumpulan Raihan...saya pasti ramai yg telah mendengarnya. Tapi malangnya di kala ini, tidak ramai yg ingin tersenyum dan adakalanya senyuman yg diberikan adalah tidak ikhlas dan hanya dibuat-buat. Mengapa harus begitu? Senyuman yg ikhlas datangnya dari hati yg tulus dan datangnya dari orang yang sentiasa berfikiran terbuka dan positif serta tidak bersangka buruk pada orang lain. 

Sedangkan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda kepada umatnya bahawa "senyum kepada saudaramu adalah sedekah". Salah satu cara yg paling mudah untuk kita mendapat pahala. Senyum tidak perlu menggunakan banyak tenaga dan sama sekali tidak memerlukan wang ringgit. Namun, mengapakah sukar untuk kita memberikan senyuman?  

Senyum juga pernah dikaji dari sudut sains yg boleh menjadikan kita sihat serta awet muda. Jom kita lihat apakah manfaat yg boleh kita perolehi dgn hanya mengukir senyuman.

Alif Zakwan yang sangat murah dgn senyuman
  1. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins iaitu sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit.
  2. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
  3. Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan. 
  4. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
  5. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum  juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

Banyak bukan manfaat yg boleh kita perolehi dgn hanya tersenyum? Tidak perlu modal dan tenaga. Oleh itu, senyum senyumlah selalu. Orang Ganu kata, Senyum Sokmo!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...