Rata-rata customer saya yg telah mengambil suplemen akan mengalami gejala-gejala seperti pening kepala, cirit-birit, loya, lesu, berasa hangat dan sebagainya. Saya sendiri mengalami pening kepala dan loya di awal pengambilan suplemen dan ia berakhir dalam 2 ke 3 hari. Jika anda juga ada mengalami gejala-gejala seperti yg saya sebutkan di atas, JANGAN PANIK dan JANGAN RISAU kerana semua gejala di atas bukanlah penyakit atau membahayakan kita. Ia adalah suatu proses tindakbalas di antara tubuh badan kita dengan suplemen yg diambil. Proses ini dikenali sebagai Krisis Pemulihan atau Healing Crisis.
Sesetengah individu akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mengambil sumplemen tambahan. Ini terjadi kerana tubuh kita yg kekurangan khasiat akan bertindak balas dengan makanan berkhasiat yg dibekalkan secara mengejut oleh suplemen yg diambil. Sewaktu jangkamasa penyesuaian ini, ada kemungkinan penyakit-penyakit yg pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yg lemah akan mengambil masa yg lebih lama untuk pulih.
Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yg telah lama tertimbun di dalam tubuh kita -- sisa-sia makanan, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen makanan membantu meningkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi inilah ada kemungkinan kita akan merasa pening, lesu, sakit kepala, cirit-birit, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), kencing yg keruh, kahak berlebihan, berasa hangat, berpeluh dll. Gejala-gejala ini adalah berbeza mengikut individu dan mungkin mengambil masa antara 1-2 minggu.
Di waktu proses pemulihan ini, minumlah lebih banyak air, banyakkan rehat dan makanlah lebih byk sayuran serta buah-buahan. Jangan risau dengan permasalahan ini, dan teruskan mengambil suplemen anda. InsyaALLAH dengan istiqamah dan tawakal semuanya akn pulih seperti sediakala dan anda akan merasa lebih sihat dan bertenaga.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai entri ini, anda bolehla menghubungi saya melalui:
Add/PM saya di FB: Nurul Ellina Zainal Abidin
Like Fanpage : My Little Yaya
Emel: mylittleyaya@gmail.com
Call/SMS: 012-9702427
No comments:
Post a Comment