Saturday, December 8, 2012

Jom Kenali Bahasa Baby Anda....(Dunstan Baby Language)

Sedikit sharing buat semua mama dan ayah luar sana...saya percaya mesti mama dan ayah semua pernah terdengar baby anda semua menyebut: 

neh, owh, eh, eiarh dan heh kan? 



Bahasa Baby

Tapi tahukah anda, melalui kajian yg telah dilakukan oleh Priscilla Dunstan mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yg sama dan bersifat universal. "Bunyi-bunyi" ini terhasil akibat tindakan refleks dan sekaligus jika diamati dan difahami dengan betul boleh membawa kepada maksud-maksud tertentu. Kajian ini juga dikenali di seluruh dunia sebagai Dunstan Baby Language. Anda boleh ke website ini untuk info yg lebih lanjut ya...

www. dunstanbaby.com 


Ok jom kita kenali bahasa baby kita ya:



Neh -- Lapar (I'm Hungry)
Terhasil dari “sucking” refleks


Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.




Heh -- Ketidakselesaan (I'm experienceing Discomfort)
Terhasil akibat refleks pada kulit.


Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.





Eiarh -- Kembung perut (I have lower gas)
Terhasil akibat tekanan abdomen perut


Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan





Owh -- Mengantuk (I'm Sleepy)

Terhasil dari refleks menguap.


Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini





Eh -- Ingin Sendawa (Need to Burp)
Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata.


Dengarlah bahasa bayi anda dan fahamilah gerak geri mereka...seungguhnya anda adalah yg paling dekat dengan mereka. Berinteraksi dan berkomunikasilah dgn baby anda:) Jangan biarkan baby menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan membawa kepada keadaan yg tidak diingini. Listen to ur baby! And everything will be simple and less complicated...Enjoy moments with ur baby yea...CHEERIOO!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...